Seramai 112,635 peneroka Felda di 317 tanah rancangan di seluruh
negara bakal mendapat duit raya pada tahun ini sempena sambutan
Aidilfitri.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, jumlah yang bakal
diterima oleh setiap peneroka masih belum ditetapkan kerana keputusan
akhir akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Setiap kali hari raya sememangnya menjadi amalan kita untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat Felda.
"Namun berapa nilai yang akan diberikan belum lagi diputuskan,
perkara ini bergantung kepada ketetapan Datuk Seri Najib Tun Razak,"
katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum itu, beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Multi
Vitamin untuk Jemaah Haji 2013 kepada Lembaga Tabung Haji.
Pada tahun lalu seramai 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang
bersama Felda menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah
RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak
bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan
berjumlah RM1.8 juta
Pemberian duit raya kepada peneroka mula dilaksanakan sejak 2003.
No comments:
Post a Comment