Wednesday 26 June 2013

KERANA TIDAK SERTAI FUTSAL KAPTEN DI MINDEF ANCAM PUKUL DAN BAKAR KERETA.


Malam tadi admin baru dapat tahu berita nie dari seorang Pegawai Tentera Muda yang mengatakan ada seorang Kapten di Mindef tak sampai 10 Tahun kerja dengan Kerajaan dah ibarat macam dia pulak PANGLIMA ANGKATAN TENTERA.
Gara-gara tidak sertai bermain futsal selepas waktu kerja kelmarin,pegawai mindef bangsat nie telah memanggil Pegawai Muda nie mengadap dia. Sejurus pegawai Muda nie masuk ke bilik Pegawai Tua nie, Pegawai Tua nie telah memecahkan telefon bimbit milik Pegawai Muda ini dan memukul Pegawai Muda ini dengan Tongkat Sakti nya hingga Pegawai Muda ini merasakan kesakitan di bahagian tulang rusuknya.
Pegawai Tua Bangsat nie pun telah memberi amaran kepada beliau ingin memukulnya jika dia tidak berada di Mess pegawai dan mengugut akan merosakkan dan membakar kereta milik Pegawai Muda ini. Tidak mahu mengambil risiko dan mengelak perkara yang tidak di ingini berlaku beliau telah mengambil keputusan keluar dari Mess Pegawai. Admin ingat Pegawai Tua nie memang gila atau sakit otak.
Admin telah menasihatkan Pegawai Muda ini supaya menjalani pemeriksaan Doktor bagi mengesan tahap keseriusan kecederaan dan jika ianya mendatangkan kecederaaan, Admin minta  beliau membuat laporan polis dan tindakkan akan menyusul. Tak kira lah apa pangkat kau orang, Setiap perbuatan ada batasan nya. Perkara ini akan saya cuba ketengahkan kepada MENTERI PERTAHANAN DAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA.


No comments:

Post a Comment