Tuesday 28 May 2013

LAKI BINI TIDAK PUAS HATI KEPUTUSAN PRU13, BUAT LAPORAN POLIS..



Pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail telah membuat laporan polis mengenai isu dakwat kekal tepat jam 12.30 tengahari semalam di Balai Polis Tropicana.Anwar yang juga ketua umum PKR yakin, langkah yang diambil itu juga akan diambil oleh beribu rakyat yang berhadapan dengan insiden dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum, 5 Mei lalu.
Beliau juga berkata, dakwat yang dikatakan kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga lima hari itu hanya bertahan sehingga jam 5 petang selepas mengundi di Kubang Semang.Saya mengundi di Kubang Semang jam 9.30 pagi dan mula membersihkannya tapi sebaik jam 5 petang tidak ada lagi kesan dakwat kekal itu di jari saya.Oleh itu bagi kami rasa ia bercanggah dengan peraturan dan undang-undang ini juga bukti sahih tentang penipuan SPR," katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.Pada 30 Mei lalu, mengikut laporan media, dakwat kekal telah digunakan pada pengundi awal namun banyak laporan dibuat yang menyatakan dakwat tersebut dapat ditanggalkan.Sehubungan itu, SPR telah mengenalpasti masalah tersebut dan menyatakan ia berpunca daripada masalah teknikal iaitu tidak menggoncang sebelum digunakan.Pada hari pengundian 5 Mei lalu, ramai pemimpin pembangkang juga telah membuat laporan polis ekoran dakwat tersebut yang tidak memiliki ciri yang dinyatakan SPR.Bagaimanapun, terbaru SPR menegaskan isu dakwat tidak kekal itu disebabkan beberapa perkara termasuk ia perlu digoncang selama 2 jam sekali untuk memastikan dakwat itu kekal seperti yang uar-uarkan sebelum ini.Dalam pada itu, ketua pembangkang itu juga menegaskan soal mengapa beliau tidak membuat laporan sebaik sahaja mendapati dakwat itu tidak kekal pada hari pengundian bukan menjadi halangan untuk membuktikan SPR tidak telus.
 Sebaik sahaja saya habis mengundi saya terpaksa ke Kuala Lumpur, namun bukan masalah saya tak buat laporan polis pada hari itu.
 "Yang penting saya telah membuat laporan polis," 

No comments:

Post a Comment