BERLALUNYA episod PRU13 diganti pula dengan sidang Dewan Rakyat yang akan bemula 24 Jun ini.
Ramai muka-muka baru, tidak ketinggalan 'otai' bakal memeriahkan sidang Parlimen ke-13 dengan pelbagai isu menarik dan perdebatan hangat bagi menentukan dasar baik untuk rakyat.
PRU13 menyaksikan rakyat semakin matang dalam membuat penilaian dengan menzahirkan kehendak dan kepercayaan mereka terhadap wakil di kawasan masing-masing.
Maka pada minggu terakhir Jun ini akan bermula lah satu lagi era baru dalam senario politik Malaysia menerusi persidangan Parlimen 2013-2018.
Medan perjuangan menentukan hala tuju negara.
Kesempatan ini seharusnya digunakan sepenuhnya oleh kedua-dua parti BN-PR untuk berhujah, berdiskusi dan mengenengahkan isu-isu baru dan lama mengikut keperluan semasa dan masa depan Malaysia.
Gubal lah dasar yang baik untuk kerukunan negara dengan menyantuni semua kaum tanpa ada yang rasa terpinggir.
Bagi ahli Parlimen Pandan yang baru dipilih rakyat untuk penggal ini, Rafizi Ramli, persidangan Parlimen kali ini akan dirancakkan dengan isu penggunaan dakwat kekal PRU13, 5 Mei lalu.
“Saya sering menerima surat-surat daripada rakyat mengenai isu dakwat kekal ini.
“Saya percaya, minggu pertama persidangan berlangsung akan hangat dan isu dakwat kekal akan bergegar dalam Dewan termasuk juga penipuan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya),”katanya.
Sebelum ini, PR menafikan kemenangan kerajaan BN pada PRU13 yang mendapat kemenangan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi Parlimen.
Rentetan daripada tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya umum, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemenangan PR dirompak dan sekali gus menganjurkan Himpunan Blackout 505.
Perikatan pembangkang, PKR, Pas dan DAP juga membuat keputusan untuk memfailkan petisyen mengenai keputusan tersebut yang dipercayai tidak telus terhadap SPR.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh juga turut sependapat dengan Rafizi.
“Isu hangat di kali ini mungkin SPR tipu dalam segala hal bukan sahaja berkenaan dakwat kekal,” katanya.
Beliau menambah, isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan turut 'memanaskan' Dewan Rakyat penggal ini.
“Tentu sekali dasar-dasar seperti GST dimana tembelang BN akan didedahkan.
Dalam pada itu, ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula menyatakan isu-isu semasa termasuk jambatan Pulau Pinang yang runtuh turut akan dibangkitkan oleh pembangkang.
“Banyak yang isu akan jadi kontroversi, kalau di dalam kementerian saya mungkin isu jambatan runtuh akan dipolitikkan,” katanya.
Sehubungan itu, ahli Parlimen Pontian menyatakan pembangkang di Dewan Rakyat akan memainkan isu PRU13.
“...konon BN menang tipu, SPR konon tak betul, KDN (Kementerian Dalam Negeri) konon bersubahat, GST konon tak adil.
Bagaimanapun, Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, BN akan mempertahankan kemenangan parti komponen itu pada PRU13 adalah dengan cara yang sah bukan seperti didakwa pembangkang.
“Isu kami menang secara sah, SPR adil, KDN tak ada kaitan, negara yang aman bukan penuh dengan himpunan-himpunan fitnah.
“Isu luar bandar akan dibangunkan lebih lagi, perpaduan kaum perlu lebih mantap dan bersedia untuk maju ke arah Wawasan 2020 hanya enam tahun lagi,” katanya.
Mengulas lanjut, ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahman menyatakan masalah kaum Cina juga akan menjadi isu hangat di Parlimen.
"Saya rasa akan dibincangkan kemahuan kaum Cina, dan termasuk juga masalah kampung baru yang termasuk di dalam kementerian (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) saya ini," katanya.
Apa pun isunya, Dewan Rakyat tentunya bukan medan untuk bertelagah pendapat yang melampau, perbahasan yang meleret-leret kerana terlalu partisan mahu pun medan untuk menjadi hero dan mempopularkan diri.
Amalan 'politiking' perlu dihentikan kerana ini bukan masanya lagi untuk berpolitik.
Cabaran kepada wakil rakyat ialah memastikan amanah yang digalas disempurnakan sebaiknya demi kesejahteraan Malaysia yang dicintai.
Kepada wakil rakyat, kami pilih anda untuk berkhidmat kepada kami, maka berkhidmatlah!

No comments:
Post a Comment