Thursday, 6 June 2013

Penulis blog jelita, Haniz Zalikha bingung bekas kekasih sebar gambar mesra


Penulis blog yang kini semakin dikenali sebagai pelakon dan pengacara, Haniz Zalikha tidak tahu punca gambar mesranya bersama seorang lelaki, tersebar luas di internet baru-baru ini. Namun Hanis mengakui lelaki dalam gambar tesebut merupakan teman lelakinya namun hubungan mereka telah lama putus.

"Lelaki tu bekas teman lelaki saya dan sebenarnya gambar tu gambar dua tahun lepas. Dia yang muat naik gambar tu di Instagram dia. Saya tak tahu kenapa dia buat macam tu. Mungkin tiba-tiba dia terkenang kembali kot... ", katanya sambil tersenyum.

Pemilik nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, diminta mengulas mengenai isu gambar dia bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya. Gara-gara gambar tersebut, ramai yang mengutuk dan menganggap Hanis suka propa. 

Tambah Hanis, pada awalnya dia tidak ambil pusing mengenai gambar tersebut. Tetapi apabila berita itu keluar di akhbar timbul rasa kurang senang dalam dirinya. Pun begitu Hanis menjadikan perkara itu sebagai asam garam dalam dunia artis.

"Mula-mula saya tak kisah sangat, sebab yang upload tu dia bukan saya. Tapi bila dah keluar di surat khabar, saya rasa tak best. Tapi apa yang saya tahu, dia dah delete gambar tu.

"Bagi saya, ini semua lumrah. Banyak yang masih saya yang perlu belajar untuk berdepan dengan situasi macam ni. Tapi sebagai artis, saya faham yang orang akan sentiasa nak tahu tentang kita. Orang yang tak senang dengan kita tu akan sentiasa ada. Itu perkara biasa. Saya juga banyak bertanyakan pada rakan artis yang berpegalaman seperti Lisa Surihani dari segi kerja dan macam mana nak berdepan dengan situasi kalau terjadi hal-hal begini ", ujarnya yang menyatakan sehingga kini dirinya masih solo.

Sementara itu menyentuh tentang kerjaya, tidak sampai setahun bergelar anak seni, Hanis sudah boleh bergembira dengan pencapaiannya setakat hari ini. Banyak peluang diperoleh apabila dia diberi kepercayaan mengacara beberapa program di pelbagai saluran televisyen. 

Antarannya seperti Raikan Cinta Musim 2 (saluran Astro), Muzik Ekstra (RTM), Mad Market (TV9) dan pada 15 Jun ini buat pertama kali dia diberi tanggujawab besar, sebagai salah seorang hos bagi mengacarakan acara karpet merah di Anugerah Blockbuster 2.

"Alhamdulillah, saya syukur dengan apa yang saya kecapi setakat ini. Perasaan tu tak tahu nak gambarkan macam mana, rasa bercampur baur. Buat masa ini fokus saya lebih kepada pengacaraan. Banyak lagi yang saya kena belajar. 

"Untuk mantapkan lagi gaya pengacaraan saya, saya juga akan ikuti kelas dengan Pak Nil (Aznil Hj. Nawawi). Selain tu sebenarnya saya rindu juga nak berlakon. Dulu cuba-cuba jer, tapi sekarang ni saya jadi minat pula. Kalau ada tawaran dan sesuai dengan jadual saya, InsyaAllah saya akan pertimbangkan" katanya yang pernah muncul dalam filem Gangster Celop.

2 comments:

  1. Sesiapa yang membaca cerita ini harus sila bergembira dengan saya kerana saya merasakan ditolak dan kecewa sekali oleh Isteri saya dengan cara yang sama seperti mana-mana lain lakukan dengan kesedihan hati sebelum i bertemu Dr orinoko On line e-mel saya adalah firstaxo@gmail.com. Isu saya dengan rakan sekerja, dia sentiasa istexting mereka walaupun selepas saya memberitahunya bagaimana saya berasa mengenainya. Dia akan berhenti untuk seketika dan kemudian mula seluruh. Dia sentiasa memberitahu saya bagaimana lemak dan lama ini Lelaki tetapi saya tahu bahawa dia telah menggunakan bahawa sebagai gangguan untuk saya tidak mengesyaki beliau. Hari ini saya kini telah mendapat tahu dia adalah menubuhkan tarikh makan tengah hari dengan salah seorang daripada mereka. Saya tidak lagi boleh mengambilnya. Saya tidak faham mengapa dia terus melakukan perkara ini kepada saya. Beliau juga datang rumah lewat selepas kerja sekarang dan dia akhirnya pergi dan berpecah dengan saya, baik i berada di psikik tetapi semua yang sama. apa yang perlu saya lakukan? sehingga kawan saya memperkenalkan saya kepada seorang ahli sihir yang membantu untuk menyatukan kembali suaminya. mendapatkan dia dengan orinokosolutiontemple1@gmail.com anda boleh menghubungi beliau. jadi saya menggunakan ini cara untuk memberitahu orang bagaimana gembira dan berapa banyak i menghargai dr baik.

    ReplyDelete
  2. Nama saya Joyce dan mantan pacar saya mencampakkanku 8 bulan yang lalu setelah saya menangkapnya berselingkuh dengan orang lain dan menghina dia. Aku ingin dia kembali dalam hidup saya tapi dia menolak untuk memiliki kontak dengan saya. Aku begitu bingung dan tidak tahu apa yang harus dilakukan, jadi saya mengunjungi INTERNET untuk bantuan dan aku melihat kesaksian bagaimana sebuah kastor mantra membantu mereka untuk mendapatkan mantan mereka kembali sehingga saya menghubungi kastor mantra dan menjelaskan masalah saya kepadanya. .... dia membaca mantra untuk saya dan meyakinkan saya dari 3 hari yang mantan saya akan kembali kepada-Ku dan mengejutkan terbesar saya hari ketiga laki-laki saya datang mengetuk pintu saya dan meminta pengampunan. Saya sangat senang bahwa cinta saya kembali lagi dan tidak hanya itu, kita akan menikah. Sekali lagi terima kasih Temple penyembuhan permanen, Anda benar-benar berbakat dan berbakat. dr.jartospellcaster@gmail.com adalah satu-satunya jawaban untuk setiap hubungan problem.he dapat sangat membantu dan saya tidak akan berhenti menerbitkan karena dia adalah pria yang luar biasa dr.jartospellcaster@gmail.com

    ReplyDelete