Saturday 29 June 2013

Jonker Walk: Tindakan undang-undang langkah terakhir


Kerajaan negeri akan mengenakan tindakan undang-undang sebagai langkah akhir kepada peniaga atau mana-mana pihak yang masih berdegil untuk memberi ruang bagi membolehkan jalan di sekitar Jonker Walk dibuka untuk laluan kenderaan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Pembangunan Pantai dan Pulau-pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, kerajaan negeri mengalami kesukaran untuk membuat kajian tersebut disebabkan kedegilan peniaga dan campur tangan sesetengah pihak.
Menurutnya, kajian yang dilakukan bagi tempoh empat minggu itu adalah untuk memastikan sama ada laluan-laluan yang ditutup benar-benar menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di sekitar Jonker walk atau tidak.
"Sekali lagi saya tegaskan kepada peniaga bahawa aktiviti perniagaan di jalan-jalan sekitar masih boleh dilakukan di kaki-kaki lima cuma jalan-jalan di sekitarnya perlu diberi ruang untuk membolehkan kenderaan melaluinya dan kajian dapat dilakukan.
"Kita menghadapi kesulitan sejak semalam, mereka langsung tidak memberi ruang, jadi macammana kerajaan negeri nak buat kajian, apabila keputusan kajian diperolehi kelak dan didapati jalan-jalan berkenaan tidak menyebabkan kesesakan maka, kita akan benarkan ia ditutup seperti biasa.
"Kerajaan negeri mengharapkan kerjasama daripada peniaga, jangan sampai kita gunakan undang-undang kerana biarlah tindakan undang-undang menjadi jalan terakhir diambil jika mereka masih berdegil, janganlah lakukan buat sesuatu yang menyalahi undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada majlis perasmian pejabat baharu Pusat Zakat Melaka cawangan Merlimau di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Friday 28 June 2013

SUARAM SOKONG PENUTUPAN JONKER WALK KERANA SELARAS DENGAN KONVENSYEN PBB.


 Masih ingatkah anda dengan artikel ini? Ini bermakna penutupan Jonker Walk juga selaras dengan konvensyen PBB

1. Marah betul Tony Pua “Chu Kang” apabila Kerajaan Negeri Melaka menutup pasar malam, Jonker Walk, yang menjadi lokasi hampir 200 penjaja kaum Cina di negeri itu memperdagangkan barangan mereka.

2. “Pelawak” dari parti “chauvinis ultra kiasu” itu menuduh Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron sengaja berbuat demikian bagi membalas dendam terhadap kaum Cina di negeri Baba dan Nyonya itu kerana tidak memberikan undi pada BN pada PRU ke-13 awal Mei lalu.

3. “Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu. Ia ibarat memotong hidung pada wajah seseorang. Hanya semata-mata Idris Haron mahu balas dendam dan merosakkan komuniti Cina, beliau telah mengorbankan kepentingan warga Melaka dan ekonomi negeri itu,” – Tony Pua, DAP, 25 Jun 2013.

4. DAP nak menyalak? Menyalaklah sepuasnya. Kalau yang ditutup itu melibatkan pasar malam orang Melayu, ada ada menyalak? Guan Eng roboh dan sita gerai-gerai orang Melayu, Mamu, Mamak dan India di Pulau Pinang, ada dia menyalak? Rasis betul!

5. Saya yakin, sekiranya kita pernah ke bandaraya Melaka khususnya di waktu petang, kita akan dihimpit masalah kesesakan jalanraya yang sangat teruk terutama apabila menghampiri Jonker Walk.

6. Saya pernah sekali ke Jonker Walk dan saya dapati pasar malam itu hampir 100% dimonopoli oleh kaum Cina. Bukan peniaganya saja dari kaum Cina, bahkan barangan yang dijual itu pun hampir semuanya “made in China”!

7. Pada saya, pasar malam itu tidak sesuai dinamakan sebagai “Jonker Walk”, tapi lebih elok diberi nama “Chinese Walk”. Dan sudah tentu barangan yang didagangkan disitu kebanyakannya merupakan barangan tiruan.
 

8. Ketika Jonker Walk dibuka sekitar tahun 2010 dulu oleh Kerajaan BN Negeri Melaka, DAP Melaka adalah pihak yang pertama membantah keras tindakan tersebut. Kononnya Jonker Walk menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk di bandaraya bersejarah itu.

9. Setelah 3 tahun beroperasi, pihak berkuasa tempatan telah menerima banyak aduan mengenai masalah yang melibatkan Jonker Walk, terutama membabitkan kesesakan lalulintas sebagaimana yang dibantah DAP.

10. Ekoran itu, saya difahamkan bahawa Kerajaan BN Negeri Melaka terpaksa mengambil keputusan untuk menutup Jonker Walk. Itu pun ia bukannya ditutup untuk selama-lamanya.

11. Menurut laporan media, Jonker Walk hanya ditutup selama empat minggu bagi menguji sama ada dakwaan pasar malam itu penyebab utama kesesakan lalulintas di bandaraya itu benar atau tidak.

12. Secara mudah, jika benar ia menyebabkan kesesakan lalulintas, maka ia akan ditutup untuk selamanya. Akan tetapi, jika Jonker Walk didapati bukan penyebab kesesakan tersebut, maka ia akan dibuka semula selepas empat minggu diuji. Susah sangatkah nak faham?

13. Sebenarnya isu penutupan Jonker Walk itu mencetus kemarahan DAP kerana ia menjejas mata pencarian orang Cina di Melaka saja, dan bukannya kepada kaum lain. Bila “periuk nasi” orang Cina diusik, sudah tentulah Cina DAP rasis seperti Tony Pua akan melenting marah!

14. Pada hemat saya, penutupan Jonker Walk tidak menjejaskan kepentingan ekonomi “warga Melaka dan ekonomi negeri itu” sebagaimana yang didakwa Tony. Sebaliknya, ia hanya menjejaskan sedikit kepentingan orang Cina dan ekonomi kaum itu, tapi tidak pada orang lain.
Penutupan Jonker Walk itu dijangka akan meredakan penjualan barangan tiruan yang dijual secara berleluasa di Melaka selain menyebabkan kegiatan peniaga tanpa lesen orang Cina terbantut buat seketika.

15. Nak marah? Marahlah! Kita peduli apa? Pokoknya, Jonker Walk itu lebih banyak mudaratnya berbanding memberi faedah untuk negeri Melaka dan yang paling penting penutupan pasar malam itu tidak menyalahi undang-undang pun.


16. Dalam bahasa mudah, elok tutup saja Jonker Walk. Bukannya pasar malam Cina itu beri keuntungan pada negeri Melaka dan rakyatnya pun. Menyusahkan dan merugikan pihak berkuasa saja..kan?

BUKTI KEKEBALAN TULANG SULBI (MESTI BACA)


TULANG sulbi atau dengan bahasa saintifiknya adalah 'Coccyx' ini adalah bahgian tulang dari tubuh manusia. Terletak pada bahagian terbawah dari tulang belakang. Tulang sulbi ini adalah tulang yang pertama kali ketika manusia diciptakan oleh Allah. Dari tulang inilah nantinya manusia dibangunkan pada hari akhir. Hebatnya lagi tulang sulbi ini tidak akan hancur dimakan tanah.

Tulang sulbi sering disebutkan dalam hadis iaitu, dari Abu Hurairah Nabi bersabda, “Sesungguhnya bahagian tubuh manusia akan rosak, kecuali 'tulang sulbi', dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan, dan dari tulang ini manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir” (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah).

 Satu lagi hadis tentang tulang sulbi ini: Dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Ada satu tulang yang tidak akan dimakan tanah. Mereka bertanya,”tulang apa ya Rasul?” Nabi menjawab” Tulang Sulbi”. (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah)

Fakta daripada hadis ini ternyata benar. Seorang doktor yang bernama Dr. Othman Al-Djilani dan Syaikh Abdul Majid melakukan satu eksperimen terhadap tulang sulbi ini.

Pada bulan Ramadhan 1423 atau sama dengan 2002 di tahun Masehi di Yaman. Mereka berdua memanggang tulang punggung iaitu tulang sulbi dengan gas terbakar selama 10 minit hingga sampai benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah menjadi merah kemudian menghitam).

Kemudian mereka berdua meletakkan potongan-potongan yang telah gosong itu pada kotak steril. Kemudian kotak steril itu mereka bawa ke laboratorium analisa terkenal di Sanaa, Yaman.

Nama labolatorium itu Al Olaki Labolatory iaitu milik Dr. Al Olaki, yang merupakan seorang professor di bidang histologi dan pathologi di Sanaa University, di Yaman. Beliau menganalisa hasil potongan-potongan tulang tersebut dan menemukan bahwa sel-sel pada jaringan tulang sulbi (coccyx) dapat bertahan terhadap pembakaran.

 Ternyata hanya sel-sel otot, sumsum, dan jaringan lemak saja yang terbakar. Sementara sel-sel tulang sulbi tidak terpengaruh. Percubaan di atas ini membuktikan bahwa, hadis itu benar. Tulang sulbi akan tetap kekal. Tidak dimakan tanah, tidak hancur terbakar, tahan pada kondisi apapun. SubhanaAllah!

Itulah, hebatnya Allah. Jika kita gali ilmu-ilmu-Nya betapa kecilnya kita ini di hadapan Allah. Dunia saja ibarat butiran-butiran pasir. Bagaimana dengan kita yang lebih kecil daripada bumi? Sungguh Allah itu maha besar maha mengetahui.

1400 tahun yang silam, Nabi sudah bersabda tentang tulang sulbi ini. Sudah terbukti hingga sekarang! Kenapa harus ragu dengan keesaan Allah?
   
   Apa itu Tulang Sulbi ?
Tulang Sulbi itu merakam semua perbuatan baik dan buruk manusia. Dan perbuatan manusia ini akan mempengaruhi Tulang Sulbi nya. Putih bersih atau hitam kotor. Semakin banyak kebaikan dan pahala seseorang semakin putih Tulang Sulbi nya. Semakin banyak kejahatan atau dosanya semakin hitamlah Tulang Sulbi nya. 
 

Thursday 27 June 2013

PAKATAN MULA MEROYAN MENJELANG PRK KUALA BESUT.


Dari awal lagi telah dikatakan, DAKWAT KEKAL yang dituntut oleh Pakatan Rakyat sehinggakan mereka berarak di jalan raya di Kuala Lumpur sambil berbaju T kuning merupakan perangkap dan jerat agar mereka dapat melepaskan kemarahan apabila keputusan PRU13 menunjukkan mereka tidak dipercayai oleh majoriti rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, atas dasar baik hati dan konon-kononnya terbuka serta mahu menambahbaik, akhirnya SPR guna juga dakwat kekal dan terperangkap pula dengan isu agama memandangkan dakwat kekal yang hendak digunakan, perlulah berasaskan air yang mana, tidak menghalang air daripada menyentuh kulit sebagaimana dakwat kekal berasaskan minyak yang banyak digunakan oleh negara-negara Dunia Ketiga yang masih lagi rakyatnya berasa kembang hidung kalau dapat memiliki sebiji basikal tua bertayar besar!

Dari awal lagi telah dikatakan bahawa dakwat kekal yang dimaksudkan, tidak akan kekal sebagaimana yang didakwa oleh Pakatan Rakyat. Bahkan dakwat kekal itulah nanti yang akan digunakan oleh Pakatan Rakyat.

Kalau tak salah, suatu ketika, Sahabat Blogger, PAPAGOMO (kini sudah pun bersara) BACA DI SINI siap buat demonstrasi untuk menanggalkan dakwat kekal yang dipalitkan ke jari. Namun, puak-puak Pakatan Rakyat kata, itu lebih jimat dan lebih dipercayai berbanding sistem biometrik yang hendak dikuatkuasakan oleh SPR pada waktu itu.

Sekarang, apa yang didebatkan oleh SAHABAT BLOGGER PAPAGOMO, digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk menghentam hujah mereka sendiri. Manakala pihak SPR pula terpaksa bertungkus lumus mencari jawapan bagi semua tuduhan yang dilemparkan kepada mereka tanpa merujuk kembali kepada perkara pokok yang menjadi asas tuduhan... TIDAK ADA SATU BUKTI PUN YANG MENYOKONG HUJAH PAKATAN RAKYAT BAHAWA DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL ITU MEMBOLEHKAN MANA-MANA INDIVIDU MENGUNDI LEBIH DARI SEKALI!!!

Menjelang PRK Kuala Besut, pecacai-pecacai Pakatan Rakyat yang suatu masa dahulu cukup BERIMAN dan BERIKTIKAD DENGAN SEBENAR-BENAR IKTIKAD KEPADA DAKWAT KEKAL, sekarang ini sibuk menghentam SPR dan dakwat kekal yang digunakan.

Hujah mereka sangat mudah, dakwat kekal tersebut tidak kekal. Itu sahaja. Perkara pokok yang mereka sendiri bangkitkan iaitu pengundi boleh mengundi lebih dari sekali kerana tidak menggunakan dakwat kekal, tidak pula dibangkitkan kerana mereka tidak mempunyai walau secebis bukti pun!!!

Rasa-rasanya sudah sampai masanya untuk SPR menggubal semula penggunaan dakwat kekal yang merupakan satu perbelanjaan tidak perlu. Sebaliknya SPR lebih baik meniadakan dakwat kekal dan kembali semula kepada sistem lama yang jauh lebih berkesan dan tidak membazir di samping menilai semula program sistem biometrik yang sudah digunapakai oleh kebanyakan negara di seluruh dunia termasuklah Amerika Syarikat.

Apatah lagi dengan KEMUNCULAN TERLALU RAMAI CHINABENG MUDA pada PRU lalu, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena memandangkan salah satu daripada KEPANTANGAN BESAR kaum berkenaan adalah TIDAK BOLEH RAMAI ANAK.

Kalau dari awal lagi mereka tidak mahu ramai anak, bagaimana pula boleh ada ramai anak muda? Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan Jabatan Pendaftaran Negara... lagipun antara kes paling menarik ialah bagaimana TIGA MAHARAJA KECIL yang merupakan kepala kongsi gelap melarikan diri ke luar negara dengan dokumen pengenalan diri 'tulen tapi palsu', masih lagi segar dalam ingatan kebanyakan rakyat Malaysia yang prihatin.

Mahkamah AS benarkan perkahwinan pasangan sejenis di California


Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) semalam membenarkan perkahwinan sejenis di California selepas mendapati undang-undang larangan perkahwinan gay di negeri itu tidak termaktub dalam Perlembagaan.
Mahkamah memperoleh keputusan undian 5-4 yang memihak kepada penyokong perkahwinan sejenis.
Kenyataan mahkamah menyebut, tiada peraturan sah larangan perkahwinan gay di California dan negeri-negeri lain. - REUTERS


Wednesday 26 June 2013

DAP CADANG HAPUSKAN BAZAR RAMADHAN ?? WARGA P.PINANG SILA HATI HATI




Sikap perkauman DAP semakin terserlah hari ini apabila Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan juga ditutup kerana didakwanya akan menyebabkan kesesakan lau lintas.

Katanya, jika benar alasan kerajaan negeri bahawa keputusan untuk menutup pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka kerana mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau, maka tindakan yang sama perlu diambil ke atas Pasar Ramadan.

"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung.

"Kenapa tutup saja di Jonker Walk? Saya rasa semua tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri ini adalah tindakan politik yang langsung tidak mengambil kira keperluan rakyat di Malaysia. Ia hanya mengambil kepentingan politik Umno," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau selain itu turut menggesa penutupan Jonker Walk itu dibatalkan dengan serta merta.

Kemelut itu timbul apabila akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily hari Isnin lalu melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron sebagai berkata, mesyuarat anggota exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Bagaimanapun Idris telah menafikan laporan itu. Katanya, keputusan yang diambil pada mesyuarat exco itu adalah untuk membuka semula jalan raya yang ditutup kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya.

Perkara itu bertambah kusut apabila sebuah portal mesra pembangkang memetik ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan Jonker Walk adalah 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Jenazah ADUN KUALA BESUT SELAMAT DIKEBUMIKAN.


Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pagi tadi selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Teluk Bayu petang ini.
Antara yang mengiringi jenazah ialah Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Turut hadir menziarahi jenazah ialah Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin Pas, Datuk Husam Musa.
Lebih 1,000 penduduk hadir menziarahi jenazah yang disembahyangkan di Masjid Teluk Bayu.
A. Rahman, 55, meninggal dunia pukul 10.18 pagi tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kegagalan pernafasan selepas seminggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital itu.
Beliau meninggalkan isteri Azizah N. Omar dan empat anak iaitu Mohd Zaihan, Mohd Razhan, Mohd Zaffuan dan Nurul Najihah.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bulan lepas, beliau mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.
Allahyarham kemudian dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam barisan exco kerajaan negeri Barisan Nasional. - BERNAMA

Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul pelajar kolej

                                                                        gambar hiasan 

Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang pelajar kolej, minggu lepas.
Mohammad Nazri Mohd Damin, 28, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap gadis berusia 17 tahun 11 bulan itu dengan niat hendak mencabul kehormatannya dan melakukan seks luar tabii di dalam tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) di Bangunan Times Square, Jalan Imbi di sini pada 6 petang, 17 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu dan Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Henry Tan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh amat berat membabitkan jenayah seksual.
Namun, peguam Mohd Shamril Afzan Mohamed Hasim memohon anak guamnya diikat jamin dengan alasan tertuduh menanggung keluarganya dan tidak mengenali mangsa.
Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan yang tidak membenarkan tertuduh, keluarga dan rakan menghubungi mangsa serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada hari Jumaat setiap minggu.
Mahkamah menetapkan 25 Julai untuk sebutan. – Bernama

SPR akan mesyuarat tentukan PRK

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.
  
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata setakat ini SPR belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dun dan menjangkakan ia akan diterima dalam tempoh terdekat.
  
"Selepas itu SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi bila mesyuarat khas akan diadakan. Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Kerusi Dun Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu hari ini, akibat kanser paru-paru.
  
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas Napisah Ismail.
  
Pada pilihan raya umum lepas BN Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.  - Bernama

PANDAI AMBIK SENDIRI TANGGUNG..

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal bertindak mengangkat kaki dalam keadaan berbalut kepada beberapa jurugambar akhbar yang menunggu untuk merakam wajahnya ketika disorong keluar dari mahkamah oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan kerusi roda, semalam.

Lans Koperal Hasri Mat Din, 56 dari Kampung Sega Tat, Raub  yang dituduh menerima suapan rasuah  sempat menutup muka menggunakan baju yang dipakai dan mengucapkan selamat tinggal kepada jurugambar itu sambil melambai dengan selipar di tangan.

Dia bersama dua anggota lain berpangkat Lans Koperal dan Konstabel dari Balai Polis Dong, Raub dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini semalam atas tuduhan menerima suapan RM300, September tahun lalu.
Tertuduh dan Konstabel Rohafizan Che Md Saupi, 26 dari Berek Polis Dong bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Manakala rakan mereka, Lans Koperal Farid Effendi Abu Bakar, 30  dari Kuarters Polis IPD Raub yang dituduh secara bersubahat menerima suapan daripada pengadu sama turut menafikan kesalahan itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan bagi ketiga-tiga tertuduh itu, Hasri dan Rohafizan didakwa secara rasuah menerima suapan RM300 daripada seorang pesalah trafik sebagai dorongan tidak ambil tindakan setelah didapati memandu kenderaan dengan cukai jalan tamat tempoh, 21 September tahun lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dalam sebuah restoran di Dong, kira-kira jam 1.20 petang pada tarikh tersebut.

SALLEY YEN ANAK HARAM HINA ISLAM DAN NABI.

Sally Yen Menghina Islam dan Nabi SAW | Malaysia sebuah negara demokrasi dengan Islam agama rasmi dengan membenarkan rakyat beragama lain mengamalkan agama dengan bebas. Sikap saling menghormati antara agama sangat penting untuk menjaga batas-batas susila beragama supaya tidak berlaku kecelaruan dalam bermasyarakat.Perbezaan beragama bermakna ada perbezaan kefahaman antara penuntut setiap agama. TIndakan menghina agama lain kerana perbezaan kefahaman pasti akan membawa kesongsangan dalam hubungan masyarakat majmuk Malaysia.
Screen-Shot-2013-06-24-at-12.10.07-PM
Tindakan Sally Yen mengulangi beberapa watak durjana sebelum ini menghina Islam pasti membawa rasa marah di kalangan umat Islam di Malaysia. Mengunakan Facebook dengan berani dan pasti dengan akaun samaran Sally Yen merasakan selamat untuk menghina Islam.
Tindakan yang sangat keras mesti diambil oleh Kerajaan kepada siapa juga Sally Yen sebagaimana Kerajaan mengambil tidakan keras kepada Melissa Goi yang menghina Yang Di Pertuan Agong.Mengikut rekod (kalau salah tolong betulkan) kebanyakan watak di Facebook yang menghina Islam terlepas begitu sahaja. Kami pasti siapa pun dibelakang sebuah akaun Facebook dengan nama samaran pasti dapat dikesan.
Malaysia memang negara demokrasi tetapi demokrasi pun ada batasnya kalau dibiarkan watak-watak penghina Islam berleluasa di alam maya Malaysia sangat dikhuatiri tindakbalas penghinaan kepada agama lain akan berlaku dan ini pasti akan menjadikan keharmonian yang telah dibina berpuluh tahun akan hancur begitu sahaja.
Perjuangan kebebasan yang melampau kekadang menjadikan manusia fikir mereka ingin bebas dan sesuka hati bertindak mengikut kata hati tanpa memikirkan implikasi kepada masyarakat. Mencabar undang-undang menjadi keseronokan untuk menjadi popular walaupun bukan disukai oleh majoriti. Kekadang orang tua yang mengajar orang muda menjadi kurang ajar.

KERANA TIDAK SERTAI FUTSAL KAPTEN DI MINDEF ANCAM PUKUL DAN BAKAR KERETA.


Malam tadi admin baru dapat tahu berita nie dari seorang Pegawai Tentera Muda yang mengatakan ada seorang Kapten di Mindef tak sampai 10 Tahun kerja dengan Kerajaan dah ibarat macam dia pulak PANGLIMA ANGKATAN TENTERA.
Gara-gara tidak sertai bermain futsal selepas waktu kerja kelmarin,pegawai mindef bangsat nie telah memanggil Pegawai Muda nie mengadap dia. Sejurus pegawai Muda nie masuk ke bilik Pegawai Tua nie, Pegawai Tua nie telah memecahkan telefon bimbit milik Pegawai Muda ini dan memukul Pegawai Muda ini dengan Tongkat Sakti nya hingga Pegawai Muda ini merasakan kesakitan di bahagian tulang rusuknya.
Pegawai Tua Bangsat nie pun telah memberi amaran kepada beliau ingin memukulnya jika dia tidak berada di Mess pegawai dan mengugut akan merosakkan dan membakar kereta milik Pegawai Muda ini. Tidak mahu mengambil risiko dan mengelak perkara yang tidak di ingini berlaku beliau telah mengambil keputusan keluar dari Mess Pegawai. Admin ingat Pegawai Tua nie memang gila atau sakit otak.
Admin telah menasihatkan Pegawai Muda ini supaya menjalani pemeriksaan Doktor bagi mengesan tahap keseriusan kecederaan dan jika ianya mendatangkan kecederaaan, Admin minta  beliau membuat laporan polis dan tindakkan akan menyusul. Tak kira lah apa pangkat kau orang, Setiap perbuatan ada batasan nya. Perkara ini akan saya cuba ketengahkan kepada MENTERI PERTAHANAN DAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA.


Tuesday 25 June 2013

Anwar angkat sumpah, penyokong berbaring di jalan raya


SELEPAS melakukan pelbagai propaganda, hasutan, tohmahan dan fitnah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengetuai pakatan pembangkang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Anwar dan sekutu-sekutunya dilaporkan berbuat demikian kira-kira sejam selepas polis menahan sekumpulan 200 peserta perhimpunan haram yang bertindak ganas merempuh kawalan polis yang mengawal perkarangan Bangunan Parlimen.
Tindakan ganas itu dilakukan oleh saki-baki kumpulan yang sebelum ini menyertai perhimpunan haram di Padang Merbok yang berpunca daripada seruan Anwar supaya rakyat turun beramai-ramai ke perhimpunan berkenaan bagi membantah keputusan PRU-13.
Ternyata, peserta-peserta berkenaan yang ada antara mereka 'berkampung' di dalam khemah di Padang Merbok sejak Sabtu lalu telah diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.
Segala susah-payah mereka dalam perjuangan sia-sia itu tidak membawa apa-apa makna kerana Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang tetap mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Kalau benarlah pemimpin pembangkang mendakwa pilihan raya umum lalu penuh kepincangan dan penipuan, kenapakah mereka mahu mengiktiraf keputusan yang berpihak kepada mereka tetapi menolak kemenangan yang menyebelahi BN?
Sepatutnya sama ada perhimpunan haram atau keganasan di hadapan bangunan Parlimen tersebut tidak akan berlaku, jika Anwar berjiwa besar untuk menasihatkan penyokong-penyokong supaya menghormati proses melakukan bantahan iaitu melalui petisyen kepada mahkamah.


Namun malangnya, Anwar tidak berbuat demikian, beliau seolah-olah bangga apabila ramai anak muda yang terpengaruh dengan dakyah beliau khususnya kelompok yang bergabung dalam Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Dengan jumlah kehadiran di Padang Merbok tidak mencapai sasaran pakatan pembangkang, ia sepatutnya memberikan kesedaran kepada Anwar bahawa perjuangan beliau melakukan politik jalanan tidak akan berhasil. Mana mungkin kalau setakat 200 orang yang berkumpul di hadapan Bangunan Parlimen akan mampu melunturkan semangat perjuangan pegawai-pegawai SPR.
Bagaimanapun, apa yang kita saksikan, Anwar terus memberi galakan kepada kumpulan berkenaan untuk melakukan bantahan. Ketika kelompok itu menyusahkan diri sendiri dan mungkin juga menunjukkan kebodohan mereka dengan tidur dalam keadaan berjerebu, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain selesa berada di kediaman masing-masing membuat persiapan untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Setakat melahirkan penghargaan kepada perjuangan kelompok itu, ia tidak membawa makna apa-apa. Sepatutnya kalau Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang benar-benar bertekad bahawa berlaku penipuan dalam PRU-13, mereka juga akan bersama-sama kumpulan itu yang antara lain mahukan pemimpin-pemimpin pembangkang tidak mengangkat sumpah.
Jelaslah, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, semalam menunjukkan sikap hipokrit pada tahap paling tinggi yang tidak mungkin ada kepada mana-mana Ahli Parlimen di seluruh dunia.
Apa pun yang paling malang ialah penyokong-penyokong mereka yang begitu mudah diperbodohkan sehingga sanggup berkhemah, bermalam dan berbaring di jalan raya serta ditangkap oleh polis. Segala-galanya berpunca daripada sikap hipokrit dan watak 'sesumpah' pemimpin pembangkang seperti Anwar!

Monday 24 June 2013

CEUPACS bincang bonus hari ini

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) akan membincangkan hal tuntutan bonus bagi penjawat awam dalam mesyuarat yang akan diadakan di Wisma CEUPACS, Kuala Lumpur, esok.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, mesyuarat yang akan disertai oleh kira-kira 135 ahlinya termasuk dari Sabah dan Sarawak itu akan membincangkan jumlah tuntutan sama ada mengekalkan seperti tahun lalu atau cadangan baru.
"Setiap tahun CEUPACS akan menyuarakan kepada kerajaan supaya dipertimbangkan sama ada bonus atau sumbangan lain sempena perayaan bagi meringankan beban penjawat awam.
"Kita harakan pada pembentangan bajet pada 25 Oktober ini, kerajaan dapat mempertimbangkan tentang bonus penjawat awam seperti tahun-tahun lalu.
"Pada tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah dan tahun ini kalau dapat jumlah yang sama kita amat berterima kasih kepada kerajaan dan kalau boleh dipertimbangkan juga pemberian setengah bulan bonus sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan CEUPACS Bahagian Melaka di Melaka Raya di sini hari ini.
Turut hadir, Presiden CEUPACS Bahagian Melaka, Md. Saleh Majid.



Guru, petugas tak perlu hadir ke sekolah ditutup


Penutupan operasi sekolah akibat bencana jerebu di beberapa kawasan hari ini turut meliputi guru dan petugas lain di sekolah berkenaan.
Menurut sumber Kementerian Pendidikan, kesemua mereka tidak perlu hadir bertugas di sekolah yang berkenaan esok.
Beliau yang dihubungi Bernama di sini malam tadi diminta mengulas mengenai kenyataan beberapa guru yang diarah hadir di sekolah masing-masing esok walaupun kerajaan telah mengumumkan sekolah terbabit ditutup kerana jerebu.
Sumber itu turut mengesahkan pihaknya telah dimaklumkan semua sekolah di Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ditutup hari ini.
Peringkat daerah pula meliputi sekolah di Segamat, Muar dan Ledang di Johor, Kuantan (Pahang) dan Port Dickson (Negeri Sembilan), katanya. - BERNAMA

Saturday 22 June 2013

Kualiti udara Muar sangat berbahaya, catat IPU 453


Kualiti udara di daerah Muar kini berada pada tahap sangat berbahaya dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 453 pada pukul 4 petang hari ini.
Pengerusi Bencana Alam (Pencemaran Udara dan Jerebu) Daerah Muar Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata kualiti udara di daerah itu mencatat kemerosotan sejak awal pagi dengan bacaan IPU 276 pada 7 pagi, 312 (8 pagi), 338 (9 pagi), 360 (10 pagi) dan 373 (pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari).
"Keadaan jerebu di Muar semakin buruk hari ini. Bagi mencegah dan memastikan kesan jerebu dapat dikurangkan, Bilik Gerakan Bencana Alam (Pencemaran Udara dan Jerebu) akan merangka pelan tindakan dan melakukan pemantauan melibatkan lapan agensi kerajaan di sini," katanya ketika dihubungi di sini.
Abdul Rahman yang juga Pegawai Daerah Muar, berkata agensi yang terlibat ialah Majlis Perbandaran Muar (MPM), pejabat tanah, polis, pejabat pendidikan daerah, bomba, pejabat kesihatan, pejabat pertanian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Beliau berkata MPM akan melakukan rondaan dan pemantauan kebakaran terbuka termasuk tapak pelupusan, pembuangan sampah, tapak pembinaan, tepi jalan dan taman-taman perumahan sebelum memaklumkan kepada bomba untuk tujuan pemadaman.
Katanya pejabat tanah pula akan mengarahkan kuari dan lombong untuk menghadkan aktiviti bagi mengurangkan kesan jerebu manakala polis meronda bagi memantau kegiatan pembakaran terbuka.
"Pejabat Pendidikan Daerah pula memberi nasihat mengurangkan aktiviti di luar bilik darjah apabila sekolah dibuka semula selain mengenal pasti sekolah-sekolah yang perlu dibekal dengan penutup hidung dan mulut," katanya.
Menurutnya bomba juga akan melakukan rondaan dan pemantauan kebakaran terbuka serta menghantar laporan setiap dua jam jika berlaku pembakaran terbuka manakala pejabat kesihatan daerah perlu menasihati orang ramai mengenai langkah penjagaan kesihatan.
Pejabat pertanian daerah akan memantau kawasan pertanian bagi mencegah petani atau pekebun melakukan pembakaran terbuka manakala JPJ memantau kenderaan yang mengeluarkan asap hitam.
Sementara itu, di JOHOR BAHARU, Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Alam Sekitar ketika dihubungi berkata bacaan IPU di Pasir Gudang, Kota Tinggi dan Larkin Lama tidak banyak berubah setakat pukul 4 petang.
Jurucakap itu berkata IPU di Pasir Gudang mencatatkan bacaan 190, Kota Tinggi (192) manakala Larkin Lama (170), yang kesemuanya pada paras tidak sihat.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Md Jais Sarday berkata keputusan untuk membuka semula sekolah pada Isnin ini di beberapa daerah yang ditutup berikutan masalah jerebu akan diketahui esok.
Beliau berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Johor untuk memantau keadaan petang esok sebelum menentukan sama ada sesi persekolahan dapat dijalankan.
"Jabatan Pendidikan Johor akan menggunakan budi bicara mereka dalam membuat keputusan terbaik dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan nasihat Majlis Keselamatan Negara dalam menjamin keselamatan pelajar," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian program Kenali Asean 2013, di sini, hari ini.
Sebanyak 211 sekolah di Muar dan Pasir Gudang mula ditutup sejak dua hari lepas ekoran peningkatan bacaan IPU, diikuti sekolah-sekolah di Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang, semalam. - BERNAMA

STOKING ANTI ROGOL BUATAN CHINA

              Ini hanyalah sarung kaki Bukannya bulu  asli

Cara ini mungkin kaedah yang paling pelik tapi berkesan. Ada satu produk buatan China yang dinamakan "Stoking Anti Rogol" yang perlu dibawa atau di pakai oleh anak-anak gadis jika hendak keluar rumah.

        
Cara menggunakan stoking anti rogol ini sangat mudah, Sarungkan saja di kaki dan gadis atau wanita akan kelihatan sangat menyeramkan dengan kaki seolah-olah dipenuhi bulu-bulu lebat yang kelihatan hodoh.




















Produk stoking anti rogol ini sekarang sangat popular dikalangan remaja di China untuk menghindari dari di rogol atau di usik oleh lelaki-lelaki nakal dijalanan atau sekadar trend fesyen disana.
Menurut penciptanya stoking berbulu ini sekurang-kurangnya akan membuatkan para perogol kurang berselera terhadap wanita yang mempunyai kaki berbulu lebat.

Black505 kemuka 3 tuntutan

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendakwa tujuan himpunan Black505 adalah untuk membuktikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa rakyat bersama PR membantah keputusan PRU13.

"Kita tidak rela ditipu oleh SPR, kita mahu pengerusi dan timbalan pengerusi SPR letak jawatan," katanya ketika memberi ucapan sempena himpunan Black505 di Padang Merbok.

Beliau pada masa sama menolak kenyataan bahawa himpunan berkenaan bertujuan untuk mewujudkan suasana huru hara dan cuba mencetuskan provokasi di Kuala Lumpur.

"Mereka kata akan berlaku huru hara, tetapi kita lihatlah sendiri hari ini, suasananya sungguh aman dan tenang," katanya.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor turut menyatakan bahawa kuasa rakyat sudah diiktiraf kerana rakyat dibenarkan secara aman untuk berhimpunan di Padang Merbok.

"Bila mereka membenarkan rakyat masuk dalam Padang Merbok, maknanya kuasa rakyat semakin diiktiraf.

"Kalau dulu rakyat  disembur dan ditembak, tetapi kini mereka sudah tidak buat dah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menambah tujuan himpunan ini juga adalah bagi mendesak semua kawasan yang dihantar petisyen diadakan semula pilihan raya.

"Kita mintak semua kawasan yang ada petisyen sama ada dari PR dan BN buat balik PRU kecil, setakat ini ada 50 kawasan," katanya.

Himpunan ini juga katanya sebagai amaran supaya persempadanan semula tidak dilakukan selagi pegawai SPR baru tidak dilantik.

"Jangan buat persempadanan baru sehingga Pegawai SPR  baru dibentuk oleh rakyat," katanya.

CEO ISIS, Dr. Mahani meninggal dunia akibat kanser


Pakar ekonomi yang terlibat dalam penggubalan polisi semasa krisis ekonomi 1998, Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin meninggal dunia hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Dr. Mahani, 59, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) meninggal dunia pada kira-kira 2 petang akibat penyakit kanser.
Menurut adiknya, Adnan, jenazah akan dibawa balik ke rumah Allahyarham di No.1, Jalan Puncak Kiara 1, Kiara View, Desa Sri Hartamas.
Allahyarham meninggalkan suami, Hamidon Howell Miller dan seorang anak lelaki James Imran Miller.
Mahani, yang memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam ekonomi pembangunan dari University of London pada 1992, pernah bertugas sebagai profesor di Jabatan Ekonomi Kendalian, Universiti Malaya.
Pada 2001, beliau dilantik sebagai Ketua Pasukan Perunding Khas bagi Globalisasi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan dari 2005 hingga 2007 adalah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Institut Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi.
Beliau adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia dan anggota International Steering Committee for the Pacific Trade & Development (PAFTAD). - BERNAMA

ANUWAR TERDESAK MENJELANG PEMBUKAAN PARLIMEN 24 JUN INI.

Kesemua jalan masuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur telah disekat berperingkat-peringkat oleh Pihak Polis. Walaupun cuti dibekukan, bantuan masih tidak mencukupi.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar memutuskan untuk tidak mempertaruhkan nyawaa anggota dan pegawai PDRM memandangkan terdapat ancaman nyawa. Walaupun Unit Komando membantu dilapangan, tiada apa yang dapat dilakukan, kerana pihak polis harus guna pendekatan berhemah tanpa mencederakan orang awam. Bagi mengembalikan kepercayaan rakyat ke atas PDRM, PDRM hanya memantau dari jauh sahaja dan tidak akan berada  di tempat DEMONSTRASI. Ini adalah disebabkan PDRM telah meminta bantuan Unit-unit khas yang digeruni, dipercayai dan disukai oleh setiap Warga Malaysia. Bantuan tersebut datangnya dari Negara-negara yang prihatin.
Negara Jepun sudi menghantar adik beradik Ultraman, Power Rangers, Gaban.



Manakala negara Amerika akan menghantar Superman, Batman Iron Man, namun begitu negara Jepun dan Amerika berjanji akan menghantar lebih adiwira sekiranya diperlukan. Tapi apa yang lebih mengharukan, optomusprime dan ahli ahli kumpulan Transfomer sudi datang dari planet lain untuk membantu PDRM. Jadi jangan risau, PERHIMPUNAN BLACK 5O5 AKAN DAPAT DIKAWAL.

Friday 21 June 2013

MALAYSIA, SASARAN DAJAL SETERUSNYA??

-MAI BACA PASAL AGAMA SIKIT PADA JUMAAT NI MENGENAI TIGA NEGARA YANG DI PERINTAH DAJAL SUDAH BERGABUNG BIAQ BENDA SEMACAM NI MENJADI PEDOMAN RAKYAT ISLAM DI MALAYSIA! SIAPALAH AGAK-AGAKNYA ADA POTENSI JADI "JELMAAN DAJAL" KAT MALAYSIA NI YE? KEKEKE!!!-


isu sebenar yg berlaku di Syiria.

Kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, menerangkan keadaan saudara kita di sana.

Syeikh mengatakan ada TIGA sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1) Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine. Umat Islam telah ramai dibunuh dengan kejam. Berbanding dengan Palestine, walau bertahun-tahun telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat Palastine 60 ribu orang pada tempoh 60 tahun.

Tapi di Syiria, 60 ribu orang yang telah TERKORBAN dengan HANYA TEMPOH DUA TAHUN kekejaman berlaku, tapi itu baru yang diwar-warkan, yang ditulis, tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh-puluh ribu lagi kematian.

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkaan Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yang istimewa, di mana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran.

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu Syiria ibarat bantu Palestine tapi isu di Syiria ramai orang tak tahu berbanding dengan Palestine, di Syiria tidak dibenarkan diwar-warkan segala maklumat, tiada media, tidak benarkan bantuan masuk pun.

Kata Sheikh, "Tiada satu pun masjid di Syiria yang tidak dibom!", masjid dihina, orang Syiah mencabuli wanita ahli Sunnah di dalam masjid.
 
                                                Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria
 
 
Di Syiria tiada hospital untuk bantu orang Sunnah, jika mereka dibom, mereka dibiarkan macam tu je, kesakitan hingga mati. Si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakan kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dan dibunuh juga.

Syiah buat kekejaman sebab dia berpegang bahawa halal darah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), mereka percaya jika dapat sembelih ahli Sunnah, darahnya di bumi ni, akan dapat bangkitkan ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal Laknatullah!!!

*Jadi Ulama TU PESAN: Mereka tak nak bantuan hanya duit sebab bukan boleh bawa masuk di Syiria, bukan hanya doa kita-kita je, tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yang lain, ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dan BERSATU.

*Beliau PESAN LAGI: Pilihlah PEMIMPIN yang BENAR-BENAR NAK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA kerana pemimpin yang benar-benar kepada Islam je yang boleh dipercayai, yang lain tiada membawa kepada Islam yang sebenar.
 
 
 
Sementara itu Prof. Dr. Yusuf Qardhawi beberapa bulan lalu menyatakan seperti berikut;

Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini.

Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim sekali dalam seumur hidup.

Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu:

Pertama: Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah.

Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.

Kedua: Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.

Ketiga: Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.

Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadat haji berulang kali:

1) Dapat menggunakan wang tersebut bagi membantu umat Islam yang kesusahan yang amat memerlukan bantuan.

2) Memberikan peluang kepada saudara Islam lain yang masih belum menunaikannya.

Fakta wasukalu

Selama tempoh sekitar 70 tahun Zionis menjajah bumi Palestin, mereka telah membunuh sekitar 30 ribu umat Islam Palestin. Manakala rejim Syiah Nusairi (era Bashar) di Syria pula, dalam tempoh DUA tahun sahaja telah membunuh lebih daripada 50 ribu umat Islam Syria.

Jika dicampur jumlah mangsa tragedi Hama pada tahun 1982 (era Hafeez Asad) yang mengorbankan lebih 46 ribu umat Islam, maka jumlah keseluruhan umat Islam yang dibunuh Syiah di Syria ialah 96 ribu orang sejak tahun 1982 iaitu tempoh masa yang lebih singkat iaitu 30 tahun sahaja. 

Kesimpulannya Syiah membunuh ASWJ dengan purata 3200 orang setahun selama 30 tahun manakala yahudi zionis Israel membunuh ASWJ dengan purata 428 orang setahun selama 70 tahun.
 
 
 
Perkara yang perlu kita fikirkan untuk mengaitkan Israel, AS, Negara Syiah Iran, Iraq dan Syria:

1. Penyerahan Bukit Golan kepada Israel
2. Penyiaran empat rangkaian agama Iran dari stesen di Israel
3. Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah
4. Kaitan Yahudi Israel dengan Yahudi iran. 70.000 Yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepas kejayaan revolusi Islam di Iran.
5. Darah Yahudi dalam tubuh Ahmadinejad
6. Sejarah syiah menurut ASWJ - Hasil tipu daya oleh seorang Yahudi Yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.
7. Lihat peta (di atas). Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna tiga negara dikuasai syiah seolah-olah bercantum dalam peta. Jika benar andaian gua bahawa Syiah adalah proksi Yahudi Israel bermakna keempat-empat negara dajjal sudah bergabung (saling bersambung) berdasarkan kedudukan peta politik.
8. dan kaitan Syam sebagai lokasi perang akhir zaman dan lokasi turun Nabi Isa di akhir zaman. baca kisahnya di blog ini. Akan disiarkan nanti. In Syaa Allah.

Walaupun Syam/Syria bukan tanah suci umat Islam seperti BaitulMuqadis namun ia adalah bumi ambiya di mana letaknya makam para ambiya seperti Nabi Nuh AS di Kerak dan makam nabi Sulaiman AS di Sarfah. ASWJ Syria juga perlu dibantu seperti mana bantuan kita kepada Palestine.

Ingat Yahudi ingat Syiah, 
Amerika, Israel, Iran, Iraq, Syria dan Lebanon adalah sekutu

Memang haram jadah. Syiah di Malaysia macam mana?

Apabila mereka berkembang, adakah ASWJ akan turut dimusuhi dan dibunuh? (sumber)