Thursday 4 July 2013

SELANGOR LUBUK RUMAH URUT.



 Kebanjiran rumah urut dan aktiviti tidak sihat di Ampang membimbangkan penduduk terutamanya peningkatan gejala sosial di kalangan belia.
Presiden Persatuan Belia Teratai, Nidzam Abdul Rahman, timbul persoalan mengapa aktiviti perniagaan ini tidak mampu dikekang.
Menurutnya, beliau difahamkan lesen rumah urut tradisional sudah dibekukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) namun masih berlaku penambahan premis-premis seperti itu di Ampang.

 Kehadiran premis tanpa kawalan ini memang menjadi tarikan kepada belia dan tidak dinafi kan ramai golongan itu terlibat dengan gejala negatif seperti karaoke yang menyediakan pelbagai perkhidmatan terlarang.Banyak premis kini didapati berselindung di sebalik perniagaan lain dan mengapa sukar untuk membendungnya,
 
  sepatutnya PBT terus mengambil tindakan membatalkan lesen sekiranya ada premis yang menyalahgunakan lesen.isu ini sangat kritikal kerana merosakkan kualiti kehidupan masyarakat dan meminta pihak berkuasa mengkaji semula dalam perkara ini. Menurutnya lagi, Jabatan Imigresen dengan kerjasama polis dan PBT harus bertindak dengan lebih serius seperti menangani kemasukan warga asing yang bekerja sebagai pelacur dan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
PBT pula perlu menetapkan syarat hanya membenarkan sebarang aktiviti seperti ini beroperasi di tingkat bawah dan bercermin lut sinar supaya tiada aktiviti yang terselindung.

  
Perkara negatif sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi. tidak dinafi kan di Ampang merupakan lubuk kepada pembukaan premis- premis yang menjalankan aktiviti tidak sihat seperti pelacuran di rumah urut.
Bagaimanapun masih terdapat usaha bagi menyelesaikan gejala ini tetapi memerlukan kesungguhan dari semua pihak. “ Sebagai contoh, kesemua aktiviti seperti rumah urut, pusat refleksologi, salon dan karaoke dipusatkan dalam satu kawasan supaya aktiviti ini mudah dikawal.
Ini bermakna, satu pembangunan baru berkonsepkan kawalan lestari dilakukan agar pengusaha-pengusaha dapat dipantau melalui aktiviti dalam satu kawasan. kawasan-kawasan yang terletak di pinggir bandar memang sukar untuk dikawal dan tidak seperti di bandar-bandar yang terancang seperti Shah Alam.Manakala bekas Ahli MPAJ, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, permintaan membuka premis seperti urut tradisional di Ampang Jaya agak membimbangkan sejak peralihan kuasa pemerintah di negeri Selangor.sewaktu Barisan Nasional memerintah, keadaan masih terkawal walaupun permintaan aktiviti perniagaan ini agak tinggi.
Namun begitu,pemberian lesen kepada pengusaha semasa zaman BN bukanlah semudah itu apabila setiap permohonan akan melalui penapisan ketat sebelum diberikan lesen.

 Malangnya pada hari ini,keadaan berubah apabila rumah urut tradisional dan aktiviti premis pusat kecantikan dan kesihatan tumbuh bagai cendawan.Malah perkara ini bukan sahaja berlaku di Ampang Jaya tetapi di seluruh negeri Selangor berhadapan situasi yang sama pada hari ini.aktiviti tidak sihat ini harus dikaji semula kerana masalah sosial semakin bertambah apabila terdapat premis yang menyalahgunakan lesen dan aktiviti tidak sihat disebalik perniagaan ini.Menurutnya lagi, walaupun masalah ini semakin berleluasa kerana berkemungkinan ada pengaruh politik,namun begitu masyarakat terus diharap berperanan mencegah gejala sosial ini bersama.

No comments:

Post a Comment