Thursday 20 June 2013

JEREBU DI MALAYSIA OLEH SYARIKAT PELADANGAN MALAYSIA DI SUMATERA


Penulis cadang pihak pemerintah Indonesia mengambil tindakan yang tegas kepada syarikat peladangan yang melakukan pembakaran terbuka dengan sengaja di Sumatera. Denda lah mereka dalam bentuk wang ringgit mahupun sekatan ataupun penjara. Yang salah tetap salah.

Jerebu ini merugikan banyak pihak di Malaysia atau Singapura. Satu contoh ialah industri penerbangan dimana kapal terbang di larang mendarat atau berlepas. Ini membawa masalah kepada ahli perniagaan yang memerlukan penerbangan ataupun kargo yang perlu diterbangkan ke Thailand untuk tujuan `manufacturing cycle’, disekat perjalanannya. Itulah `chain reaction’..

Penulis sokong 200 peratus untuk Kerajaan Malaysia pun mengenakan denda (selain dikena denda di Indonesia) yang berat kepada syarikat atau GLC Malaysia yang beroperasi di Indonesia dan melakukan pembakaran terbuka. GLC atau syarikat Malaysia tidak boleh `make excuse’ yang kontraktor mereka yang bakar bukan mereka. Ini bermakna dokumen pembangunan ladang mesti mensyaratkan `NO OPEN BURNING’.

Kepada pelabur rakyat Malaysia yang membuka ladang di Indonesia dan berdaftar di Indonesia, jangan lepaskan mereka. Sekat mereka masuk atau balik Malaysia dan kenakan denda. Denda denda tersebut diharapkan meyedarkan mereka dan juga boleh di buat perbelanjaan menguruskan jerebu dan kerugian kepada orang lain.  


Penulis yang banyak berurusan di Pekan Baru percaya dan yakin pelabur pelabur rakyat Malaysia di Indonesia adalah syarikat persendirian milik pelabur kaum Cina. Denda lah  mereka supaya mereka tahu tindakan mereka menyusahkan negara. Pejabat Peguam Negara, Jabatan Alam sekitar dan Kementerian Peladangan dan Kementerian berkaitan mesti melakukan transformasi pengurusan ladang yang beretika.

No comments:

Post a Comment