Monday 27 May 2013

ISTERI USTAZ AZIZAN JUGA LANTANG BERSUARA HENTAM PAS.



Isteri mana yang tidak sayangkan suaminya? Kalau sudah berumahtangga sehingga berusia berpuluh-puluh tahun, rasanya boleh dikatakan bahawa ikatan kasih sayang di antara suami isteri itu sangat kukuh dan itulah yang berlaku antara Ustaz Azizan Razak dan isterinya, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah.Siapa boleh tahan bila suaminya yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan memimpin kerajaan dihina sewenang-wenangnya oleh mereka yang dulunya kuat membodek dan memuji suaminya? Lainlah kalau suaminya itu benar-benar tak guna seperti Anwar Ibrahim…Siapa pula boleh sabar apabila suaminya dikutuk, dikecam dan dipersalahkan dari segenap sudut sedangkan sebelum ini mereka-mereka itu tidak pernah bersuara menegur, marah atau mengkritik kepimpinan suaminya secara terbuka.Ustaz Azizan sedang bertarung dengan maut, para penyokong PAS yang dulu kononnya “setia” di belakang bekas Menteri Besar Kedah itu bertalu-talu memfitnah dan menabur tohmahan terhadapnya. Bolehkah Datin Seri Faekah tahan sabarnya?Mungkin kerana itu, isteri Ustaz Azizan itu rasa terpanggil untuk meluahkan rasa kecewanya atas tindakan blogger-blogger PAS Kedah yang dilihat keterlaluan dan melampau terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu.Kata Datin Seri Faekah…“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan.“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata.“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” – Isteri Ustaz Azizan.Malah tanpa berselindung lagi, Datin Seri Faekah mendedahkan dan mengesahkan tentang kebenaran cubaan pihak dalaman parti yang cuba menggulingkan suaminya itu ketika menjawat jawatan Menteri Besar Kedah.“Memang ramai dan ada usaha jatuhkan Azizan sejak beliau ambil alih kerajaan negeri. Musuh bukan sahaja dari luar, termasuk dalam parti. Saya percaya selagi Azizan bernafas, selagi itu musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka,” katanya yang dipetik dari media, semalam.Bayangkanlah “hati perut” puak-puak PAS di Kedah, betapa busuknya jiwa dan raga mereka! Mentang-mentanglah Ustaz Azizan tidak lagi berkuasa untuk berikan jawatan tinggi dan projek pada mereka, mereka kutuk beliau habis-habisan.Dan bayangkan pula kalau kepada Ustaz Azizan pun mereka sanggup berhati busuk, bagaimana pula perlakuan mereka terhadap UMNO, BN, para pemimpin dan penyokong-penyokong kerajaan seperti kita semua? Rasanya mereka sudah tidak fikir lagi soal dosa dan pahala…Saya benar-benar tersentuh dengan keluhan isteri Ustaz Azizan Razak itu. Walaupun saya pernah menulis mengenai keburukan dan kelemahan PAS Kedah, saya tidak sesekali menyerang peribadi Ustaz Azizan kerana saya tahu tentang akhlaknya yang baik dan tegas.Tidak salah menyerang PAS secara dasar, tapi menyerang peribadi memerlukan sifat kemanusiaan dan rasional yang tinggi sebelum berbuat demikian. Ustaz Azizan bukanlah pemimpin tidak bermoral seperti Anwar Ibrahim dan kita tidak perlu serang peribadi beliau…Setahu saya, para bloggers pro-PAS di Kedah itu berada di dalam tanggungjawab dan seliaan Unit Penerangan PAS Kedah kerana itulah maklumat yang saya terima dari salah seorang dari mereka. Persoalannya, apakah Penerangan PAS Kedah terlibat dalam usaha menggulingkan Ustaz Azizan?Kalau benar, tidak hairanlah mereka menghentam bekas “boss” mereka itu. Tapi kalau tidak benar, mengapa pula pihak editorial blog dan portal tersebut sanggup membenarkan penulis mereka “membelasah” Ustaz Azizan? Editorial tak boleh padam artikel-artikel itu, kah?

No comments:

Post a Comment