Tuesday 23 July 2013

Hilang pedoman ibu disembelihnya..

SEORANG ibu berusia 75 tahun yang uzur dan   lumpuh   maut    ‘disembelih’     anak lelakinya    ketika    dia   tidur   nyenyak di banglo di   Taman Bukit Serdang, di   sini, pagi semalam. 
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, suspek berusia 35 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental mengambil pisau di dapur rumah mereka dan mengelar leher ibunya yang tidur di atas katil di ruang tamu.
Difahamkan, ketika kejadian hanya mereka berdua berada di rumah dan suspek yang menerima rawatan di Unit Psikiatri, Hospital Serdang (HS), di sini, diberi tanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh memandangkan suspek tidak bekerja.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 10.45 pagi.
“Hasil soal siasat seorang anak mangsa iaitu kakak suspek mendakwa dia datang ke rumah berkenaan untuk berjumpa ibu dan adik lelakinya namun terkejut apabila mendapati ibunya terbaring berlumuran darah.
“Sebaik menyedari kehadiran kakaknya, suspek cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sebelum rebah ke lantai dan kakak membawanya ke HS untuk menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
REZABTANAHADAT – Syurga isteri di tapak kaki suami, syurga anak pula di tapak kaki ibu. Berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah untuk masuk ke syurgaNya. InsyaAllah.

Monday 22 July 2013

Jangan biarkan pasukan bola sepak kebangsaan terus jatuh


MEMALUKAN negara apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa Skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan jurulatih Datuk K. Rajagobal kini berada di ranking 159. Kedudukan ini lebih teruk daripada ranking pasukan bola sepak Bangladesh, Maldives dan Filipina.
Di peringkat Asia pula pasukan bola sepak negara berada pada kedudukan ke-31 sementara di peringkat Asia Tenggara, Malaysia kekal di tangga kelima di belakang Thailand, Filipina, Vietnam dan Singapura.
Sampai bilakah kita terpaksa memendam rasa dan menanggung derita sebagai sebuah negara yang lemah di dalam bola sepak yang menjadi ratahan apabila bertemu dengan pasukan di peringkat antarabangsa?
Disebabkan kejatuhan ranking kita di dalam arena bola sepak ini, pemain kita yang mempunyai bakat tertutup peluang mereka untuk beraksi di kelab bola sepak seperti di England dan negara-negara Eropah lain.
Sudah sampai masanya semua mereka yang berada di dalam FAM bermuhasabah secara ikhlas dan hati terbuka apa pengorbanan yang wajar mereka lakukan demi memajukan sukan negara. Janganlah dibiarkan pasukan bola sepak kebangsaan kita jatuh lagi rankingnya, ataupun tidak berubah 'pi mai pi mai tang tu' sahaja.
Ambil contoh negara-negara lain saperti Jepun, Korea Selatan, Iran, Arab Saudi di mana dahulu tertinggal di belakang tetapi kini sudah berada pada kedudukan bertaraf dunia.
Semua pegawainya akan bertukar ganti, terutama sekali apabila pasukan bola sepak mereka menunjukkan kemerosotan sedikit. Mereka akan berikan laluan tanpa merasa kecil hati ataupun kecewa kerana sukan bola sepak ini adalah satu sukan yang dibanggakan oleh rakyat di sesebuah negara itu dan meletakkan jawatan adalah perkara biasa bagi mereka.
Jesteru, diharapkan Kementerian Belia dan Sukan hendaklah campur tangan atau sekurang-kurangnya menasihati FAM supaya berubah cara dan kaedah.

Wednesday 10 July 2013

Petisyen PAS di tolak Mahkamah PilihanRaya.


Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan oleh Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising.
Pada masa yang sama, mahkamah juga menolak bantahan awal Pas
dan menerima tiga petisyen yang difailkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bachok dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat dan Gaal.
Keputusan tersebut oleh Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Tuesday 9 July 2013

PR SEMAKIN MELAMPAU ; BAZAAR RAMADHAN BANDAR BARU BANGI PULA DIROBOHKAN SEHARI SEBELUM UMAT ISLAM BERPUASA.

sehari saja lagi umat islam nak menyambut bulan puasa bazaar dirobohkan DAP.

Gambar diatas telah diambil berdekatan dengan kampung Sungai Ramal Dalam, berhadapan Taman Permainan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Kelihatan Pegawai-pegawai PenguatKuasa Majlis Perbandaran Kajang Komited dan dedikasi bertungkus lumus merobohkan Bazar Ramadhan di sini. Tidak pasti apakah faktor Bazar Ramadhan tidak dibenarkan disini. Kalau di ikutkan kesesakan lalulintas, Jonker Walk dan Petaling Street boleh pulak.?

Inilah akibatnya bila menyokong PARTI  yang duduk di bawah telunjuk DAP mereka jelas dijadikan Boneka yang merugikan Orang Melayu.

Melayu dan Umat Islam makin terpinggir untuk mencari rezeki yang halal, Renung-renungkanlah Orang-orang melayu semua.

Monday 8 July 2013

EMAS POH KONG TURUN,MAS KAHWIN NAIK PULAK..


Kadar mas kahwin di Pahang berjumlah RM22.50 yang diamalkan sejak hampir 100 tahun lepas, dicadang dinaikkan kepada RM150.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Dan Adat Resam Melayu sedang meneliti perkara itu.
"Pihak kerajaan melalui Jaip (Jabatan Agama Islam Pahang) sedang meneliti perkara itu dan membuat cadangan dengan kadar baharu iaitu sebanyak RM150.
"Bagaimanapun perkara ini perlu dipersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda selaku Ketua Agama Negeri Pahang," katanya hari ini.
Beliau ditemui pemberita di luar dewan selepas menghadiri Persidangan Pertama Penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini.
Menurutnya, dengan mas kahwin RM22.50, pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga pada tahun-tahun 1920-an hingga 1930-an mampu membeli seekor kerbau yang berharga sekitar RM16 serta dua ekor anak kerbau berusia sebulan pada ketika itu.
Ini membolehkan pasangan berkenaan menggunakan haiwan berkenaan untuk menyara keluarga, katanya. - BERNAMA

puasa jangan tak puasa..


Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. - BERNAMA

DEMI MEMERTABATKAN EKONOMI MELAYU.

 
 
SIRI PERTAMA PROGRAM INI TELAH DIADAKAN PADA 5, 6 & 7hb. JULAI 2013 BERTEMPAT DI GOLDEN STRAITS VILLAS BEACH RESORT, PORT DICKSON YANG TELAH DIRASMIKAN OLEH YB DATO' HAJI HASAN MALEK MENTERI PERDAGANGAN & KOPERASI MALAYSIA DENGAN MEMPERKENALKAN PERNIAGAAN NICK'S FRIED & ROLL ICE CREAM GORENG SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN UTAMA MEREKA YANG TIDAK BERPENDAPATAN TETAP DI RANTAU INI KELAK.. DENGAN HANYA MENGHADIRI SEMINAR YANG TELAH DIADAKAN OLEH KAMI PELUANG INI HARUS DIAMBIL DENGAN SEGERA BAGI MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU.. AMINN.. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YB DATO' HAJI HASAN MALEK (MENTERI PERDAGANGAN & KOPERASI) KERANA TELAH SUDI HADIR UNTUK MERASMIKAN PROGRAM SEMINAR INI SERTA SOKONGAN PADU BELIAU UNTUK MENJADIKAN PROGRAM INI UNTUK DILANCARKAN SATU MALAYSIA DALAM MASA TERDEKAT. KEPADA YBHG. 
 
 BONDA DATO' HAJAH SITI RAHMAH ABU BAKAR SEBAGAI PENCERAMAH UTAMA YANG TELAH MEMBERI SEMANGAT KEPADA KAMI SEMUA DALAM USIA BELIAU 87 TAHUN TETAPI MASIH KENTAL & POWER BANK.. TERIMA KASIH KEPADA YBHG. TUAN MAZLAN RQ YANG TELAH MENERANGKAN TENTANG KAEDAH PENJIMATAN DENGAN MENGGUNAKAN PRODUK RED QUATTRON~TEST ADA BRANI.. TERIMA KASIH JUA KEPADA TUAN Daing Din Mohd Amin YANG TELAH MEMBERI SUNTIKAN SEMANGAT JUANG KEPADA SEMUA PESERTA YANG TERLIBAT DALAM SEMINAR TERSEBUT DENGAN CEMERLANG.. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.
 

SERTA MEREKA2 YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN DALAM MERENCANAKAN PROGRAM INI DENGAN JAYANYA.. SEMOGA ALLAH SWT JUA YANG AKAN MEMBALAS SEGALA PENGORBANAN TUAN/PUAN SEKELIAN DEMI SATU ARAH PERJUANGAN UNTUK MEMERTABATKAN KAUM IBU DAN BANGSA SEJAGAT.. TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT Fydzul Othman YANG TELAH MENYUMBANG HATI NURANI YANG TERSIRAT UNTUK DIPERSURATKAN DEMI AGAMA, BANGSA & NEGARA.. AMINNN..by MOHD FUAD THANI .

Friday 5 July 2013

Najib ucap tahniah kepada Obama


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden Barack Obama dan rakyat Amerika Syarikat bersempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-237 negara itu.

Beliau berkata Malaysia amat menghargai hubungan erat dan bermakna yang terjalin antra kedua-dua negara sejak lebih separuh abad lepas.

"Kami komited untuk meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara di peringkat dua hala dan pelbagai hala, di samping meneroka bidang kerjasama baharu," kata Najib dalam perutusan kepada pemimpin Amerika Syarikat itu.

Salinan teks ucap selamat beliau dihantar kepada Bernama.

Perdana Menteri juga melahirkan harapan agar Malaysia dan Amerika Syarikat terus bekerjasama ke arah mencapai impian dan wawasan bersama mereka untuk mewujudkan dunia yang lebih sejahtera. - Bernama

Penjelasan KJ berhubung penangguhan Forum Bicara Wawasan 2 Bersama Tun M.


"Bila antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung juga yang kenyang". Maksud pepatah Melayu ni, kita jangan lagakan pemimpin, sebab yang untung puak lain yang sentiasa nak kita lemah dan tak bersatu.

Kecoh sekejap pasal Program Bicara Wawasan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, ternyata program yang bagus untuk belia ni bukan di batalkan cuma di tangguhkan oleh sebab-sebab taknikal.. Menurut sumber yang sahih, pejabat Tun M juga telah di maklumkan pada 20 Jun 2013...

20 Jun 2013 baru hari ni nak kecoh? apesal korang ni ah?

Orang kita sepatutnya kena berubah cara berfikir... Jangan jadi batu api dan kuat memfitnah... Lain kali sebelum tembak orang lain check la betul-betul dulu... jangan bikin malu daaaaa....

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Berikut adalah penjelasan dari YBM Khairy jamaluddin di Facebook...

"Seperkara lagi yang saya nak jelaskan. Ada rakan-rakan yang tanya saya tentang program anjuran International Youth Centre (IYC) yang dibawah pengelolaan KBS. Program yang dimaksudkan itu adalah Bicara Wawasan bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ada cerita yang tersebar dalam FB bahawa saya telah mengarahkan program itu dibatalkan. Tuduhan itu tidak benar sama sekali.

Saya difahamkan program itu hanya ditangguh kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Saya tidak terlibat langsung dalam keputusan penangguhan ini.

Saya minta kepada semua, janganlah buat andaian atau spekulasi tentang perkara ini. Saya tiada apa-apa niat untuk menghalang program-program yang memberi faedah kepada orang muda, terutamanya majlis ilmu yang disampaikan oleh seorang negarawan.

Saya masih menaruh harapan yang tinggi bahawa YABhg akan bersama dengan IYC untuk menyampaikan amanat beliau dalam masa yang terdekat.

Jangan melagakan orang sebab tidak ada kerja lain. Ini masa untuk kita kerja, bukan masa untuk bergaduh.

Ingat cakap orang lama (ini favourite MB NS): Bila antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung juga yang kenyang."

Thursday 4 July 2013

SELANGOR LUBUK RUMAH URUT.



 Kebanjiran rumah urut dan aktiviti tidak sihat di Ampang membimbangkan penduduk terutamanya peningkatan gejala sosial di kalangan belia.
Presiden Persatuan Belia Teratai, Nidzam Abdul Rahman, timbul persoalan mengapa aktiviti perniagaan ini tidak mampu dikekang.
Menurutnya, beliau difahamkan lesen rumah urut tradisional sudah dibekukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) namun masih berlaku penambahan premis-premis seperti itu di Ampang.

 Kehadiran premis tanpa kawalan ini memang menjadi tarikan kepada belia dan tidak dinafi kan ramai golongan itu terlibat dengan gejala negatif seperti karaoke yang menyediakan pelbagai perkhidmatan terlarang.Banyak premis kini didapati berselindung di sebalik perniagaan lain dan mengapa sukar untuk membendungnya,
 
  sepatutnya PBT terus mengambil tindakan membatalkan lesen sekiranya ada premis yang menyalahgunakan lesen.isu ini sangat kritikal kerana merosakkan kualiti kehidupan masyarakat dan meminta pihak berkuasa mengkaji semula dalam perkara ini. Menurutnya lagi, Jabatan Imigresen dengan kerjasama polis dan PBT harus bertindak dengan lebih serius seperti menangani kemasukan warga asing yang bekerja sebagai pelacur dan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
PBT pula perlu menetapkan syarat hanya membenarkan sebarang aktiviti seperti ini beroperasi di tingkat bawah dan bercermin lut sinar supaya tiada aktiviti yang terselindung.

  
Perkara negatif sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi. tidak dinafi kan di Ampang merupakan lubuk kepada pembukaan premis- premis yang menjalankan aktiviti tidak sihat seperti pelacuran di rumah urut.
Bagaimanapun masih terdapat usaha bagi menyelesaikan gejala ini tetapi memerlukan kesungguhan dari semua pihak. “ Sebagai contoh, kesemua aktiviti seperti rumah urut, pusat refleksologi, salon dan karaoke dipusatkan dalam satu kawasan supaya aktiviti ini mudah dikawal.
Ini bermakna, satu pembangunan baru berkonsepkan kawalan lestari dilakukan agar pengusaha-pengusaha dapat dipantau melalui aktiviti dalam satu kawasan. kawasan-kawasan yang terletak di pinggir bandar memang sukar untuk dikawal dan tidak seperti di bandar-bandar yang terancang seperti Shah Alam.Manakala bekas Ahli MPAJ, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, permintaan membuka premis seperti urut tradisional di Ampang Jaya agak membimbangkan sejak peralihan kuasa pemerintah di negeri Selangor.sewaktu Barisan Nasional memerintah, keadaan masih terkawal walaupun permintaan aktiviti perniagaan ini agak tinggi.
Namun begitu,pemberian lesen kepada pengusaha semasa zaman BN bukanlah semudah itu apabila setiap permohonan akan melalui penapisan ketat sebelum diberikan lesen.

 Malangnya pada hari ini,keadaan berubah apabila rumah urut tradisional dan aktiviti premis pusat kecantikan dan kesihatan tumbuh bagai cendawan.Malah perkara ini bukan sahaja berlaku di Ampang Jaya tetapi di seluruh negeri Selangor berhadapan situasi yang sama pada hari ini.aktiviti tidak sihat ini harus dikaji semula kerana masalah sosial semakin bertambah apabila terdapat premis yang menyalahgunakan lesen dan aktiviti tidak sihat disebalik perniagaan ini.Menurutnya lagi, walaupun masalah ini semakin berleluasa kerana berkemungkinan ada pengaruh politik,namun begitu masyarakat terus diharap berperanan mencegah gejala sosial ini bersama.

HOT..!!! CERITA 20,000 CINA MALAYSIA KERJA TANPA VISA DI LONDON..???!!!

DS Najib sekarang ni ada di London dalam lawatan rasmi 3 hari. Dan semalam, beliau diberitahu Suruhanjaya Tinggi kita kat sana bahawa lebih kurang 20,000 rakyat Malaysia menyalahguna pas lawatan sosial kat UK...
20,000..??? Perghhhh...!!! Rama betul rakyat Malaysia kat UK... Mungkin depa tak bertumpu di London dan berselerak di seluruh UK... Siapa rakyat Malaysia yang suka salahguna pas lawatan sosial tu...?
Aku pernah ke luar negara dan meh sini aku cerita sikit apa yang berlaku pasal rakyat Malaysia kat negara luar...
Masa aku melawat oversea, aku banyak berjumpa dengan students dan kawan-kawan Melayu. Ada yang belajar dan ada yang mengajar. Ada jugak sorang tu dia dah kahwin dengan "minah saleh" dan jadi PR kat oversea...
Nak tahu apa yang depa cerita? Depa kata, dari jumlah 100% rakyat Malaysia kat oversea, boleh dikatakan hampir 80% mereka tu adalah dari kaum Cina. Depa kata, orang Cina Malaysia suka datang kerja kat oversea...
Sebagai contoh, rakyat Malaysia dibenarkan lepak kat UK selama 6 bulan tanpa memohon visa. Tapi hanya terhad untuk lawatan sosial saja la.. Kalau nak kerja, kena la apply visa...
Tapi, rakyat Malaysia (kebanyakkannya orang Cina laaa..) depa ke oversea untuk bekerja dalam tempoh lebih kurang 5 bulan kat sana. Lepas enjoy melaram kat tempat orang pada bulan ke-6, depa akan cabut balik Malaysia...
Ye laaa.. memang kerja di sana menawarkan gaji yang agak lumayan. Depa kira bayaran ikut jumlah jam. Selalunya lebih kurang 5 pound - 6 pound sterling sejam. Kalau depa kerja 8 jam sehari, depa boleh dapat antara 40 - 48 pound sterling sehari. Kalau convert duit kita, lebih kurang RM200 - RM250 sehari..!!! 
Cuba bayangkan kalau depa kerja overtime? Ada jugak yang kerja di 2 tempat dalam sehari. Depa belasah 16 jam sehari dan tiap-tiap hari depa kerja tanpa cuti sehari pun! Majikan depa suka la... kononnya rajin... padahal depa salahguna pas lawatan sosial!
Selalunya, orang Cina yang buat macam ni, depa dah ada kawan atau sedara yang depa boleh tumpang kat sana. Kalau takdak, payah sikit depa nak bergerak atau dapat kerja. Peliknya, ada yang duduk kat sana lebih dari setahun.. pendatang haram ke???
Itu la yang aku dengar dari kawan-kawan dan student kita kat sana. Kalau sorang dua yang cerita, mungkin aku cakap cerita depa tu hanya "hearsay". Tapi kalau dah semua cakap macam tu... apa kes bebbbb...??? 
Paling buat aku marah, masa PRU13 hari tu, depa ni la yang pakat ramai-ramai balik ke Malaysia semata-mata untuk undi DAP... Depa balik 2 hari saja. Rugi kalau depa cuti lama-lama, kata depa. Macam sial perangai depa, kan? 
Dah la memalukan Malaysia kat negara orang, lepas tu balik Malaysia nak gulingkan kuasa bumiputera... memang sial laaa....

Wednesday 3 July 2013

Rezeki Peneroka-peneroka Felda..


Seramai 112,635 peneroka Felda di 317 tanah rancangan di seluruh negara bakal mendapat duit raya pada tahun ini sempena sambutan Aidilfitri.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, jumlah yang bakal diterima oleh setiap peneroka masih belum ditetapkan kerana keputusan akhir akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Setiap kali hari raya sememangnya menjadi amalan kita untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat Felda.
"Namun berapa nilai yang akan diberikan belum lagi diputuskan, perkara ini bergantung kepada ketetapan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum itu, beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Multi Vitamin untuk Jemaah Haji 2013 kepada Lembaga Tabung Haji.
Pada tahun lalu seramai 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta
Pemberian duit raya kepada peneroka mula dilaksanakan sejak 2003.

Kopi kuat tenaga batin al-petak dari najis haiwan,betui ka?


KOPI luwak yang hanya boleh didapati di Indonesia dianggap sebagai kopi paling pelik di dunia. Ia hanya boleh dihasilkan menerusi najis sejenis musang yang dikenali sebagai luwak oleh masyarakat tempatan. Secara semula jadi, musang tersebut akan terlebih dulu memakan biji kopi pada waktu malam sebelum penduduk kampung mengutip najis haiwan itu untuk diproses menjadi serbuk kopi.
 Antara lokasi hangat penghasilan kopi yang mempunyai nilai komersial AS$700 (RM2,170) sekilogram itu ialah di sekitar Bali, Sumatera, Jawa dan Sulawesi.

LIHAT VIDEO :


 Kopi itu pernah mencetuskan kontroversi apabila ada segelintir pihak yang mendakwa bahawa ia haram dimakan oleh orang Islam kerana dihasilkan menerusi proses pencernaan haiwan.
MONYET Formosan Rock akan meluah kembali biji kopi yang dimakan sebelum diproses menjadi minuman.
Namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 yang bersidang selama tiga hari mulai 13 Februari 2012 lalu memutuskan bahawa kopi tersebut harus dimakan.

Menurut laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), biji kopi luwak adalah bersifat najis.

“Ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam.

“Biji kopi tersebut juga hendaklah disucikan terlebih dulu daripada najis,” demikian kenyataan fatwa itu.

Muzakarah juga memutuskan bahawa kopi luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan pengiktirafan halal daripada Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

Bagaimanapun musang bukanlah satu-satunya haiwan yang boleh menghasilkan kopi bermutu tinggi.

Di Thailand, masyarakat setempat menggunakan gajah bagi mempercepatkan penghasilan biji kopi berbanding musang yang hanya mampu memakan buah kopi dalam kuantiti terhad.
GAJAH akan diberi makan kira-kira 33kg buah kopi bagi menghasilkan sekilogram biji kopi.

Menurut mereka yang pernah menghirup kopi itu, rasa kopi gajah jauh lebih enak berbanding kopi robusta atau arabika yang bermutu tinggi.

Tetapi untuk merasa kopi itu tidaklah begitu mudah kerana ia hanya boleh didapat di tempat tertentu sahaja iaitu di beberapa hotel mewah di Thailand, Maldives dan Abu Dhabi. Harganya pula mencecah sehingga AS$68 (RM211) secawan.

Harga bagi setiap kilogram biji kopi yang siap diproses didagangkan sebanyak AS$1,100 (RM3,409).

“Apabila gajah memakan biji kopi itu, asid perutnya akan memecahkan protein yang terkandung di dalam biji kopi. Sebab itulah rasanya begitu sedap. Kopi itu juga lebih lembut berbanding kopi biasa,” kata pengasas kopi yang terhasil daripada gajah yang merupakan warga Kanada, Blake Dinkin, 43.

Perut gajah yang besar menjadi bonus dalam menghasilkan kopi yang berkualiti apabila ia mengambil masa kira-kira 15 hingga 30 jam untuk memproses biji kopi bersama-sama dengan pisang, tebu dan makanan lain. Justeru rasa kopi itu turut ditambah dengan aroma buah-buahan.

Antara lokasi penghasilan kopi tersebut di Thailand termasuklah di kawasan Segitiga Emas Anantar dan Phrao iaitu di utara Thailand.

Jumlah yang dihasilkannya juga terhad apabila hanya 20 ekor gajah yang diberi makan biji kopi untuk memprosesnya. Daripada jumlah 10,000 biji kopi, ia hanya mampu menghasilkan satu kilogram kopi.
DANKIN menunjukkan kopi yang dihasilkan oleh gajah siap dibersihkan sebelum dibakar.

“Daripada 33 kilogram (kg) kopi yang diberi makan kepada gajah, hanya sekilogram kopi Black Ivory yang dihasilkan. Ini adalah kerana sebahagian daripada kopi telah musnah kerana dikunyah. Hanya biji kopi yang tidak pecah sahaja yang akan diproses,” kata Dinkin.

Di Taiwan, monyet Formosan Rock turut memainkan peranannya dalam menghasilkan kopi termahal. Ia berbeza berbanding kopi luwak dan kopi gajah kerana biji kopi akan diludah oleh monyet selepas dimamah.

“Monyet itu selalunya memilih biji kopi yang nampak ranum dan berwarna merah menyala untuk di makan. Tetapi ia akan meludahnya kembali kerana tidak boleh dicerna,” kata seorang pengusaha kopi di Taiwan, Lio Ching Tung.

Jelas Ching Tung yang berpengalaman selama 30 tahun dalam perusahaan itu, kopi muntah monyet itu mempunyai rasa manis dan sedikit rasa vanila.

Kopi yang mengambil masa dua minggu untuk dihasilkan iaitu dengan melalui proses pengeringan di bawah matahari dan dibakar itu dijual pada harga AS$60 (RM186) bagi setiap setengah kilogram.

Apa lagi yang tak kena dengan Menteri Samseng nie.


Nazri Aziz buat kenyataan kontroversi lagi..kali ni dia kata tidak adil untuk meletakkan status agama seseorang kanak2 yang lahir itu kepada agama Islam hanya dengan mendapat persetujuan sebelah pihak yang beragama Islam saja..contohnya A (lelaki Islam) berkahwin dgn B (wanita mu'allaf) dan mereka pun dapat seorang anak..kemudian akibat jodoh x panjang, A & B bercerai..lebih rumit lagi B kembali kepada agama asalnya. Kemudian timbul masalah nak tentukan status agama si anak..alam kes mcm ni kebiasaannya status anak itu secara otomatik beragama Islam kerana ia lahir hasil dari perkahwinan yg sah mengikut Islam..dan kalau ikutkan cadangan Nazri Aziz ni, dia ibu (B) kepada anak tersebut boleh tuntut penukaran agama kepada agama selain Islam..ini lagi sekor malaun yang tak paham konsep kebebasan beragama dalam Islam..yang sudah berada dalam Islam tidak dibenarkan keluar dari agama Islam sebaliknya bagi mereka yang bukan Islam pula tidak sama sekali dipaksa untuk memeluk agama Islam..kalau tak paham agama rujuk la guru agama dulu sebelum bercakap!

SCARM ALERT!!!


Pihak polis mengingatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya dengan tawaran mana-mana individu yang kononnya mempunyai kuasa untuk membuang nasib malang atau memperoleh keuntungan tanpa perlu berbuat apa-apa. Anda mungkin menjadi mangsa penipuan.

Antara modus operandi yang dikenalpasti digunakan oleh sindiket:

Kes pertama
1. Sindiket menemui mangsa dan mengatakan keluarga mangsa telah mendapat nasib malang.
2. Mangsa diyakinkan oleh individu lain yang berada berdekatan mangsa kononnya pernah mengalami masalah sama.
3. Sindiket mengarahkan mangsa supaya menyerahkan wang dan barang kemas untuk upacara sembahyang bagi membuang nasib malang tersebut.
4. Wang dan barang kemas mangsa akan dibungkus untuk disembahyangkan.
5. Selepas upacara sembahyang berakhir, sindiket menukar bungkusan tersebut dan menyerahkan bungkusan lain kepada mangsa.

Kes kedua
1. Sindiket akan mengedarkan risalah ke rumah mangsa, menyatakan bahawa orang awam akan memenangi nombor ekor dengan bantuan bomoh Siam.
2. Mangsa yang terpedaya dengan risalah itu akan menghubungi sindiket dan sindiket pada awalnya akan menyamar sebagai pembantu bomoh dan selepas itu sebagai bomoh Siam.
3. Sindiket meminta mangsa memasukkan wang secara berperingkat dengan sejumlah yang ditetapkan ke dalam akaun miliknya dengan alasan perlu membuat sembahyang khas untuk mendapatkan nombor ramalan dan sekiranya tidak berbuat demikian mangsa akan ditimpa malang.
4. Selepas menerima wang itu, sindiket akan memberi alasan tertentu bagi mengelak berjumpa mangsa dan melarikan diri sehingga tidak dapat dihubungi.

Kes ketiga
1. Sindiket mendekati mangsa dan menunjukkan batu azimat kononnya mempunyai kelebihan tertentu dan boleh mengubati penyakit.
2. Bagi menyakinkan mangsa, suspek membuat demonstrasi seperti mencelupkan batu tersebut ke dalam air yang menyebabkan air tersebut menjadi panas atau bertukar warna.
3. Mangsa yang mempercayai kelebihan batu tersebut akan membeli dengan harga tinggi.

Masjid al-Aqsa digempur tentera wanita Israel

Penduduk penempatan haram Yahudi dan tentera wanita Israel semalam menggempur kawasan Masjid al-Aqsa, menurut Yayasan Palestin.
Yayasan al-Aqsa bagi Pembiayaan dan Warisan berkata, beberapa kumpulan kecil Yahudi menggempur kawasan masjid itu melalui pintu pagar al-Magharebah dan melakukan sembahyang Talmudic sambil dikawal oleh polis Israel.
Menurut yayasan itu, satu lagi kumpulan yang terdiri daripada enam anggota tentera wanita Israel turut menggempur masjid tersebut.
Kejadian itu berlaku tiga hari selepas pemimpin agama Yahudi di Har Etzion, Yaakov Medan berkata, perkhidmatan perisikan dalaman Israel, Shin Bet menyokong tindakan seperti itu. 

 

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013


1 Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi dan perkara WAJIB yang perlu ditunaikan seluruh Umat Islam. Pasti ramai yang lupa akan niatnya. Jadi kepada yang berkenaan, berikut adalah Lafaz niat Bulan Ramadhan 

Sedikit pesanan ikhlas kepada yang hidup merantau jauh dari keluarga, hujung minggu ini pulanglah ke kampung. Tinggalkan seketika kesibukan hidup yang tidak pernah berkesudahan. Bersahur dan berbuka'lah bersama kedua ibu dan bapa anda. Jadikan ramadhan kali ini lebih bermakna kepada mereka yang sentiasa merindui anda.

Mungkin ini ramadhan terakhir buat kita. Mungkin juga ramadhan terakhir buat mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi gunakanlah kesempatan yang diizinkan Allah ini untuk melaluinya.
Niat Puasa Esok Hari & Niat Sebulan Ramadhan :
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013
Doa Berbuka Puasa Ramadhan :
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013
Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa :

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013
Kelebihan Bulan Ramadhan
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.

Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya.

Tuesday 2 July 2013

JDT MELOPONG LAGI,LION XII JULANG PIALA LIGA SUPER.




PASUKAN jemputan dari Singapura, Lions XII  mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ini menjadi milik mereka selepas membelasah Felda United, 4-0 di Stadium Jalan Besar malam ini. JDT yang terlepas peluang untuk menjulang Piala FA selepas ditewaskan pasukan Kelantan Sabtu lalu, terpaksa akur menyaksikan piala liga super itu menyeberang Tambak Johor untuk kekal semusim di Singapura.



 Kemenangan ke-12 daripada 21 perlawanan yang dicatatkan oleh skuad bimbingan V Sundramoorthy  itu membolehkan mereka dinobat juara buat kali pertama dengan mengumpul 43 mata meskipun berbaki satu lagi perlawanan.

Kekalahan itu pula menyaksikan Felda United bakal diturunkan beraksi dalam Liga Perdana musim depan bersama Negeri Sembilan selepas masing-masing menghuni tangga ke-11 dan 12.


Empat gol Lions XII pada perlawanan itu dijaringkan oleh Azrul Ahmad yang menjaringkan gol sendiri daripada tendangan Shahril Ishak pada minit ke-47 sebelum
Shahril meledak gol kedua (m-57), Fazrul Nawaz (m-60), dan Shahfiq Ghani (m-83).

Anwar miliki 20 akaun luar negara termasuk Israel?


Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
  
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
  
Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.
  
"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
  
Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.
  
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.
  
"...Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat...jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu," katanya.
  
Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
  
Desakan oleh wakil pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.
  
Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.
  
"Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama Pas dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan," katanya

BEKAS PEKERJA DARUSSALAM DILANTIK PENGERUSI TABUNG HAJI

Perlantikan YB Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji.

Apa saya ingin sampaikan bukan kerana ingin menghina kerajaan Barisan Nasional,cuma sekadar nasihat.Saya amat tidak bersetuju dengan perlantikan seorang ahli politik di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutamanya yang penting seperti Tabung Haji.

Tabung Haji adalah sebuah Bank Islam yang ditubuh oleh visi Prof Ungku Aziz untuk menolong umat Islam di Malaysia menunaikan rukun Islam ke-5.Ketika zaman dahulu, ramai umat Islam menjual semua harta mereka atau berhutang supaya boleh sempurnakan rukun Islam, maka apabila mereka kembali ke tanah air,mereka akan menghadapi masalah kewangan . Dengan masalah itu, Tabung Haji ditubuh untuk memudahkan umat Islam mengerjakan Haji secara sempurna.Pemilik akaun akan diberi pertolongan daripada 'budgeting' mengerjakan haji hingga ke cara menunaikannya dengan betul.

Tabung Haji telah banyak menyumbang kepada umat Islam bukan sahaja menolong mengerjakan haji,tetapi juga membangunkan ekonomi Islam melalui syarikat-syarikat subsidiarinya. Dari ladang kelapa sawit hingga ke perkhidmatan sektor minyak, Tabung Haji telah mencipta berpuluh ribu pekerjaan untuk umat Islam dan juga membayar zakat untuk membasmi kemiskinan.

Dengan itu, jikalau Tabung Haji melantik pengurus yang tidak berapa baik, maka beratus ribu pemilik akaun dan pekerja Tabung Haji boleh mendapat kesan negatifnya. Syarikat penting seperti ini patut dijauhi daripada politik agar terus untung secara HALAL. Saya percaya, lebih ramai ahli korporat yang berkelayakan dan berpengalaman boleh memimpin Tabung Haji daripada YB Azeez, saya amat berterima kasih kepada YB dengan misi kemanusian di Somalia dan Gaza, tetapi lebih elok ahli politik kekal ahli politik. Biar ahli korporat memimpin syarikat kerajaan.

Pelantikan guru besar, pengetua berdasar penilaian

Mulai tahun depan, proses pelantikan pengetua dan guru besar akan dimantapkan lagi dengan memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, proses pelantikan itu akan dibuat berdasarkan latihan dan penilaian yang dilaksanakan untuk bakal pengetua dan guru besar melalui Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB).
Beliau berkata, selain itu, penilaian akan turut dibuat berdasarkan kemampuan bakal guru besar dan pengetua melaksanakan tanggungjawab mereka, sifat kreativiti dan inovasi mereka di samping mempunyai rekod cemerlang dalam kerjaya mereka sebagai guru.
"Tahun depan, pelantikan guru besar dan pengetua adalah berdasarkan penilaian, bila ada kekosongan, jawatannya akan diisi oleh guru yang terbaik, kita akan ambil kira soal ujian dan pencapaian yang dicapai oleh guru ini berdasarkan kursus yang mereka jalani.
"Tujuan kita supaya kita menempatkan kepimpinan sekolah iaitu pengetua dan guru besar yang terbaik daripada kalangan terbaik, bermakna mereka haruslah melalui proses penilaian dari segi tahap kepimpinan dan perkara lain yang berkaitan dengan kemampuan mereka melaksanakan tanggungjawabnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-20 di IAB di sini hari ini.
Muhyiddin berkata ia dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara ini selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di mana antara anjakan paling penting dalam pelan itu ialah keupayaan guru dan kepimpinan di sekolah.
"Kalau sekolah itu berjaya, antara faktor utama ialah daya kepimpinan di sekolah itu, iaitu pengetua dan guru besar, latihan sudah bermula tetapi proses penilaian itu akan dibuat berdasarkan kursus yang telah mereka lalui dan pencapaian yang lain," katanya. - BERNAMA

BN senarai tiga nama untuk calon PRK Kuala Besut


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, tiga nama yang terdiri daripada anak tempatan itu akan diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan.
"DUN Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan kita akan pertahankan kemenangan. Pertamanya kita akan menyusun gerak kerja parti yang terbaik selain menyelesaikan isu-isu tempatan," katanya.
Muhyiddin yang mengetuai jentera BN bagi menghadapi PRK DUN Kuala Besut berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, di sini hari ini.
Beliau ditanya pemberita berhubung persediaan BN menghadapi PRK tersebut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A. Rahman Mokhtar, Rabu lalu.

Monday 1 July 2013

Muhyiddin pengarah PRK Kuala Besut, Idris timbalan

Barisan Nasional (BN) melantik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengarah pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Muhyiddin berkata, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan kepada beliau berhubung pelantikan itu sebelum berangkat untuk lawatan kerja ke luar negara.
Katanya, beliau akan dibantu Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai timbalan pengarah pilihan raya kecil itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan.
"Kita (BN) sudah sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu. Saya harap dengan bantuan beliau (Idris), BN boleh menang dan kekal di sana," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing tanpa izin di bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya tentang persediaan BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A.Rahman Mokhtar Rabu lalu.
"Berdasarkan kekuatan dan pengalaman Idris sebagai bekas Menteri Besar Terengganu, beliau mampu menyumbang kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya itu nanti.
"Kita juga berharap pengundi akan terus mengundi BN," katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata tidak ada keperluan bagi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff meletak jawatan berhubung kualiti dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.
"Siasatan yang akan berlaku pada SPR oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah urusan dan bidang kuasa mereka. Kerajaan tidak akan bercampur tangan dalam urusan SPRM.
"Sekiranya ada perkara tertentu yang hendak disiasat, saya pasti SPR akan memberi kerjasama," katanya.
Semalam, portal berita the Malaysian Insider melaporkan SPRM telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh SPR.