Tuesday 2 July 2013

JDT MELOPONG LAGI,LION XII JULANG PIALA LIGA SUPER.




PASUKAN jemputan dari Singapura, Lions XII  mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ini menjadi milik mereka selepas membelasah Felda United, 4-0 di Stadium Jalan Besar malam ini. JDT yang terlepas peluang untuk menjulang Piala FA selepas ditewaskan pasukan Kelantan Sabtu lalu, terpaksa akur menyaksikan piala liga super itu menyeberang Tambak Johor untuk kekal semusim di Singapura.



 Kemenangan ke-12 daripada 21 perlawanan yang dicatatkan oleh skuad bimbingan V Sundramoorthy  itu membolehkan mereka dinobat juara buat kali pertama dengan mengumpul 43 mata meskipun berbaki satu lagi perlawanan.

Kekalahan itu pula menyaksikan Felda United bakal diturunkan beraksi dalam Liga Perdana musim depan bersama Negeri Sembilan selepas masing-masing menghuni tangga ke-11 dan 12.


Empat gol Lions XII pada perlawanan itu dijaringkan oleh Azrul Ahmad yang menjaringkan gol sendiri daripada tendangan Shahril Ishak pada minit ke-47 sebelum
Shahril meledak gol kedua (m-57), Fazrul Nawaz (m-60), dan Shahfiq Ghani (m-83).

1 comment: