Saturday, 8 June 2013

Red Bean Army sudah panik, PKR makin menggila?

 
 
PEJUANG siber upahan DAP, Red Bean Army dikatakan sudah panik apabila pihak berkuasa mula mengesan mereka untuk diambil tindakan kerana menghasut rakyat melalui pelbagai fitnah dan pembohongan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Pada masa yang sama, “tentera siber" itu pula umpama anak ayam kehilangan ibu setelah DAP sendiri bersikap lepas tangan dan menafikan penglibatan mereka dalam merekrut pasukan tersebut.
Blog Mahamissa (mahamissa.blogspot.com) berkata, DAP cuba memutarbelitkan kenyataan dengan menuduh Red Bean Army adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi pada masa yang sama panik apabila senarai individu yang terlibat mula didedahkan satu persatu.
Katanya, DAP dan pembangkang sedar sekiranya Red Bean Army ini lumpuh atau dapat dipintas maka segala pembohongan dan fitnah mereka terhadap UMNO dan BN akan gagal.
Ini sekali gus merencatkan usaha mereka untuk meraih sokongan rakyat terutama golongan muda bagi menakluk Putrajaya, selepas usaha menerusi PRU-13 gagal.
“Red Bean Army kini dikhianati oleh pemimpin mereka sendiri. Pelik bin ajaib apabila ada pihak yang sudah mengaku tetapi di satu pihak yang lain menafikan kewujudan tentera “kacang merah" ini.
“Yang pasti panas ini akan berpanjangan dan hampir pasti kepanasan ini bakal menyebabkan cacing-cacing ini timbul dengan sendirinya," katanya.
Blog Medan Info Kita (medan-info-kita.blogspot.com) pula berkata, kumpulan Red Bean Army bukan sahaja berhadapan dengan pihak berkuasa malahan lebih buruk menghadapi ancaman oleh pihak dalaman sendiri.
“Mungkin benar ada ahli Red Bean Army yang bersedia menerima segala kemungkinan atas dasar ‘pengorbanan’. Jika ada, sahlah bahawa ahli-ahli Red Bean Army ini benar-benar tidak cerdik orangnya.
“Pengorbanan ‘apa jadahnya’ jika sengaja mengambil risiko memperjudikan hidup yang selesa dan bebas hanya kerana ingin sangat melihat kaum Cina berkuasa di Malaysia?" katanya.
Katanya, Red Bean Army kini benar-benar terperangkap kerana sama ada bekerjasama dengan pihak berkuasa atau sebaliknya, kedua-dua tindakan tersebut akan kena batang hidung mereka sendiri.
PKR DAN PENGUNDI BANGLADESH
KEDUTAAAN Bangladesh sudah menafikan penglibatan 40,000 rakyat negaranya pada PRU-13 lalu manakala ada kalangan penulis blog propembangkang pula turut mempersoalkan dakwaan tidak masuk akal itu.
Namun Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih tetap berkeras menggunakan isu tersebut untuk meyakinkan rakyat konon wujud penyelewengan pada PRU-13 lalu, walaupun jelas ia adalah tidak benar.
Justeru blog Dr.MiM (novandri.blogspot.com) merasa pelik dengan sikap PKR yang masih berkeras untuk mempertahankan pembohongan tersebut.
“Nak juga tanya, apa masalah sebenar dengan PKR dan penyokongnya ini?
“Dulu pun kita dah tahu yang PKR ini ala-ala gila sikit sebab tertubuhnya parti ini tanpa ada tujuan dan matlamat selain membebaskan Anwar dari penjara dan kemudiannya nak meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri di Putrajaya.
“Tapi dengan perkembangan terbaru ini, tidak ada dalih-dalih lagi, memang sah PKR ini parti orang tak betul atau gila," bidasnya.
Katanya, ketika kerajaan memperhebat usaha memperbaiki prestasi termasuk menangani orang Cina dan Melayu bandar, sesuatu juga perlu dilakukan untuk memulihkan fikiran penyokong PKR yang semakin rosak.
“Selagi penyakit mental macam ini (percaya apa saja pembohongan yang keluar daripada mulut Anwar) masih ada, apa pendekatan pun yang dibuat untuk menyedarkan puak-puak ini daripada lamunan, hanya akan jadi sia-sia," katanya.
Blog Apa Kecoh-kecoh (apakecoh2.blogspot.com) pula hairan dengan telatah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli yang terus mengapi-apikan isu 40,000 warga Bangladesh yang menjadi pengundi hantu.
Katanya, walaupun para pemimpin PKR terus mempertahankan dakwaan tersebut tetapi sehingga kini mereka masih gagal mengheret warga Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu itu.
Isu ini terus diapi-apikan oleh pakatan untuk membangkitkan perasaan benci terhadap warga asing sehingga timbul insiden-insiden serangan perkauman terhadap warga Bangladesh.
“Sejak sebelum pilihan raya umum lagi pakatan pembangkang sudah berbuih tuduh kononnya ada warga Bangladesh diterbangkan masuk untuk jadi pengundi hantu.
“Sekarang ini dah sebulan selepas pilihan raya umum tapi sampai sekarang satu bukti pun tak dikemukakan. Yang banyak ialah permohonan maaf dari pakatan sebab salah tuduh warga Malaysia sebagai warga asing," katanya.
Apa yang lebih pelik ialah sikap Nurul Izzah yang menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila ada warga Bangladesh dipukul kerana didakwa pengundi hantu sedangkan parti pembangkang yang mengapi-apikan kebencian terhadap warga asing.
“Dan yang paling lawak bila Nurul minta Kedutaan Bangladesh kemukakan bukti bahawa tiada warganya terlibat. Eh, kau yang tuduh, patutnya kaulah yang buktikan tuduhan. Kenapa orang kena tuduh pulak kena bagi bukti?


No comments:

Post a Comment