Thursday 13 June 2013

Kuota jemaah haji Malaysia belum ditentukan


Kuota jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal seperti tahun lalu memandangkan sehingga kini kerajaan Arab Saudi belum memaklumkan sebarang perubahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masih terlalu awal untuk membuat andaian tentang pengurangan kuota jemaah haji Malaysia memandangkan pihaknya belum menerima sebarang surat pemberitahuan rasmi.
"Kita sedang menunggu hitam putih daripada kerajaan Arab Saudi berkenaan isu ini, sehingga kini belum ada pemberitahuan rasmi.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Agama Indonesia, Suryadharma Ali yang mengatakan telah menerima surat pemberitahuan rasmi dari Arab Saudi berhubung pemotongan kuota jemaah haji bagi negara itu.
Menurut Suryadharma, jemaah haji Indonesia telah dikurangkan sebanyak 20 peratus atau 42,000 berbanding 211,000 orang sebelum ini.
Untuk rekod, kuota jemaah haji Malaysia pada tahun lalu adalah 28,000 orang.


No comments:

Post a Comment