Tuesday 4 June 2013

USAHAWAN ICE CREAM BANTU BAKAL USAHAWAN.


PADA peringkat awal, tiada siapa menyokong hasratnya mahu mengusahakan perniagaan aiskrim. Ada yang menganggapnya gila kerana setiap hari bercerita mengenai aiskrim.
Baik keluarga mahupun sahabat menyangka dia mahu menjual aiskrim dengan membunyikan loceng seperti kebanyakan penjual aiskrim lazimnya. Walaupun menerima reaksi kurang menyenangkan dan kata-kata yang langsung tidak membina semangat, Fuad hanya ketawa.

Namun, selepas beliau berjaya membuktikan impiannya menjadi kenyataan, ramai rakanyang dulu memperlekehkan kini          datang kembali kepadanya.
Siapa sangka, syarikat yang menjual aiskrim mampu memberi peluang pekerjaan kepada orang lain.

“Waktu itu tiada siapa percaya perniagaan aiskrim boleh berkembang. Orang selalu fikir, dari kecil mereka makan aiskrim, tiba-tiba saya mahu berniaga aiskrim,” kata Fuad.

Menurut anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini, hendak menjadi usahawan tidak semudah dilafaz, malah sukar untuk meyakinkan orang lain supaya mengikut jejak langkahnya“Saya mahu anak bangsa mengikut jejak langkah ini. Sejak kecil kita suka makan aiskrim dan ia digemari tanpa mengenal bangsa, usia dan keturunan. Apapun, tiada satu pun anak Melayu berkecimpung dalam perniagaan aiskrim. Ini yang kita terlepas pandang,”katanya.


   
“Saya pernah menjalankan perusahaan  Pertanian Sehingga kini, memasarkan aiskrim Ice Cream Fried & Roll adalah perniagaan paling berjaya dalam hidup saya dan ia adalah kemegahan bangsa,” katanya yang kini mampu memiliki kilang dan bangunan pejabat sendiri.Sekarang orang mula buka mata. Apapun saya belum berjaya ke tahap maksimum, tetapi boleh membantu anak Melayu dan bersaing dengan bangsa lain. Insya-Allah 

No comments:

Post a Comment