Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman digesa menyerahkan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kepada Menteri Besar baharu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secepat mungkin seperti yang diamalkan parti itu.
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Abdul Ghani wajar menyerahkan segera jawatan tersebut kepada Mohamed Khaled bagi memudahkan perubahan dalam parti dilakukan dengan segera.
Menurutnya, walaupun secara tradisinya, pertukaran jawatan berkenaan dibuat ketika pemilihan parti yang dijadualkan pada hujung tahun ini, namun tempoh tersebut agak lama bagi melakukan perubahan dalaman UMNO.
"Ini kerana Johor yang dianggap kubu kuat UMNO kini mengalami kemerosotan yang membimbangkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
"Walaupun Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai prerogatif untuk melakukannya sekarang, tetapi pertukaran jawatan itu akan menjadi mudah jika Abdul Ghani sendiri dengan rela hati menyerahkannya kepada Mohamed Khaled.
Beliau memberitahu, UMNO negeri kini memerlukan pimpinan baharu yang mampu menyuntik idea baharu dan memulihkan parti tersebut khususnya di negeri ini.
Katanya, Perhubungan UMNO negeri yang jarang bermesyuarat amat mengecewakan kerana Majlis Tertinggi UMNO sentiasa mengadakan mesyuarat setiap bulan dan amalan musyawarah yang menjadi hak akar umbi perlu dikembalikan.
Mohd. Puad turut melahirkan perasaan kecewa dengan Perhubungan UMNO negeri yang tidak bernakhoda semasa kempen PRU-13 dan tugas tersebut hanya dipikul oleh dua atau tiga 'penasihat'.
"Johor tiada strategi baru dalam PRU-13 lalu, banyak isu seperti geran pemilikan tanah tidak ditunaikan, pembangunan tidak seimbang, banyak isu tidak dijawab akibat kelemahan jentera media baru.
"Contoh terbaik Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, kerana sedikit kelemahan, Johor yang menjadi kubu kuat UMNO selama ini hampir kehilangan majoriti dua pertiga untuk menubuhkan kerajaan negeri,
No comments:
Post a Comment