Saturday, 8 June 2013

BILA BANGSA CINA BERBICARA TENTANG BANGSA MELAYU !!!

 
 
 
Salam, aku memang minat dengan Ustaz Ridhuan Tee Abdullah ni, Ridhuan Tee byk menyedarkan aku tentang kelemahan bangsaku sendiri. Walaupon Ridhuan Tee Seorg yg berbangsa cina tetapi dia tidak pernah putus asa untuk menyedarkan bangsa melayu tentang kelalaian diri diatas tanah tercinta. Ikuti Cerita dari Ustaz Ridhuan Tee di bawah...
Menjelang pembubaran parlimen bagi menghadapi PRU 13, kita asyik memberi. Sama ada pemberi tersebut akan dibalas atau dihargai, masih belum pasti. Pokoknya, beri dahulu. Tuntutan Pertubuhan Cina untuk mendirikan Sekolah Persendirian Cina (SPC) di Kuantan, SM Chong Hwa telah menjadi kenyataan.
Dalam majlis makan malam yang dirasmikan oleh Perdana Perdana Menteri minggu lalu, sebanyak RM3 juta berjaya dikutip. Perdana Menteri bermurah hati memberi dana tambahan sebanyak RM3 juta lagi menjadi RM6juta dalam sekelip mata. Selepas ini saya tidak pasti berapa lagi sekolah sebegini akan dibina. Harapan kita semua, semoga sekolah jenis ini akan menyahut agenda nasional.   
SPC dibenarkan beroperasi mengikut caranya sendiri, menggunakan silibus Unified Examination Certificate (UEC), dengan syarat mesti mengikuti kehendak Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dua sijil akan diperolehi sekaligus, UEC dan SPM. Saya tidak pasti bagaimana modus operandinya. Tunggu dan lihat. Yang jelas, kerajaan telah mengikhtiraf UEC yang selama ini diperjuangkan.
 
 
Peliknya, kenapa mereka begitu beriya-iya dengan UEC berbanding SPM? Sedangkan selama inipun semua subjek diajar dalam bahasa ibunda. Apakah UEC lebih baik dari SPM dari sudut pembinaan negara bangsa? Jika itulah keadaannya, kedudukan SPM menjadi tanda tanya. Wujud dua sistem dalam satu negara? Tidakkah sepatutnya satu sistem satu negara. Barulah namanya 1Malaysia.
Apakah selepas ini mereka yang mempunyai dua sijil lebih dikehendaki dalam pasaran. Selama ini sijil sekolah agama yang terpaksa mengikut arus kebangsaan kerana arahan. Arahan mesti dipatuhi sebagai syarat pengikhtirafan. Persoalannya, bagaimanan kedudukan UEC?
Terus terang, saya amat takut dengan keadaan ini seperti kata Aung San Suu Kyi, it is not power that corrupts, but fear. Tetapi kita tidak wajar salah mereka. Sudah menjadi kewajipan mereka menjaga warisan nenek moyang, takut hilang ditelan zaman. Kita pula bagaimana?
 
 
Terbaharu, Persatuan Ibu bapa untuk pendidikan, yang diketuai oleh orang Melayu, begitu takut dengan kemerosotan penguasaan bahasa Inggeris ketika mengulas keputusan SPM dan STPM 2012. Mereka tidak pernah takut isu di atas, serta status dan kedudukan bahasa Melayu. Dalam kepada mereka hanya ada bahasa Inggeris sebagai lambang ‘kemajuan’. Takut mundur kononnya.
Kenapa bahasa Inggeris dan ibunda sahaja yang diberikan perhatian? Kita jarang fikirkan soal pembinaan negara bangsa yang jelas termaktub dalam perlembagaan? Terutama kedudukan   bahasa Melayu dan pendidikan Islam? Pernahkah bedah siasat dilakukan?
Pada segelintir kita, biar jahil Islam dan bahasa Melayu asalkan pandai bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Alasannya mudah, sebab bahasa Inggeris dan bahasa bukan Melayu telah banyak menyumbangkan kepada kemajuan negara. Seolah-olah orang/bahasa Melayu dan agama Islam tidak ada sumbangan. Cubalah fahami sejarah dan kebangkitan nasionalisme negara ini. Betapa besarnya sumbangan bahasa dan agama.
Ramai bukan Melayu yang tidak pandai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, tetapi mereka tidak takut. Semangat jati diri bangsa mereka begitu kental. Sikap ini telah melonjakkan kehidupan mereka. Tetap berjaya walaupun jahil bahasa lain. Apakah ini wajar dalam sebuah negara yang mendaulatkan identiti dan jati diri nasional?
Belajarlah daripada negara-negara maju. Mereka maju kerana berjaya membangunkan anak bangsa dengan jati diri terlebih dahulu, bukan dengan bahasa asing. Banyak negara yang tidak tahu bahasa Inggeris sekali, malahan ada mengambil sikap anti, tetapi mereka tetap maju. Pergilah ke negara China, Jepun, Perancis dan lain-lain. Benar, mereka tidak menolak bahasa Inggeris, kerana ia bahasa ilmu. Tetapi mereka tidak sama sekali korbankan jati diri kebangsaan mereka semata-mata meraikan bahasa asing.
 
 
Negara Israel sendiri, sebuah negara sedang membangun, begitu berjaya melahirkan jutawan merata tempat. Bahasa Hebrew telah mengangkat martabat Israel. Kenapa kita tidak sedemikian? Kita menyusun sistem pendidikan hanya untuk melahirkan pekerja-pekerja, bukan melahirkan manusia berpendidikan, berjati diri dan berpatriotik.
 
 
Apakah permasalahan ini terjadi disebab tidak adanya doktor yang mampu memeriksa? Atau disebabkan tidak ada ubat yang berguna untuk mengubati penyakitnya? Atau pesakit itu sendiri yang tidak mahu memakan ubat dan tidak berusaha untuk berubat?
 
Sama seperti seorang pelajar bermusafir menuntut ilmu. Dia tahu ilmu apakah yang perlu dituntut, negara mana yang ditujui dan jalan mana yang perlu dilalui, tetapi kenderaan yang dipandunya rosak di tengah jalan. Apakah kerosakan itu itu berlaku pada bateri, plak, motor atau yang lain. Kita mesti lakukan over haul atau pemeriksaan untuk mencapai punca kerosakan. Jika punca itu ketahui, maka akan selesailah masalah. Jika tidak sampai bilapun matlamat tidak kesampaian.
 
Teringat kata-kata Saidina Umar al-Khattab, sekarang kita kaum yang ditimpa kehinaan, namun Allah muliakan kita dengan Islam. Tetapi bila kita mencari kemuliaan selain daripadanya, nescaya Allah akan menimpakan kehinaan kepada kita semua. Apakah selama ini kita tidak sedar bahawa Islam itu adalah jati diri Melayu. Melayu adalah bangsa yang dimuliakan Allah dengan Islam. Bertegaslah dengan pembinaan jati diri ini. Jika tidak Melayu Islam tidak ke mana-mana. Persoalannya kita takut.
 
 

No comments:

Post a Comment