Thursday 16 May 2013

MAK MAK ORANG UCAP SELAMAT HARI GURU.


Assalamualaikum.

Hari ini Hari Guru. Hari yang bukan sahaja dinanti2kan oleh semua guru kerana hari ini adalah hari jasa mereka dihargai. Baik yang masih mengajar atau yang sudah pencen.

Hebatnya kerjaya sebagai guru ini adalah, mereka akan terus dikenali dan disapa sebagai Cikgu sehingga ke nafas akhir. Tak ada istilah bekas guru seperti profesyen sebagai wartawan misalnya. Ehem ehem.

Apapun, Kjee bukanlah nak tulis panjang lebar mengenai sambutan Hari Guru yang pastinya meriah di seluruh negara hari ini. Anak2 didik guru pun suka sangat ketibaan Hari Guru kerana guru2 sibuk dengan aktiviti menyambut hari mereka. Dan anak2 didik tak perlu belajar hari ini walaupun kedatangan mereka adalah wajib!

Cuma Kjee agak terkilan malam tadi apabila Kjee post status Selamat Hari Guru di Facebook Kjee. Malam tadi, Kjee telah keluar sebentar dan lalu di satu deretan kedai2 pada kira2 jam 9.15 malam. Biasanya di ketika itu, beberapa kedai sudahpun tutup menjelang 9 malam.

Tetapi ada dua kedai yang menjual barang2 hadiah atau gift shop masih buka. Dan keadaan di luar dan dalam kedai agak sibuk. Kjee kemudian terpandang satu banner yang tertera perkataan Selamat Hari Guru. Terus Kjee senyum. Oh yang ramai tu sebenarnya sibuk at the last minute, nak beli hadiah untuk guru anak2 mereka. -fauziahsamad

SELAMAT HARI GURU,

TERIMA KASIH CIKGU.

No comments:

Post a Comment