Sunday, 16 June 2013

Goods and Service tax (GST), Government Tax & Service Charge


Lately ni macam heboh skit dekat negara kita ni pasal GST, atau nama panjangnya 'Goods and Service Tax'

Masing-masing keliru dengan cukai ni... tul tak?
Apa beza GST ni dengan Govent Tax (cukai kerajaan) dan Service Charge (cukai perkhidmatan)?

Biasanya kalo kita pegi makan kat restoren2 tu, mesti kita akan dapat bil yang ada tulis;
govt tax (6%) dan service charge (10%)
Kan?? ada kan??

Govt tax tu biasalah cukai kerajaan yang dikenakan n akan dapat balik kepada kerajaan
Service charge pulak bayaran yang dikenakan oleh restoren tu untuk perkhidmatan aircond, wi-fi dll yang dorang bagi...
Itu yang biasa kita bayar kalo kita suka pegi makan dekat restoren2 yang kenakan caj ni..
Kalo tak nak kena bayar tu, pegi ajelah dekat warung atau kedai makan yang biasa2 jer.. janji sedap,kan!

Selama ni, memang itulah yang kita rakyat Malaysia bayar...

Pasal cukai GST pulak, negara kita masih belum pun kenakan apa-apa cukai itu wahai kengkawan semua..
Hah.. begitulah!
Jadi.. janganlah percaya kalo ada yang kata kerajaan dah pun membebankan rakyat dengan cukai GST ni, sedangkan belum ada apa2 implementation ya.!
GST dirancang untuk dilaksanakan di Malaysia untuk menggantikan govt & service tax tu yang telah digunapakai sejak berdekad-dekad lamanya. Maksudnya, GST bukanlah nak menambah satu lagi cukai kepada kita rakyat marhaen ni. Ahah!


National Consumer Complaints Centre head Muhammad Sha’ani Abdullah has said, “The government should create more awareness on what the GST is. The public cannot be blamed for their lack of understanding, and thus, their fears”. Sha’ani says that the GST will improve accounting, reduce tax fraud, and facilitate enforcement of the upcoming Anti-Profiteering Act.

Jadi, kita sebagai pengguna kenalah juga faham pasal cukai ni. Kita perlu tau apa yang kita bayar.
So far, govt & service tax ni kita hanya perlu bayar kalo pegi hotel....takpun pegi kat restoren2 yang kool itu. Bagi barangan yang kita beli pulak, kita semua rakyat marhaen sebenarnya telahpun membayar cukai jualan tu yang terselindung dalam harga barangan yang kita beli tu.

Itu saja sesi ' sharing is caring' kali ni. Semoga semua mendapat pencerahan sebagaimana aku ini.

P/S: Apapun kita perlu sedar, hasil cukai itu adalah untuk pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment