Tuesday 28 May 2013

ANUWAR PERLU BERMUHASABAH DIRI DAN KOTAKAN JANJI.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bermuhasabah diri dan mengotakan janji yang dibuatnya sebelum ini untuk mengundur diri selepas tewas pada PRU13.
Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, Anwar sepatutnya menerima hakikat kekalahan pada 5 Mei lalu, tetapi juga gagal dalam siri pilihan raya sejak 1999 untuk menumbangkan kerajaan BN.
“Terpulang kepada beliau sama ada mahu berundur atau tidak, tapi berdasarkan ungkapan yang pernah dibuat sebelum PRU13 lalu yang kata mahu berundur jika kalah, dia patut kotakan janji (itu).
“Sejak dulu lagi,  apa yang beliau janjikan tidak pernah ditepati. Saya harap rakyat dapat menilai tindakan tersebut,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keengganan Anwar mengundur diri dari dunia politik.
Kelmarin, pada Kongres Nasional Keadilan ke-9, Ketua Pembangkang tegas menyatakan pendirian itu walaupun diminta berbuat demikian kerana mendakwa PR telah kalah dengan penipuan dalam pilihan raya lalu.
Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya, tetapi tidak menyatakan sama ada di universiti dalam atau luar negara.
Budiman yang juga Ketua Pemuda Umno Sungai Besar berkata, Anwar sepatutnya menghormati keputusan yang dibuat rakyat seperti mana BN yang menerima dengan hati terbuka dengan kekalahan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Mengulas mengenai Himpunan Suara Rakyat 505 malam kelmarin, beliau berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, mereka sepatutnya menyuarakan perkara yang tidak memuaskan hati menggunakan saluran yang betul.
Sementara itu, Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak berkata, dakwaan bahawa wujudnya unsur penipuan itu hanyalah alasan dicipta Anwar semata-mata untuk menutup kelemahan PR.
“Dia bagi alasan ada penipuan (dalam pilihan raya). Sampai hari ini, dia masih belum buktikan lagi di mana penipuan itu (seolah-olah) hendak jadikan ia sebagai alasan yang sengaja dicipta untuk tutup kelemahan.
“Ia juga sekadar alasan untuk dia tidak menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada orang ramai,” katanya.
Sulaiman juga mendakwa, tindakan Anwar itu menunjukkan seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan bahawa beliau telah kalah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.bermuhasabah diri dan mengotakan janji yang dibuatnya sebelum ini untuk mengundur diri selepas tewas pada PRU13.
Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, Anwar sepatutnya menerima hakikat kekalahan pada 5 Mei lalu, tetapi juga gagal dalam siri pilihan raya sejak 1999 untuk menumbangkan kerajaan BN.
“Terpulang kepada beliau sama ada mahu berundur atau tidak, tapi berdasarkan ungkapan yang pernah dibuat sebelum PRU13 lalu yang kata mahu berundur jika kalah, dia patut kotakan janji (itu).
“Sejak dulu lagi,  apa yang beliau janjikan tidak pernah ditepati. Saya harap rakyat dapat menilai tindakan tersebut,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keengganan Anwar mengundur diri dari dunia politik.
Kelmarin, pada Kongres Nasional Keadilan ke-9, Ketua Pembangkang tegas menyatakan pendirian itu walaupun diminta berbuat demikian kerana mendakwa PR telah kalah dengan penipuan dalam pilihan raya lalu.Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya, tetapi tidak menyatakan sama ada di universiti dalam atau luar negara.
Budiman yang juga Ketua Pemuda Umno Sungai Besar berkata, Anwar sepatutnya menghormati keputusan yang dibuat rakyat seperti mana BN yang menerima dengan hati terbuka dengan kekalahan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Mengulas mengenai Himpunan Suara Rakyat 505 malam kelmarin, beliau berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, mereka sepatutnya menyuarakan perkara yang tidak memuaskan hati menggunakan saluran yang betul.
Sementara itu, Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak berkata, dakwaan bahawa wujudnya unsur penipuan itu hanyalah alasan dicipta Anwar semata-mata untuk menutup kelemahan PR.
“Dia bagi alasan ada penipuan (dalam pilihan raya). Sampai hari ini, dia masih belum buktikan lagi di mana penipuan itu (seolah-olah) hendak jadikan ia sebagai alasan yang sengaja dicipta untuk tutup kelemahan.
“Ia juga sekadar alasan untuk dia tidak menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada orang ramai,” katanya.
Sulaiman juga mendakwa, tindakan Anwar itu menunjukkan seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan bahawa beliau telah kalah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments:

Post a Comment