Thursday 6 June 2013

Kita Nak 1Sekolah Tapi Kenapa Tolak 1BN ? Ini Jawapan Saya ...

Blogger Helenang ada mengutarakan satu soalan menarik kepada mereka yang memperjuangkan isu 1Sekolah dalam artikel terbaru beliau. Saya percaya ramai juga yang menggelabah nak jawab bila ditanya soal berbentuk perbandingan ini -

Jika anda sokong 1Sekolah atas nama Perpaduan, kenapa anda menolak 1Umno / 1BN ?

Secara teori relatif anggaplah Mca mewakili sekolah Cina dan Mic sebagai mewakili sekolah Tamil. Nah, kalau 1Sekolah yang diperjuangkan, pastinya sekolah cina dan tamil akan dihapuskan dan semua murid2 belajar dibawah 1sekolah. Begitu juga konsep 1Umno/1BN. 

Jadi kenapa kita tolak konsep Perpaduan 1BN sedangkan waktu sama kita mahukan 1Sekolah .... tidakkah keduanya SAMA, atas nama Perpaduan ?

KLiK untuk baca persoalan Helenang dan komen2 yang diterima - 


saya ada memberi komen ringkas disana yang saya salin semula di sini -

1sekolah adalah untuk MASADEPAN. Masa sekarang oredi GONE CASE. Bila rakyat, read as generasi akan datang hasil produk 1sekolah, sudah bersatu, dengan sendirinya politik perkauman akan direject. 

 Dan dengan sendirinya 1BN akan ditubuhkan hasil kehendak rakyat sendiri tanpa perlu dipaksa2. 

 SEKARANG hati rakyat penuh dengan syak wasangka, semuanya bersandarkan kaum sebab kita dibesarkan dengan persekitaran yang begitu. Perkara ini bukannya boleh diubah sekelip mata. 

 Begitu juga generasi akan datang, jika mahu mereka BERBEZA dengan kita makanya perlu dibesarkan dalam persekitaran yang berbeza. 

 Generasi 1Sekolah yang pertama mungkin belum tercapai Perpaduan sebenar tapi yang pasti akan ada perbezaan yang besar / positif. Ia akan menjadi platform untuk generasi seterusnya.
 Sekali lagi – 1sekolah adalah untuk masa depan rakyat dan negara. Bukan untuk zaman kita.


Saya lihat persoalan yang diutarakan wajar dihighlightkan supaya kita tahu bagaimana mahu menjawab dengan yakin sekiranya ada yang bertanyakan soalan yang sama.

Saya percaya isu Polarisasi Kaum menjadi semakin parah ketika ini. Bukan benda baru, benda ni dah lama dah berlaku dalam masyarakat kita. Ia umpama barah yang makan dalam. Cuma ia semakin jelas pada pandangan sementelah kita semakin terbuka dan vokal dalam bersuara. 

Negara lain yang punya rakyat pelbagai kaum juga tidak dapat elak dari masalah perkauman ini. Tapi saya lihat masalah perkauman dinegara kita semakin parah jika keadaan dibiarkan berterusan seperti sedia ada.

Apa yang membezakan kita dengan negara lain ?

Orang Cina kata ia disebabkan kerajaan Melayu BN bersikap tidak adil kepada orang Cina - KLiK




Kerana itu mereka telah menolak BN semasa PRU13 !

Seperti saya yang jawab diatas, soal Perpaduan ini bukan satu perkara kecil yang boleh diatasi dengan mudah dan cepat. Berpuluh tahun hidup dalam suasana terasing, telinga disumbat dengan racun2 bersifat RASIS oleh orang sekeliling .... dari kecil sehingga dewasa, apa yang diherankan kalau beginilah jadinya keadaan rakyat Malaysia ?

Tun Mahathir juga ada menulis mengenai faktor Perkauman yang menjadi penentu kepada pola pengundian semasa PRU13 dalam artikel terbaru beliau  - Racial Polarization

Saya rasa tidak perlulah saya ulangsebut mengenai teori saya kenapa saya salahkan Sekolah Vernakular sebagai punca utama masalah perkauman dinegara ini. Anda boleh baca balik artikel2 lama berkaitaan isu ini dengan menggunakan katacarian Sekolah Vernakular / Satu Sekolah / Bahasa Kebangsaan Perpaduan ATAU anda boleh KLiK ke laman webSatuSekolahUntukSemua. Banyak info boleh didapati dari sana.


OK, balik kepada soalan asal, kalau sokong 1Sekolah, kenapa tolak 1Umno/1BN ?

Sebab saya fikirkan MASADEPAN NEGARA DAN GENERASI KITA YANG AKAN DATANG !

1Sekolah BUKAN untuk kita. Kita yang dewasa sekarang dah tak boleh nak buat apa dah. Setakat tunjuk jari telunjuk kelangit jer lah macam imej kat atas tuh .... 

Fikirlah, dengan keadaan sekarang, apakah keadaan akan semakin pulih atau semakin teruk ? Apakah kita mahu biarkan generasi akan datang merana dan berdepan dengan rusuhan kaum kerana kita yang NAMPAK perkara itu bakal berlaku memilih untuk TIDAK BERTINDAK untuk mengubah senario itu dari sekarang ?

Sebab POLITIK KUASA pemimpin2 maka kita rela mengambil risiko itu ?

Sebarang perubahan akan mengambil masa yang lama. Masalahnya jika isu ini dilihat dari kacamata politik, makanya tidak akan ada penyelesaiannya kerana target politik jarang yang memakan masa yang lama. Politik kuasa adalah demi kepentingan peribadi bukannya demi rakyat semua, apatah lagi rakyat MASADEPAN. 




Generasi pertama hasil 1Sekolah pun belum tentu akan nampak hasil yang ketara kerana selain dari persekitaran disekolah, murid2 masih terdedah kepada alam perkauman diluar sekolah, di rumah ... TAPI sekurang2nya akan ada nilai2 positif yang sudah kita semai dalam hati mereka. Mereka sudah punya kawan dari bangsa lain ! Kawan dalam ertikata sebenar.


Generasi kedua 1Sekolah pastinya akan lebih membuahkan hasil.

Lama kelamaan, insyaAllah segala perasaan syak wasangka antara kaum yang begitu tebal dalam hati rakyat ketika ini akan perlahan2 hilang dari hati cucu cicit kita. Ketika itu, walaupun faktor kaum masih membezakan rakyat, diharap sekurang2nya mereka sudah SAMA2 HIDUP DENGAN AMAN BERSAMA-SAMA.

Ketika itu juga politik perkauman tidak lagi relevan dan rakyat akan menolak sesiapa saja yang cuba memecahbelahkan perpaduan melalui isu kaum. Barulah boleh wujud 1Umno/1BN !



Kerana apa yang HILANG dalam 1Malaysia atau 1BN jika diteruskan juga sekarang adalah ROHnya. Tidak ada keikhlasan. Apa yang ada hanya luaran saja. Kosmetik. Plastik. Stiker.

Hilang Najib, hilanglah 1Malaysia...... seperti hilangnya Hadhari bersama Paklah.

Itulah dia jawapan saya - Rakyat BELUM BERSEDIA untuk 1Umno atau 1BN tapi untuk persediaan kearah itu kena diwujudkan 1Sekolah dulu.

1Sekolah BUKAN untuk kita tapi untuk masadepan Negara dan generasi akan datang !




No comments:

Post a Comment