Tuesday 21 May 2013

REMBAU MOST WANTED..



Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak di arah selatan bersempadan dengan Negeri Melaka. Daerah Rembau seluas 402.76 kilometer persegi atau 41,512 hektar dengan penduduk seramai 38,325 (2000) orang yang mendiami 17 mukim mengandungi 204 buah kampung. Penduduk daerah ini majoritinya adalah petani, kakitangan kerajaan, pekerja perkilangan di kawasan perindustrian daerah atau di Seremban.
  • Daerah ini mempunyai satu kawasan parlimen iaitu Parlimen Rembau dan dua kawasan undangan negeri iaitu Chembong dan Kota. DUNParoi dan Rantau terletak dalam pentadbiran daerah Seremban. Parlimen Rembau diwakili olehKhairy Jamaluddin sebagai ahli parlimen.
  • Menurut sejarah, Rembau asalnya adalah antara tempat mendarat terawal orang-orangMinangkabau dari SumateraAdat Perpatih telah dibawa masuk oleh orang Minangkabau. Mereka membuka perkampungan di sini dan ramai yang berkahwin dengan penduduk asli di daerah ini. Semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melakadipercayai Rembau adalah sebahagian daripada jajahan Melaka. Orang-orang Rembau pernah berperang dengan orang-orang Naning, Melaka pimpinan Haji Dol Said.
Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, Raja Melewar, ditabalkan di Rembau iaitu di Kampung Penajis dan bersemayam diKampung Astana Raja. Baginda mangkat di Rembau dan makamnya masih ada di Rembau.

No comments:

Post a Comment