Monday 24 June 2013

CEUPACS bincang bonus hari ini

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) akan membincangkan hal tuntutan bonus bagi penjawat awam dalam mesyuarat yang akan diadakan di Wisma CEUPACS, Kuala Lumpur, esok.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, mesyuarat yang akan disertai oleh kira-kira 135 ahlinya termasuk dari Sabah dan Sarawak itu akan membincangkan jumlah tuntutan sama ada mengekalkan seperti tahun lalu atau cadangan baru.
"Setiap tahun CEUPACS akan menyuarakan kepada kerajaan supaya dipertimbangkan sama ada bonus atau sumbangan lain sempena perayaan bagi meringankan beban penjawat awam.
"Kita harakan pada pembentangan bajet pada 25 Oktober ini, kerajaan dapat mempertimbangkan tentang bonus penjawat awam seperti tahun-tahun lalu.
"Pada tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah dan tahun ini kalau dapat jumlah yang sama kita amat berterima kasih kepada kerajaan dan kalau boleh dipertimbangkan juga pemberian setengah bulan bonus sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan CEUPACS Bahagian Melaka di Melaka Raya di sini hari ini.
Turut hadir, Presiden CEUPACS Bahagian Melaka, Md. Saleh Majid.



No comments:

Post a Comment