Tuesday 29 October 2013

Pas Sambut ketibaan TPM di SG.LIMAU tuntut Mohon Maaf.



Pemuda Pas Negeri Kedah akan menghantar satu memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuat permohonan maaf kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Ketuanya, Mohd Nasir Zakaria berkata, penyerahan itu akan dilakukan pada satu program yang akan dihadiri oleh Muhyiddin dekat Bukit Choras, di sini, hari ini.

“Kami berasa kesal dan duka cita terhadap apa yang berlaku berhubung dengan kenyataan Muhyiddin. Kami bersimpati terhadap keluarga Allahyarham Azizan dan juga rakyat di Sungai Limau berikutan apa yang dilakukan kepada Allahyarham.

“Sekiranya tiada permohonan maaf dibuat oleh Muhyiddin, saya khuatir sesuatu mungkin berlaku ketika lawatannya ke Bukit Choras,” katanya pada sidang media di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Mohd Nasir berkata, pihaknya mendapat tekanan yang cukup kuat daripada penyokong dan ahli Pas yang mahu sesuatu dilakukan demi menjaga maruah dan nama baik pemimpin utama Pas di negeri ini.

“Sehubungan itu, kami menuntut supaya TPM memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Azizan dan juga seluruh rakyat di Sungai Limau serta menarik balik kenyataan beliau.

No comments:

Post a Comment