Tuesday 2 July 2013

BEKAS PEKERJA DARUSSALAM DILANTIK PENGERUSI TABUNG HAJI

Perlantikan YB Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji.

Apa saya ingin sampaikan bukan kerana ingin menghina kerajaan Barisan Nasional,cuma sekadar nasihat.Saya amat tidak bersetuju dengan perlantikan seorang ahli politik di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutamanya yang penting seperti Tabung Haji.

Tabung Haji adalah sebuah Bank Islam yang ditubuh oleh visi Prof Ungku Aziz untuk menolong umat Islam di Malaysia menunaikan rukun Islam ke-5.Ketika zaman dahulu, ramai umat Islam menjual semua harta mereka atau berhutang supaya boleh sempurnakan rukun Islam, maka apabila mereka kembali ke tanah air,mereka akan menghadapi masalah kewangan . Dengan masalah itu, Tabung Haji ditubuh untuk memudahkan umat Islam mengerjakan Haji secara sempurna.Pemilik akaun akan diberi pertolongan daripada 'budgeting' mengerjakan haji hingga ke cara menunaikannya dengan betul.

Tabung Haji telah banyak menyumbang kepada umat Islam bukan sahaja menolong mengerjakan haji,tetapi juga membangunkan ekonomi Islam melalui syarikat-syarikat subsidiarinya. Dari ladang kelapa sawit hingga ke perkhidmatan sektor minyak, Tabung Haji telah mencipta berpuluh ribu pekerjaan untuk umat Islam dan juga membayar zakat untuk membasmi kemiskinan.

Dengan itu, jikalau Tabung Haji melantik pengurus yang tidak berapa baik, maka beratus ribu pemilik akaun dan pekerja Tabung Haji boleh mendapat kesan negatifnya. Syarikat penting seperti ini patut dijauhi daripada politik agar terus untung secara HALAL. Saya percaya, lebih ramai ahli korporat yang berkelayakan dan berpengalaman boleh memimpin Tabung Haji daripada YB Azeez, saya amat berterima kasih kepada YB dengan misi kemanusian di Somalia dan Gaza, tetapi lebih elok ahli politik kekal ahli politik. Biar ahli korporat memimpin syarikat kerajaan.

No comments:

Post a Comment