Thursday, 13 June 2013

Kelantan isytihar 30 Jun cuti peristiwa



KERAJAAN Kelantan mengumumkan 30 Jun ini sebagai cuti peristiwa sempena kemaraan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) ke peringkat akhir Piala FA.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Menurutnya, cuti berkenan bagi membolehkan para penyokong Kelantan pulang dengan selamat dan tidak tergesa-gesa selepas menyaksikan perlawanan akhir itu.

Kelantan selaku juara bertahan layak ke pentas akhir selepas menyingkirkan seteru tradisi, Terengganu dengan agregat 6-5.

Sementara itu, Johor Darul Takzim (JDT) mara ke akhir Piala FA selepas menumbangkan Pahang menerusi kelebihan jaringan tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kedua-dua pasukan akan berentap di pentas akhir bagi merebut kejuaraan Piala FA musim ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun ini.

No comments:

Post a Comment