Monday 22 July 2013

Jangan biarkan pasukan bola sepak kebangsaan terus jatuh


MEMALUKAN negara apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa Skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan jurulatih Datuk K. Rajagobal kini berada di ranking 159. Kedudukan ini lebih teruk daripada ranking pasukan bola sepak Bangladesh, Maldives dan Filipina.
Di peringkat Asia pula pasukan bola sepak negara berada pada kedudukan ke-31 sementara di peringkat Asia Tenggara, Malaysia kekal di tangga kelima di belakang Thailand, Filipina, Vietnam dan Singapura.
Sampai bilakah kita terpaksa memendam rasa dan menanggung derita sebagai sebuah negara yang lemah di dalam bola sepak yang menjadi ratahan apabila bertemu dengan pasukan di peringkat antarabangsa?
Disebabkan kejatuhan ranking kita di dalam arena bola sepak ini, pemain kita yang mempunyai bakat tertutup peluang mereka untuk beraksi di kelab bola sepak seperti di England dan negara-negara Eropah lain.
Sudah sampai masanya semua mereka yang berada di dalam FAM bermuhasabah secara ikhlas dan hati terbuka apa pengorbanan yang wajar mereka lakukan demi memajukan sukan negara. Janganlah dibiarkan pasukan bola sepak kebangsaan kita jatuh lagi rankingnya, ataupun tidak berubah 'pi mai pi mai tang tu' sahaja.
Ambil contoh negara-negara lain saperti Jepun, Korea Selatan, Iran, Arab Saudi di mana dahulu tertinggal di belakang tetapi kini sudah berada pada kedudukan bertaraf dunia.
Semua pegawainya akan bertukar ganti, terutama sekali apabila pasukan bola sepak mereka menunjukkan kemerosotan sedikit. Mereka akan berikan laluan tanpa merasa kecil hati ataupun kecewa kerana sukan bola sepak ini adalah satu sukan yang dibanggakan oleh rakyat di sesebuah negara itu dan meletakkan jawatan adalah perkara biasa bagi mereka.
Jesteru, diharapkan Kementerian Belia dan Sukan hendaklah campur tangan atau sekurang-kurangnya menasihati FAM supaya berubah cara dan kaedah.

No comments:

Post a Comment