Friday 24 May 2013

SOKONG POLIS BERTINDAK: ANARKIS NAK GULING KERAJAAN BUKAN MEMPROTES PRU13.

 
 Seramai 18 individu termasuk empat wanita ditahan polis ketika menyertai himpunan bagi membebaskan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim yang ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang malam tadi.
Tindakan polis ini disetujui. Tidak boleh lagi di beri amaran lagi. Pilihanraya dah habis dan keputusan akan digezetkan. Tak setuju, sila mohon ke mahkamah. Tak perlu bawa ke jalanan, kerana ada ruang untuk protes.

Nak demo, ada undang-undang yang harus di ikuti. Tak hormati undang-undang, tindakan diambil. Tak payah nak kasi amaran. Puak ni bukan nak dengar pun. Contohnya, cuba baca hebahan SAMM berikut:
Tarikh / Date : 26.05.2013 (26.MAY.2013).
Hari / Day : Ahad (Sunday).
Masa / Time : 12.00PM .
Tempat / Location : KUALA LUMPUR.

Tema / Themes : Black.
Sediakan : Garam / Salt & Mask / Topeng.

Head : Chegu Bard , Hishamuddin Rais,
Adam Adli & Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) & NGO-NGO Lain.

 
 
 Kami Anak-Anak Muda, Dan Seluruh Penyokong Pakatan Rakyat Akan Turun Beramai-Ramai Ke Kuala Lumpur, Untuk Menggulingkan Kerajaan Yang zalim terhadap rakyatnya dan bersikap racist serta memainkan isu perkauman. Harap Kawan2, Rakan2, Sahabat2, Dan Seluruh Penyokong Pakatan Rakyat Dapat Bersama2 Kami Turun Ke Kuala Lumpur,

Ayuh Kita Sebarkan Kepada Semua. Kali Ini Kita Tolak Habis-Habisan Kerajaan Yang Zalim. Himpunan : ( RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU / KAMU TIPU PILIHAN RAYA KAMI TURUN JALAN RAYA ). 
 
Sila Menggunakan Pakaian Berwarna Hitam & Sediakan Garam Serta Mask. Ayuh Kita Mengajak Rakan2 Kita Bersama2 Berhimpun 1 Juta rakyat Pasti Akan Turun Bersama Kita. Sampai Bila Kita Harus Ditpu & terus ditipu dan ditindas dengan kerajaan yang zalim. Kita Berkumpul Beramai2 Bukit Bintang dan Petaling Street, Kuala Lumpur. Kita Jumpa Pada Tarikh Yang Bersejarah ini 26.05.2013 di Kuala Lumpur. Ingat!!!

Bukit Bintang dan Petaling Street!!!
 
 
Tuduhan salahlaku pilihanraya banyak dengan tuduhan menipu. Tak lojik ada 45 ribu Bangla mengundi. Satu kapalterbang paling banyak bawa 300 penumpan. berapa pbanyak kapalterbang nak diguna untuk bawa Bangla dari Sabah?

Berapa kali DAP tersilap pukul orang dan menafikan orang hak mengundi?

Blackout di sebut tapi tempat dan masa tak diperkatakan. kalau ada penipuan, ia bermakna wakil calun pembangkang tak buat kerja. Kenapa sign pengiraan kalau disuspek ada penipuan dari blackout?

Namun begitu, pembohongan dah meluas dan mesej benci dah disemai hingga pelajar pun dah tak rasional dan mahu bersikap biadap dan tak bertamaddun:

Message from a friend -

Kat sunway university pagi tadi, ada event melibatkan pelajar2 uni swasta dan juga diplomat2 asing.. PM seharusnya hadir merasmikannya. It was a big event..

Tp PM tak dapat hadir sebab ada tugas lain. Digantikan ucapan perasmian beliau melalui video.

Malangnya, sebaik shj  ucapan video itu ditayangkan, pelajar2 terus Booo dgn gamatnya, di depan diplomat2 asing yg hadir!

Sungguh tiada adab..
---
OMG! How RUDE!!!

Adam Adli, Nik Nazmi dan ramai lagi ditangkap kerana menganjurkan perhimpunan haram. Undang-undang dah ada dan sebarang hak ada batasan undang-undang untuk jaga ketenteraman awam dan orang teramai.

Puak-puak ni hanya nak memperbesarkan dan meluaskan fitnah mereka.


Pada malam 21 MEI 2013,  KHALID MOHD ISMATH - Presiden Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI) telah mengadakan perhimpunan di hadapan Lokap Berpusat Jinjang KL, satu perhimpunan membantah penangkapan terhadap ADAM ADLI di bawah undang-undang.

Seramai lebih kurang 400 orang hadir.. Dikenali hadhir adalah:

a) KHALID ISMAD - Presiden Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI)/Pelajar UITM SHAH ALAM Jurusan Undang2
b) IRENE FERNANDEZ - Presiden TENAGANITA
c) Datin Seri WAN AZIZAH -  Presiden PKR
d) Dr ROHANA- Pengerusi Parti Rakyat MALAYSIA
e) YB NIK NAZMI - ADUN
f) LATIFAH BIBI KOYA -  Peguam ADAM ADLI
g) ABD HALIM bin ABD HAMID - Bapa Kepada ADAM ADLI
h) FADIAH NADWA bt FIKRI - Peguambela ADAM ADLI
i) SIVARASA RASIAH - AP KAPAR
j) ERIC - Peguambela ADAM ADLI
k) DR NASIR HASHIM - Presiden PSM
l) Dr SYED HUSIN ALI -

Seramai 7  personaliti telah memberikan ucapan tetapi semuanya masih menegakkan fitnah penipuan PRU yang dirancang tuduhan tak kira apa keputusan melainkan kemenangan mereka.

.Hak kebebasan individu di sebut tapi hak orang raai untuk kesejahteraan tak disebut. Nampak juga ianya sengaja untuk bangkitkan kemarahan orang muda.

Nik Nazmi main sentimen menceritakan detik beliau ditangkap kerana mengajurkan perhimpunan 505. Kononnya bukan begini caranya melayan anak muda.

Peguam Adam Adli pula bermain sentimen konon susah jumpa Adam Adli dan tuduh Akta Hasutan dan Akta SOSMA cuba menutup mulut rakyat bersuara dan sistem hakiman disalahguna olh pihak berkuasa. Pihak mahamah berani tak bertindak?

LATIFAH BIBI KOYA pula buat cerita kata Utusan MALAYSIA tidak pernah meminta maaf menyebarkan berita mengatakan KHALID seorang anggota SB

Mereka ini semua ada merancang untuk adakan Flash Mob hari ini pukul 2 tengahhari di Masjid Jamek, Jln Tun Perak.

Majoriti yang hadir merupakan dari kalangan kaum Cina yang kini gila nak rampas kuasa secara haram dari pilihan rakyat.

Kaum Cin akomplen mengenai jenayah tapi hentam polis menjalankan tugas menurut peruntukan undang-undang.

Perkara ini tak boleh dibiarkan. Polis perlu bertindak tanpa campurtangan dari pihak atasan. Law and order harus di pulihkan. Jika perlu kekerasan, lakukan kerana pihak di sana tak menghormati undang-undang.

Kalau tidak, anarki akan menyusul.

Kami sokong tindak tanduk Menteri KDN baru dan Tan Sri Khalid.

No comments:

Post a Comment