Sunday 19 May 2013

HOBEN JANG HOBEN KEMBALI BANGKIT


Selepas perlantikkan KJ menjadi Menteri Belia dan Sukan , giliran Skuad hoben jang hoben pula menunjukkan kebangkitan malam tadi selepas berjaya menumpaskan ATM 1-2 di STAR OF PAROI. Skuad RUSA wajar berbangga dengan keputusan tersebut yang merupakan kemenangan pertama mereka selepas 17 perlawanan. Pada aksi semalam,ATM dikejutkan dengan jaringan Mohd Fauzi Nan seawal minit pertama, yang menyepak leret dari sebelah kiri pintu gol. Tersentak dgn jaringan tersebut, skuad kendalian B.Sathiantahan menggandakan asakan dan akhirnya berjaya mendapat gol penyamaan pada minit ke-14 menerusi pemain veteran, Hairuddin Omar yang bijak menyempurnakan peluang setelah menerima hataran christie Jayaseelan. Kgembiraan ATM bagaimanapun tidak berpanjangan apabila Negeri Sembilan kembali memimpin perlawanan pada minit ke-20 menerusi jaringan Mohd Nazrin Mohd Nawi dan kedudukkan tersebut bertahan sehingga wisel penamat. TAHNIAH HOBEN JANG HOBEN.
                                         
                                                   MUSUHNYA HABIS BINASA

No comments:

Post a Comment