Penduduk penempatan haram Yahudi dan tentera wanita Israel semalam menggempur kawasan Masjid al-Aqsa, menurut Yayasan Palestin.
Yayasan al-Aqsa bagi Pembiayaan dan Warisan berkata, beberapa
kumpulan kecil Yahudi menggempur kawasan masjid itu melalui pintu pagar
al-Magharebah dan melakukan sembahyang Talmudic sambil dikawal oleh
polis Israel.
Menurut yayasan itu, satu lagi kumpulan yang terdiri daripada enam
anggota tentera wanita Israel turut menggempur masjid tersebut.
Kejadian itu berlaku tiga hari selepas pemimpin agama Yahudi di Har
Etzion, Yaakov Medan berkata, perkhidmatan perisikan dalaman Israel,
Shin Bet menyokong tindakan seperti itu.
No comments:
Post a Comment