Tuesday 29 October 2013

Pas Sambut ketibaan TPM di SG.LIMAU tuntut Mohon Maaf.



Pemuda Pas Negeri Kedah akan menghantar satu memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuat permohonan maaf kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Ketuanya, Mohd Nasir Zakaria berkata, penyerahan itu akan dilakukan pada satu program yang akan dihadiri oleh Muhyiddin dekat Bukit Choras, di sini, hari ini.

“Kami berasa kesal dan duka cita terhadap apa yang berlaku berhubung dengan kenyataan Muhyiddin. Kami bersimpati terhadap keluarga Allahyarham Azizan dan juga rakyat di Sungai Limau berikutan apa yang dilakukan kepada Allahyarham.

“Sekiranya tiada permohonan maaf dibuat oleh Muhyiddin, saya khuatir sesuatu mungkin berlaku ketika lawatannya ke Bukit Choras,” katanya pada sidang media di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Mohd Nasir berkata, pihaknya mendapat tekanan yang cukup kuat daripada penyokong dan ahli Pas yang mahu sesuatu dilakukan demi menjaga maruah dan nama baik pemimpin utama Pas di negeri ini.

“Sehubungan itu, kami menuntut supaya TPM memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Azizan dan juga seluruh rakyat di Sungai Limau serta menarik balik kenyataan beliau.

Monday 28 October 2013

Kepentingan cukai kepada rakyat dan negara


Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperolehi hasil atau pendapatan.

Hasil daripada cukai ini digunakan oleh sesuatu kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan negara.

Cukai yang dikutip ini dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah, tujuan membangunkan ekonomi, tujuan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi.

Oleh itu kita perlu faham yang hasil cukai yang diperoleh daripada rakyat melalui cukai yang kita sebagai individu perlu bayar kepada kerajaan akan dapat dimanfaatkan dan dinikmati balik oleh kita sebagai rakyat.

Cukai adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentabiran Negara dan ekonomi.

Malah, jika kita melihat isu cukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat bahawa orang yang mendapat manfaat daripada cukai yang dikenakan ialah diri kita sendiri.

Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlulah faham bagaimana dan kenapa cukai digunapakai oleh sesebuah negara.

Antara tanggungjawab kerajaan – yang memerlukan pendapatan dari cukai – ialah membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak. Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika kerajaan mengabaikan tanggungjawab ini?

Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukkan dana untuk menyediakan infrastruktur asas seperti membina jalan yang menghubungkan kampung, pekan dan bandar dengan kawasan sekitarnya, dan membolehkan aktiviti perdagangan berlaku antara kawasan-kawasan tersebut.

Kerajaan juga bertanggungjawab untuk membina kemudahan awam seperti pasar untuk memberi ruang kepada rakyat untuk berniaga dan menjalankan kegiatan ekonomi mereka.

Peniaga tempatan akan mendapat keuntungan apabila barangan import dikenakan cukai – ini kerana ia  akan menggalakkan pengguna untuk memilih barangan tempatan yang lebih murah.

Ini adalah satu strategi perdagangan yang penting yang digunakan oleh negara-negara di seluruh dunia dalam menjaga kepentingan rakyat tempatan.

Satu lagi kebaikan cukai ialah cukai yang dikenakan ke atas barangan seperti minuman keras, rokok dan perjudian.

Beban cukai ke atas barangan-barangan ini adalah untuk memastikan aktiviti tidak sihat seperti meminum minuman keras, merokok dan berjudi akan dapat dikawal dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

Selain itu, cukai yang dikenakan ke atas barangan-barangan ini juga boleh digunakan ke arah aktiviti pemulihan, alam sekitar dan pelbagai kempen untuk menggalakkan cara hidup sihat.

Berdasarkan prinsip yang sama, kerajaan Malaysia memberi pelepasan cukai ke atas pembelian buku untuk menanamkan sikap rajin membaca di kalangan rakyat.

Dengan adanya sistem percukaian, kerajaan mampu untuk membentuk masyarakat dan memupuk aktiviti sihat di kalangan rakyat.

Di negara kita, hampir 70 peratus daripada hasil negara datangnya dari hasil cukai.

Cukai ini boleh di kelaskan kepada cukai langsung dan cukai tak langsung.

Cukai langsung merupakan cukai yang kita sebagai rakyat bayar terus atau langsung kepada pihak kerajaan.

Contoh cukai langsung yang paling ketara adalah seperti cukai pendapatan dan urusan hal ehwal cukai pendapatan ini ditadbir oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Sekiranya kita layak dikenakan cukai pendapatan, cukai pendapatan merupakan cukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang kita perolehi. Lebih banyak pendapatan yang kita peroleh, lebih banyak lah cukai pendapatan yang kita kena bayar.

Cukai tak langsung pula adalah cukai yang tidak dibayar terus atau langsung kepada pihak kerajaan.

Cukai tak langsung ini kita bayar kepada sesebuah kedai atau entiti perniagaan dan entiti perniagaan ini kemudiannya akan membayar cukai ini kepada pihak kerajaan.

Contoh cukai tak langsung adalah seperti cukai perkhidmatan dan juga cukai jualan. Urusan cukai perkhidmatan dan juga cukai jualan ini ditadbir oleh pihak Jabatan Kastam di Raja Malaysia.

Sebagai contoh, apabila kita menginap di sesebuah hotel atau makan di kedai kedai tertentu dan apabila kita membuat bayaran dan memperoleh resit bayaran, akan tertera di atas resit bayaran tersebut perkataan cukai perkhidmatan enam peratus.

Cukai ini kita bayar kepada hotel tersebut dan hotel tersebut kemudiannya akan membayar cukai perkhidmatan ini kepada pihak kerajaan.

Cukai jualan pula merupakan cukai yang dikenakan ke atas pengilang yang mengilang barangan dan juga keatas pegimport yang mengimport barangan.

Kebanyakan barangan yang dikenakan cukai jualan adalah pada kadar 10%.

Contoh barangan yang dikenakan cukai jualan adalah perabot, peti ais, televisyen, baju, kasut, beg tangan dan banyak lagi barangan.

Kita sebagai pengguna tidak tahu yang barangan ini telah dikenakan cukai jualan sebab ia tidak dinyatakan kepada kita.

Cuma elemen cukai jualan ini telah diambil kira sebagai kos apabila para peniaga menetapkan harga jualan barangan tersebut.

Kita perlu faham yang hampir kebanyakkan barangan yang kita beli sekarang telah pun dikenakan cukai jualan.

Sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang ada sekarang mempunyai banyak kelemahan dan kerajaan kehilangan banyak hasil disebabkan oleh kelemahan ini.

Sebagai satu langkah reformasi cukai dan bagi memastikan sistem percukaian yang lebih adil telus dan efisien pihak kerajaan telah menyatakan hasrat untuk memansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang ada sekarang dan menggantikannya dengan cukai barang dan perkhidmatan atau dalam bahasa Inggerisnya ‘Goods and Services Tax’ (GST).

Cukai barang dan perkhidmatan telah diperkenalkan di lebih daripada 160 buah negara di seluruh dunia dan telah terbukti berkesan di dalam konteks ekonomi moden.

Negara-negara seperti Singapura, United Kingdom, Australia dan Thailand telah lama memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan dan Malaysia juga  dijangka akan turut memperkenalkan cukai ini tidak lama lagi.

Dengan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan ini, negara akan melangkah setapak lagi ke arah status negara maju dan rakyat akan berada dalam sistem percukaian yang lebih adil, telus dan efisien.

Samun langgar belakang kereta


SEGELINTIR  individu mungkin pernah menjadi mangsa sekumpulan penjenayah yang sengaja melanggar belakang kereta mangsa.

Taktik ini bertujuan memperdayakan mangsa untuk memberhentikan dan keluar dari kereta sebelum menyamun.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Cassandra, 28, menceritakan semula detik cemas yang dialaminya. Ketika kejadian itu, dia berseorangan memandu kereta Toyota Vios dalam perjalanan pulang ke rumah pada jam 1.40 pagi.

Menurutnya, dia terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang kereta, lalu terus memberhentikan kenderaan.

"Dua lelaki bertubuh besar keluar dari sebuah kereta datang menghampiri kereta mangsa,  Mereka mengetuk cermin tingkap kereta sambil menyuruh mangsa keluar untuk berbincang mengenai kemalangan itu

Cassandra berkata, dia kemudian membuka sedikit cermin tingkap kereta. Seorang daripada lelaki terbabit meminta maaf dengan memberitahu rakannya memandu dalam keadaan mabuk serta kereta yang dinaiki mereka turut mengalami masalah brek sehingga mengakibatkan kemalangan itu.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki kejadian itu bermotifkan rompakan sebaliknya menyangka ia kemalangan biasa. Tambahan pula lelaki itu memberi alasan mahu membayar ganti rugi,” katanya.

Wanita itu berkata, tanpa disedari seorang lagi lelaki di dalam kereta yang dinaiki oleh dua lelaki itu, tiba-tiba menghampirinya dengan mengacukan parang.

“Akibat rompakan itu, saya kehilangan kamera digital, wang tunai RM500, malah kereta milik saya turut dilarikan penjenayah itu.


Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya menerima 49 kes penjenayah menggunakan modus operandi melanggar belakang kenderaan sebelum menyamun pemandunya sejak awal tahun ini sehingga Ogos lalu.

“Daripada kesemua jumlah itu, sebanyak 25 kes berlaku di daerah Brickfields, diikuti 16 kes di Cheras dan lapan kes di Sentul,” katanya.

Laporan media

1. SHAH ALAM - Polis menumpaskan kumpulan penjenayah yang melanggar belakang kereta sebelum melarikan kenderaan mangsa setelah memberkas tujuh ahli kumpulan itu baru-baru ini.

Kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 38 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Desa Mentari dan Ara Damansara, selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang mangsa yang kehilangan trak pikap Toyota Hilux dalam kes samun di Kelana Jaya.

Hasil siasatan ke atas semua suspek, polis menemukan dua buah kereta Proton Waja, sebuah kereta masing-masing jenis Nissan Teana dan Proton Putra yang dicuri.

Polis turut merampas beberapa peralatan dan senjata seperti parang, kayu golf, buku lima dan sarung tangan yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan kegiatan tersebut.

2. Kuala Lumpur- Sindiket samun bersenjatakan parang dan taktik langgar belakang kereta tumpas dengan penahanan sembilan ahlinya di sekitar ibu negara dalam dua serbuan polis.

Berikutan itu, polis berjaya menyelesaikan 20 kes samun harta benda serta lapan kereta bernilai RM600,000 yang dilaporkan hilang tetapi ditemui semula di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Penahanan sembilan suspek termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun hingga 30 tahun itu dilakukan dalam dua serbuan di dua hotel bajet di Off Jalan Kuchai Lama dan Desa Sri Hartamas.

Lima suspek yang ditahan didapati memiliki rekod jenayah lampau termasuk dua kes dikehendaki polis kerana jenayah samun dan dadah.

Hasil soal siasat ke atas suspek membawa kepada penemuan lapan kereta iaitu jenis Honda CRV, Honda City, Honda Civic, Toyota Vios, Toyota Unser, Proton Waja, Audi Q5 dan BMW X5 di beberapa kawasan awam.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai jenis kunci kereta, masing-masing satu pedang samurai, pisau, kikir, besi panjang, lapan unit penutup muka dan sebuah jam tangan.

Jenis kereta yang menjadi sasaran sindiket itu ialah Totoya Vios warna putih berikutan permintaan tinggi dalam pasaran gelap.

 
Tip pencegahan

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada agar tidak terpedaya dengan penjenayah yang sanggup melakukan pelbagai cara untuk melakukan jenayah. Mereka juga mampu melarikan kereta milik mangsa dalam sekelip mata.

1. Apabila berlaku kemalangan kenderaan dari bahagian belakang, jangan panik. Mangsa disarankan menghubungi saudara atau kenalan untuk bantuan.

2. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk meninjau keadaan kereta di belakang, terutamanya pemandu serta penumpang dalam kereta tersebut.

3. Cuba dapatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kereta tersebut. Ingat nama jalan dan terus pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

4. Jika kejadian itu berlaku pada waktu malam atau di kawasan yang terpencil, elak turun dari kereta.

5. Kerosakan kenderaan boleh ditampung oleh pihak insurans, namun keselamatan diri perlu diutamakan.

Akta/hukuman

1. Seksyen 379A Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum tujuh tahun dan denda.

2. Seksyen 411 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun serta boleh didenda.

3. Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

JPN periksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memeriksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan di negara ini bagi mengesahkan identiti mereka.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat dan pelaksanaannya tidak melibatkan tempoh masa.
"Pemeriksaan yang melibatkan lebih daripada 600 syarikat kawalan keselamatan ini akan membabitkan pengawal bersenjata dan tidak bersenjata,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Othman Hassan, di pejabatnya di sini.
Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga akan meneliti cadangan agar syarikat kawalan keselamatan diklasifikasi mengikut kategori.
Pada masa sama, Ahmad Zahid turut mendedahkan pihaknya menerima maklumat ada pihak menggunakan lesen syarikat kawalan keselamatan dan permit senjata api untuk tujuan lain.
"Kami telah mendapat maklumat mengenai perkara ini dan tunggu tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian dalam masa terdekat,” katanya.
Langkah yang diambil pihak berkuasa itu susulan kejadian seorang pengawal keselamatan yang memperoleh pekerjaan itu menggunakan kad pengenalan palsu menembak mati seorang pegawai bank ketika merompak bank berkenaan.
Dalam kejadian Rabu lepas, pegawai operasi Ambank cawangan Subang Jaya, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak pengawal keselamatan terbabit ketika membuka peti besi di bilik kebal bank itu di Jalan USJ 2, Subang Jaya.
Ekoran itu, Kementerian Dalam Negeri membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan terbabit kerana gagal mematuhi syarat Akta Agensi Persendirian 1971, sementara siasatan polis mendapati suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza itu menggunakan kad pengenalan palsu serta dipercayai berasal dari negara Indonesia. 

Tuesday 23 July 2013

Hilang pedoman ibu disembelihnya..

SEORANG ibu berusia 75 tahun yang uzur dan   lumpuh   maut    ‘disembelih’     anak lelakinya    ketika    dia   tidur   nyenyak di banglo di   Taman Bukit Serdang, di   sini, pagi semalam. 
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, suspek berusia 35 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental mengambil pisau di dapur rumah mereka dan mengelar leher ibunya yang tidur di atas katil di ruang tamu.
Difahamkan, ketika kejadian hanya mereka berdua berada di rumah dan suspek yang menerima rawatan di Unit Psikiatri, Hospital Serdang (HS), di sini, diberi tanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh memandangkan suspek tidak bekerja.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 10.45 pagi.
“Hasil soal siasat seorang anak mangsa iaitu kakak suspek mendakwa dia datang ke rumah berkenaan untuk berjumpa ibu dan adik lelakinya namun terkejut apabila mendapati ibunya terbaring berlumuran darah.
“Sebaik menyedari kehadiran kakaknya, suspek cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sebelum rebah ke lantai dan kakak membawanya ke HS untuk menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
REZABTANAHADAT – Syurga isteri di tapak kaki suami, syurga anak pula di tapak kaki ibu. Berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah untuk masuk ke syurgaNya. InsyaAllah.

Monday 22 July 2013

Jangan biarkan pasukan bola sepak kebangsaan terus jatuh


MEMALUKAN negara apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa Skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan jurulatih Datuk K. Rajagobal kini berada di ranking 159. Kedudukan ini lebih teruk daripada ranking pasukan bola sepak Bangladesh, Maldives dan Filipina.
Di peringkat Asia pula pasukan bola sepak negara berada pada kedudukan ke-31 sementara di peringkat Asia Tenggara, Malaysia kekal di tangga kelima di belakang Thailand, Filipina, Vietnam dan Singapura.
Sampai bilakah kita terpaksa memendam rasa dan menanggung derita sebagai sebuah negara yang lemah di dalam bola sepak yang menjadi ratahan apabila bertemu dengan pasukan di peringkat antarabangsa?
Disebabkan kejatuhan ranking kita di dalam arena bola sepak ini, pemain kita yang mempunyai bakat tertutup peluang mereka untuk beraksi di kelab bola sepak seperti di England dan negara-negara Eropah lain.
Sudah sampai masanya semua mereka yang berada di dalam FAM bermuhasabah secara ikhlas dan hati terbuka apa pengorbanan yang wajar mereka lakukan demi memajukan sukan negara. Janganlah dibiarkan pasukan bola sepak kebangsaan kita jatuh lagi rankingnya, ataupun tidak berubah 'pi mai pi mai tang tu' sahaja.
Ambil contoh negara-negara lain saperti Jepun, Korea Selatan, Iran, Arab Saudi di mana dahulu tertinggal di belakang tetapi kini sudah berada pada kedudukan bertaraf dunia.
Semua pegawainya akan bertukar ganti, terutama sekali apabila pasukan bola sepak mereka menunjukkan kemerosotan sedikit. Mereka akan berikan laluan tanpa merasa kecil hati ataupun kecewa kerana sukan bola sepak ini adalah satu sukan yang dibanggakan oleh rakyat di sesebuah negara itu dan meletakkan jawatan adalah perkara biasa bagi mereka.
Jesteru, diharapkan Kementerian Belia dan Sukan hendaklah campur tangan atau sekurang-kurangnya menasihati FAM supaya berubah cara dan kaedah.

Wednesday 10 July 2013

Petisyen PAS di tolak Mahkamah PilihanRaya.


Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan oleh Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising.
Pada masa yang sama, mahkamah juga menolak bantahan awal Pas
dan menerima tiga petisyen yang difailkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bachok dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat dan Gaal.
Keputusan tersebut oleh Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.