Tuesday 2 July 2013

BN senarai tiga nama untuk calon PRK Kuala Besut


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, tiga nama yang terdiri daripada anak tempatan itu akan diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan.
"DUN Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan kita akan pertahankan kemenangan. Pertamanya kita akan menyusun gerak kerja parti yang terbaik selain menyelesaikan isu-isu tempatan," katanya.
Muhyiddin yang mengetuai jentera BN bagi menghadapi PRK DUN Kuala Besut berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, di sini hari ini.
Beliau ditanya pemberita berhubung persediaan BN menghadapi PRK tersebut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A. Rahman Mokhtar, Rabu lalu.

No comments:

Post a Comment