Wednesday, 5 June 2013

SKIM 1CARE FOR MALAYSIA : POTONG 10% GAJI PEKERJA (Anda) UNTUK BAYAR INSURANS ANDA? SETUJU??


Banyak produk 1Malaysia atau jenama 1 itu sendiri seperti Kedai 1Malaysia, Kedai Ikan 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan macam-macam lagi termasuklah juga skim “1Care for Malaysia“. Dan cadangan kerajaan yang terbaru ……
Berdasarkan laporan TheMalaysiaInsider  mengenai pelaksanaan 1Care ini, kerajaan Malaysia mahu memperkenalkan sistem penjagaan kesihatan di mana:
  • Perbincangan dengan doktor dan farmasi seluruh negara sudah memasuki fasa ketiga dan inisiatif penuh dan skim 1Care akan dibentangkan kepada Kabinet pada Mac 2012 ini
  • Gaji kakitangan kerajaan dan pesara, perniagaan dan menyumbang 10 peratus pendapatan mereka kepada agensi kerajaan akan dipotong 10% setiap bulan untuk membayar sistem penjagaan kesihatan yang asas
  • Walaubagaimanapun, orang miskin dan sebagainya dikatakan akan tetap mendapat faedah perubatan asas percuma

Cadangan Skim 1 Care For Malaysia : Apa Faedah & Kelebihan Selepas Anda Perlu Membayar 10% Daripada Pendapatan Setiap Bulan?

  1. Anda tidak boleh memilih doktor anda sendiri kerana kerajaan akan memilih seorang doktor untuk anda
  2. Anda hanya boleh berjumpa dengan doktor sebanyak 6 kali setahun yang mana anda akan dicaj RM60 untuk sekali perjumpaan (RM360 setahun)
  3. Doktor akan diberi KPI. Kalau doktor tersebut kerap menghantar pesakit ke hospital, maka KPI mereka akan menurun. Ini bermakna, doktor tidak akan sewenang-wenangnya merujuk pesakit (anda) ke hospital. Tetapi, jikalau pesakit yang hendak ke hospital terus, maka pesakit itu perlu bayar sendiri
  4. Anda hanya boleh berjumpa doktor untuk satu masalah pada satu-satu masa sahaja
  5. Tuntutan hanya untuk kos rawatan dan perubatan asas
  6. Bayaran kepada pesakit tetap dikenakan untuk penyakit kritikal.
Dan jika anda tidak selesa atau tidak suka, anda perlu membayar lebih untuk berjumpa doktor lain, untuk mendapatkan ubat yang lebih baik. Walaubagaimanapun, jika anda sedang menggunakan insurans syarikat, dikecualikan.

Pro VS Kontra : Cadangan Kepada Pengenalan Produk “1Care For Malaysia :

Kami melihat cadangan ini ada pro dan kontranya seperti :

Pro 1Care :

  1. Ianya membuatkan servis dan perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada pesakit akan menjadi lebih baik dan mampan dengan syarat ia dilaksanakan dengan betul
  2. Selama ini penjagaan kesihatan dihambat dengan subsidi. Ya…bagi kami kalau setakat demam panas, batuk-batuk ataupun penyakit berjangkit/endemik/pandemik, bagi kami memang patut kerajaan yang memerintah menyalurkan subsidi tersebut.
  3. Tetapi…..ya ada tetapinya, jikalau penyakit disebabkan kesilapan sendiri seperti kemalangan diatas kelalaian dan kecuaian sendiri, darah tinggi, diabetik (sekadar memberikan beberapa contoh) yang mana semuanya melibatkan kos yang besar untuk menyediakan ubat-ubatannya, ada eloknya “some kind of protection” kepada kerajaan juga memandangkan kerajaan  sekarang mempunyai sumber kewangan yang terhad merujuk kepada hutang negara Malaysia ketika ini. Jadi insurans ini adalah salah satu caranya.

Kontra 1Care :

  1. Dengan adanya insuran 1Care ini, ia sebenarnya menambah apa yang dipanggil sebagai “red tapes” melibatkan penjagaan kesihatan. Ada penyakit kena subsidi, ada tak diberikan subsidi
  2. Jikalau disubsidi nanti perlu memohon, mintak kelulusan itu ini, kena laporkan kepada doktor lagi. Sedangkan rawatan kesihatan perlu disegerakan. Contohnya, pesakit yang kena stroke tidak boleh tangguh-tangguh untuk mendapat rawatan
  3. Ini ditambah lagi apabila doktor dihadkan pula jumlah perjumpaan, khidmat nasihat, rawatan dan sebagainya
  4. Jadi akhirnya kesihatan orang ramai terutamanya yang berpendapatan rendah akan terjejas. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi pula, ini tidak adil kepada mereka kerana pendapatan mereka dipotong 10% untuk mensubsidi rawatan kesihatan bagi mereka yang berpendapatan rendah.
  5. Jikalau subsidi yang diberikan kepada “golongan yang benar-benar berhak” tiada masalahnya, tetapi yang menjadi persoalannya kelak, jikalau subsidi tersebut disalurkan kepada golongan berhak mendapat subsidi tetapi dalam pada masa yang sama malas & tak pedulikan untuk menjaga kesihatan seperti tidak kawal pemakanan, merokok dan lain-lain lagi adakah layak orang sebegitu diberi subsidi untuk rawatan kesihatan?
  6. Dan akhir sekali apa yang kami nampak dengan ada skim 1care ini rawatan tidak lagi “tailor made” mengikut kategori keperluan pesakit dan kemampuan pesakit. Sebaliknya hanya mengikut ubat khusus yang telah ditetap oleh 1care di mana jenis ubat kena ikut sistem 1care.
  7. Doktor lebih kenal dan memahami pesakitnya, doktor yang rawat pesakit, makanya biar doktor yang tentukan ubat dan rawatan mana yang sesuai, bukan sistem 1Care itu sendiri yang menentukannya
Cuma persoalannya sekarang ini, apabila sudah dipotong gaji untuk skim 1Care ini nanti, apakah jaminan kerajaan apabila pesakit yang mendapatkan rawatan tiada hanky panky (tipu muslihat) disebalik caj-caj tersembunyi yang mungkin akan dikenakan nanti, kena tambah bayar itu ini lagi? Selain itu, apa jaminan kualiti kesihatan yang bakal diberikan kepada pengguna produk/skim 1Care ini? 
Dan satu lagi bagi kami dengan potong 10% bagi kami agak membebankan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan kelompok pertengahan. 10% bagi kami agak tinggi berbanding kelebihan & faedah yang ditawarkan oleh 1Care sendiri.
Kami juga nak tahu, siapa disebalik penyedia insuran ini yang mana setakat ini kerana kami dimaklumkanskim 1Care ini dibekalkan kepada hanya satu syarikat insurans sahaja. Siapa mereka itu?
Dan cadangan kami untuk kurangkan beban perubatan kerajaan, adalah dengan mengutip bayaran cukai insuran yang tinggi dari PEKERJA ASING yang masuk Malaysia. Mereka-mereka ini menghabiskan dana kerajaan dengan kos penjagaan perubatannya, kos penahanan di pusat tahanan.

No comments:

Post a Comment