Friday 31 May 2013

APAM JOHOL DAUN RAMBAI

APAM DAUN RAMBAI.

 Apkah  keistimewaan apam yang menjadi identiti masyarakat Johol, di Negeri Sembilan ini.??

APAM JOHOL juga enak dimakan bersama tumis ikan bilis, madu dan bersama cendol.

APA yang anda gambarkan apabila bercakap mengenai kuih tradisional Melayu yang bernama apam?


Aroma mewangi, bentuk sederhana, tidak melekit serta keenakan rasa merupakan ciri-ciri yang menjadikan apam daun rambai atau lebih dikenali sebagai apam Johol begitu popular di Negeri Sembilan.
Bahkan, apam Johol yang pernah mencuri tumpuan wakil-wakil rakyat dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada tahun 2006 ini begitu istimewa kerana tidak semua pembuat apam ini boleh mengekalkan keasliannya.
Bagaimanapun, bagi pengusaha apam Johol di Kampung Masjid Tua, Johol, Kuala Pilah, Zahariah Mohd Zin, 39, berkata, beliau mula mengusahakan apam Johol sejak tahun 2005 lagi. Keaslian dan mengekal cita rasa asli adalah keutamaan Zahariah.

   Daun rambai untuk membungkus apam istimewa ini.
Apam Johol sudah menjadi salah satu 'identiti' setiap kali orang datang ke Johol disebabkan keenakan dan haruman daun rambai yang menjadi pembalut kepada kuih tradisional ini.
"Kalau hendak dibandingkan dengan apam-apam lain memang ia berbeza walaupun cara memasaknya adalah sama iaitu dikukus. Tetapi keistimewaannya tentu sekali ia lebih enak dimakan malah boleh tahan lama daripada apam-apam sedia ada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Masjid Tua, Johol.
Beliau menambah, semasa mula-mula membuat resipi apam daun rambai ini tiga tahun lalu, beliau telah membuat beberapa eksperimen terlebih dahulu selama seminggu dengan cara pembuatan apam biasa.
Katanya, percubaan berkenaan dilakukan untuk memastikan hasil yang diperolehi menikmati cita rasa apam Johol asli kerana perlu ia perlu mempunyai aroma harum daun rambai, tidak berlekit dan mempunyai reka bentuk menarik.
"Di Johol memang ada beberapa pengusaha lain yang mengusahakan apam Johol ini tetapi tidak ramai. Saya sanggup mempelajari teknik pembuatan apam ini bagi memastikan generasi muda tidak lupa dengan kuih tradisional yang menjadi kebanggaan masyarakat Johol.
"Buat masa ini, saya mampu menghasilkan kira-kira 500 hingga 700 ketul kuih berkenaan sehari dan ia boleh mencecah sehingga 2,000 ketul sehari terutama apabila ada majlis rasmi kerajaan negeri, keraian atau musim cuti sekolah," katanya lagi.
Ujar Zahariah, kalau tempahan terlalu banyak beliau terpaksa menolaknya kerana hanya menjalankan perusahaan tersebut seorang diri dengan dibantu suami dan lima orang anaknya.

proses membuat apam itu tidaklah begitu rumit seperti disangka tetapi memerlukan kesabaran dan seni apabila memotong daun rambai tersebut. Ini bagi memastikan kuih yang dikukus nampak cantik serta berkualiti.
"Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati seperti tepung gandum, gula merah, gula pasir, ibu roti, daun rambai dan bahan 'rahsia'," katanya.
Apabila diajukan apa yang dimaksudkan bahan rahsia, beliau hanya tersenyum dan berkata kalau diberitahu tidak rahsia lagi bahan tersebut.

 Hmmm...aromanya yang sungguh harum.

Kuih tradisional ini mempunyai potensi untuk diperluaskan pasarannya. Kita akan membantu pengusaha supaya produk ini dapat dibuat dalam bentuk sejuk beku, di mana ia boleh dinikmati, bukan sahaja pasaran domestik tetapi luar negara," kata beliau.
Dengan cara ini orang ramai bukan sahaja boleh menikmati kuih tradisional ini, tetapi pada masa yang sama mampu mempromosi kawasan Johol sebagai destinasi yang wajar dilawati pengunjung.

LAIN KALILAH DONG ZONG..


Akhbar Nanyang Siang Pau semalam menyiarkan kebimbangan persatuan ekstremis Cina iaitu Dong Zong dengan perlantikan dua menteri Cina di dalam kabinet Dato’ Seri Najib kerana kedua-dua mereka tidak fasih berbahasa Mandarin.
Menurut Dong Zong mereka ini yang hanya menamatkan Sekolah Cina separuh jalan tidak mungkin akan dapat mewakili kaum Cina secara efektif sekali gus tidak layak digelar ‘wakil kaum Cina’. Nampaknya, bagi kaum Cina tidak apa jika Zairil Khir Johari yang seratus peratus Cina dijadikan wakil Melayu di dalam DAP, tetapi tidak boleh bagi seratus-peratus Cina dijadikan wakil Cina di dalam BN selagi tidak fasih berbahasa Cina.
Untuk pengetahuan Dong Zong satu-satunya bahasa yang wajib fasih di Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan. Untuk apa seorang wakil Cina wajib fasih bahasa Mandarin sedangkan bahasa kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu? Dengan menegaskan bahawa wakil Cina wajib fasih Bahasa Mandarin, maka Dong Zong telah mengesahkan bahawa majoriti kaum Cina negara ini memang tidak fasih berbahasa kebangsaan.
Sudah menjadi kewajipan bagi seluruh kaum Cina yang mengaku sebagai warganegara Malaysia untuk fasih berbahasa Melayu atau mereka tidak layak mengaku sebagai rakyat negara ini.
Jelas, Dong Zong masih menganggap diri mereka berada di tanah besar China dan masih tidak sanggup menerima hakikat bahawa nenek moyang mereka telah berhijrah ke sini. Pun begitu, mereka tidak sanggup juga untuk kembali ke tanah besar kerana tahu bahawa hidup mereka lebih terjamin dan selesa di sini.
Maka salahkah kita jika menyatakan bahawa kaum Cina sememangnya sejenis manusia yang semulajadinya tamak haloba dan tebal muka?
Kaum ini tidak mungkin dapat diajak berbincang kerana segala-galanya hanya akan dapat diselesaikan sekiranya ia menepati kepentingan diri mereka secara total.
Kerajaan wajar memahami satu perkara penting dalam mengatur langkah seterusnya selepas PRU ini iaitu:- Dong Zong atau kaum Cina tidak pernah berkongsi aspirasi yang sama dengan kaum-kaum lain di negara ini. Kaum Cina tidak pernah inginkan kepada perpaduan kerana mereka tidak melihat keuntungan maksima di pihak mereka melalui perpaduan.
Kaum Cina tidak melihat jurang perkauman dengan kaum lain yang terbukti dalam keputusan PRU yang lalu sebagai satu masalah kepada mereka. Jika ia merupakan satu masalah kepada negara, maka itu adalah masalah kerajaan, bukan mereka.
Justeru, mereka bertekad ingin terus mempertahankan sifat perkauman Cina serta mendesak pemisahan kaum itu dari masyarakat keseluruhan sebagai sesuatu yang perlu diterima.
Dalam kata lain, mereka ingin dipisahkan terus dari aspirasi negara tetapi di masa yang sama ingin terus menerima bantuan dan sokongan kerajaan.
Tidak ada cara lain untuk menangani masalah dengan manusia seperti kaum Cina selain dari bertindak tegas dan mengabaikan segala rungutan dan tuntutan mereka.
Sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan ke atas Dong Zong kerana menghalang perpaduan dan mencabar kedudukan bahasa kebangsaan. Inilah saja penyelesaian yang terbaik untuk kesejahteraan negara dalam masa panjang


NASIB BADAN LAH SIAPA YANG TAK TERPILIH TU..

Buat pertama kali dalam sejarahnya, Umno sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.
Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:
* 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.
* Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.
* Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.
Sebelum pindaan perlembagaan parti, jawatan tertinggi parti memerlukan seseorang yang mahu bertanding terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno iaitu:
* Presiden - 30 peratus atau sokongan daripada 57 bahagian
* Timbalan Presiden - 20 peratus atau 38 bahagian
* Naib Presiden - 10 peratus atau 19 bahagian
* Anggota Majlis Tertinggi - 5 peratus atau 10 bahagian
* Ketua Pemuda - 20 peratus atau 38 bahagian
* Ketua Wwanita - 20 peratus atau 38 bahagian
* Ketua Puteri - 20 peratus atau 38 bahagian
   
Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, hanya perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini?
Menurut penganalisis politik Dr Ibrahim Ghafar, ramai yang memerhatikan sama ada dengan penghapusan kuota itu, jawatan tertinggi akan turut direbut oleh sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak.
"Jika itu terjadi tidakkah pemilihan Umno akan menjadi pentas bagi berhibur dan sesuka hati menawarkan diri atau mencuba nasib kalau-kalau terpilih atau ada yang ditaja oleh pihak luar yang mahu rakyat melihat Umno sebagai sebuah parti sarkas?," tanya beliau.
Ibrahim berkata banyak orang banyaklah pandangan peribadi termasuk mereka yang serius menawarkan diri setelah layak kerana sudah menjadi AJK bahagian dan mahu menempa nama dalam sejarah dengan bertanding sebagai presiden Umno atau timbalannya.
"Mudah-mudahan ini tidak akan terjadi dalam parti keramat bagi orang Melayu ini.
Namun kita harus lihat kemungkinannya kerana sekarang tiada lagi sebarang halangan apa pun," katanya, yang percaya jumlah kuota sokongan tertentu masih perlu diterapkan.
"Bagaimana pula kalau ada 100 atau 1,000 anggota mencalonkan diri.
Tidakkah menimbulkan masalah teknikal bagi jawatankuasa pemilihan? Jika ini terjadi dari mana Umno akan menggamit kekuatan dan kesepaduan sokongan kepada pucuk
pimpinan?" tambah beliau yang mengakui risau.

Mengakui bahawa pandangannya agak terlambat disuarakan, beliau percaya masih ada ruang dan masa bagi jawatankuasa pemilihan parti untuk memperkemas syarat atau peraturan tambahan yang logik untuk membolehkan penawaran diri sebagai calon.
Ibrahim berkata banyak cara lagi boleh dibuat untuk mencerminkan amalan demokrasi yang telus dan meluas dalam parti dan satu daripadanya telahpun dipersetujui iaitu membenarkan pemilihan langsung oleh 146,500 anggota.
Menarik juga untuk diperhatikan ialah adakah pindaan perlembagaan yang membolehkan anggota yang sebegitu ramai terlibat dalam pemilihan akan mampu menghapuskan secara total gejala politik wang?
Penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali berkata gejala politik wang mampu dikurangkan apabila Umno menambah jumlah perwakilan kepada 146,500 orang pada pemilihan kali ini.
"Ini selaras dengan apa yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun seperti lazimnya sesuatu yang baharu seperti pindaan kepada perlembagaan ini contohnya akan memerlukan masa untuk menghapuskan sepenuhnya politik wang," katanya.
Beliau berkata ia boleh menjadi langkah yang berkesan menghapus politik wang asalkan ada pemantauan yang ketat manakala jumlah perwakilan yang banyak itu juga dengan sendirinya menyukarkan pihak yang berniat melakukannya kerana pastinya tidak mampu dijangkau.
"Sekiranya selepas pemilihan masih ada suara-suara yang menyatakan Umno mengamalkan nepotisme atau kroni, ini adalah salah perwakilan kerana mereka yang memilih langsung

Thursday 30 May 2013

BAPA BAKAL MENIMANG CAHAYA MATA BARU.


Cemas, resah gelisah dan teruja bercampur baur. Mungkin itulah perasaan mereka yang menanti saat-saat manis bakal bergelar ayah.
Bahkan, ada segelintir suami yang turut merasai beban alahan dan peritnya seperti mana wanita mengandung. Merekalah yang menanggung alahan muntah atau pening-pening, sehingga tidak lalu hendak makan sedangkan isterinya nampak sihat dan tidak mengalami alahan.
Adalah harus bagi suami tidak memandang enteng kepada kehamilan isteri. Kehamilan dan kelahiran adalah aspek terpenting dalam pembangunan keluarga kerana menerusi proses ini baka dan zuriat dapat diteruskan dan diperkembangkan.
Setiap pengantin baru yang ingin membangunkan keluarga perlu memandang berat perkara ini dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada takdir dalam menentukan proses kehamilan dan kelahiran cahaya mata yang bakal menyerikan kehidupan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bapa merupakan penjana dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tanggungjawab dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga dipikul oleh bapa. Bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membuat sesuatu keputusan demi memastikan hala tuju sesebuah keluarga itu berada dalam landasan yang betul.

Selain itu, istilah bapa milenium atau bapa alaf baru memberi gambaran yang jelas tentang cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi oleh bapa masa kini. Selaras dengan perkembangan teknologi dan pendedahan ilmu pengetahuan secara global, golongan bapa juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu secukupnya bagi memastikan generasi akan datang mempunyai jati diri yang tinggi.
Justeru, dalam masa 40 minggu di mana anda dan pasangan menanti kelahiran bayi, akan ada beberapa ketika di mana suami memerlukan banyak kekuatan emosi untuk anda berdua.

Perubahan hormon
Perubahan pada tubuh pasangan anda serta tahap hormon yang sentiasa turun naik, mungkin akan menyebabkannya mengalami pelbagai jenis emosi. Suami perlu sentiasa di samping bagi memberi keyakinan pada isteri begitu juga dengan luahan perasaan suami apabila isteri berkelakuan sebegitu.
Ceritakan perasaan anda kepada isteri dan benarkan dia memberi anda sokongan emosi seperti mana yang anda lakukan untuknya.
Selain itu, pada proses kehamilan isteri, ramai lelaki mengalami kenaikan berat badan kerana rasa simpati terhadap pasangan mereka yang sedang hamil. Ini kerana melihat isteri yang turut menambah makanan sekali gus turut berkeinginan untuk berbuat demikian.
Bagi mengekalkan kesihatan dan berat badan, adalah dinasihatkan untuk melakukan senaman bersama pasangan anda.

Senaman
Senaman mempunyai banyak kebaikan untuk kedua-dua ibu serta bayi dan anda juga boleh menjadi sihat di samping menghabiskan masa bersama pasangan dan bayi anda. Jika anda dapat memupuk satu budaya senaman keluarga sekarang, ia akan menjadi lebih mudah untuk anak-anak anda menjadi sihat pada masa hadapan.
Suami dan isteri juga boleh melakukan senaman antenatal yang sering dianjurkan oleh hospital-hospital bagi memberi panduan kepada bakal ibu dan ayah yang menanti kelahiran pertama.
Senaman ini juga mampu mengurangkan rasa takut bakal ibu dalam menghadapi saat melahirkan anak. Walaupun melahirkan anak hanya melibatkan kaum ibu, kehadiran bapa juga amat dialu-alukan bagi memberi sokongan dan sebagai tanda kasih selain mempelajari teknik menangani situasi genting yang bakal berlaku dengan kelahiran cahaya mata mereka.

Kesan rokok
Bagi suami yang merokok atau mengambil minuman beralkohol, ini adalah masa yang terbaik untuk anda berhenti.
Asap rokok mempunyai pelbagai kesan yang negatif kepada semua, sama ada dewasa, kanak-kanak atau bayi yang belum dilahirkan. Cuba sedaya upaya untuk menjauhkan pasangan anda dari tempat-tempat yang ada orang merokok serta pencemaran udara yang lain dan jangan benarkan tetamu merokok di rumah anda.

Persediaan mental
Selalunya bagi seorang bapa, kebapaan hanya akan menjadi kenyataan di saat bayi dilahirkan. Anda harus bersedia secara mental untuk segala yang bakal ditempuhi. Ini kerana kepesatan pembangunan teknologi maklumat serta pengaruh luaran memberi impak serta menjadi halangan bagi seorang bapa dalam mendisiplinkan bakal anak yang bakal dilahirkan.
Sehubungan itu, suami harus menimba ilmu kebapaan sebanyak mungkin bagi menyampaikan mesej yang berkesan kepada anak-anak. Ilmu bukan sahaja boleh diperoleh daripada seminar, buku, malah pandangan orang tua penting bagi menambahkan keilmuan di dada.
Perlu diingat, pada zaman moden ini, cabaran utama dalam dunia keibubapaan ialah aspek komunikasi. Kegagalan mewujudkan komunikasi yang berkesan boleh mencetuskan konflik. Jika dibiarkan ia akan menjejaskan keharmonian keluarga.

Proses pembesaran
Tidak dinafikan pengaruh elektronik memberikan kesan begitu mendalam terhadap anak-anak, terutama yang sedang mengalami proses pembesaran. Cabaran berkomunikasi ini sedikit sebanyak menjadi penghalang bagi seorang bapa untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada anak-anak secara berkesan. Ini kerana bahasa anak-anak pada zaman moden berbeza berbanding pada zaman anda remaja dahulu.
Sebagai contoh, dulu hanya menggunakan surat dengan penuh berhemah kepada ayah jika berkehendakkan sesuatu. Tetapi, kini cara tersebut berubah menjadi lebih mudah dengan adanya khidmat pesanan ringkas (SMS).
Walaupun untuk mengaplikasikan ilmu komunikasi ini masih lama tempuhnya bagi bapa yang menimbang anak pertama, namun adalah penting untuk bertatih dari sekarang dalam memperkayakan ilmu komunikasi ini.
Justeru itu, peranan bapa yang bukan sekadar sebagai menyediakan keperluan asas, tetapi lebih penting sebagai pemimpin yang memupuk persefahaman dan kesejahteraan dalam keluarga.
Dalam memenuhi tanggungjawab tersebut, seorang bapa akan berdepan dengan cabaran untuk menyeimbangkan dengan tuntutan kerjaya mereka.
Bagi menangani cabaran tersebut, bapa perlu bijak dalam meletakkan kepentingan mana yang perlu didahulukan berdasarkan kepada keperluan.
Begitu juga, ramai bakal bapa menjadi bingung apabila sedar akan implikasi terhadap kewangan mereka setelah mempunyai seorang anak. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk kaum lelaki bekerja lebih masa bagi menambah pendapatan.
Namun, sedarkah bekerja lebih masa akan mengurangkan waktu untuk orang tersayang terutamanya bagi si kecil dan isteri yang baru melahirkan cahaya mata.

Wang atau kasih sayang!
Walaupun mempunyai wang yang lebih sedikit, tetapi tidak boleh membayarnya dengan kasih sayang dan masa yang diperuntukkan bersama tersayang. Oleh itu, satu penyelesaian harus dicari, wang atau kasih sayang!
Apa yang perlu anda buat ialah perbincangan dengan pasangan dalam membentuk satu belanjawan keluarga.
Di samping itu, masalah utama yang sering dihadapi ialah siapa yang akan menjaga si kecil. Jika tiada cara lain, mungkin demi kebaikan bayi anda, ada baiknya jika pasangan berhenti kerja buat sementara sehingga bayi membesar. Ini merupakan keputusan yang harus dibuat oleh pasangan anda sahaja, oleh itu beritahu pasangan anda tentang perasaan anda mengenainya dan kemudian biarkan dia yang membuat keputusan.
Selain itu, jika belanjawan anda terlalu ketat, korbankan aktiviti-aktiviti yang sering anda lakukan seperti pergi ke kelab, membeli belah di tempat yang mahal atau berhibur tanpa batasan.
Tidak dilupakan ialah menyediakan nama bayi yang bakal dilahirkan. Bagi orang Islam adalah lebih baik menamakan anak dengan nama yang mempunyai makna yang baik. Ini bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan apabila dewasa kelak seperti diejek oleh rakan sekiranya namanya mempunyai makna yang buruk dan tidak baik.
Seeloknya rujuk kepada buku-buku yang menyediakan pelbagai pilihan nama yang baik maknanya.
Ada juga setengah orang yang ingin mengabungkan nama isteri dan suami. Walaupun nama itu menggambarkan suatu ikatan kukuh hubungan suami isteri sehingga lahirnya zuriat, tetapi penting di sini, harus mempunyai makna yang baik.
Jangan sehingga berlaku pergaduhan suami isteri dalam menentukan nama malah kadangkala ahli keluarga seperti mertua ingin memberi nama, maka perlu ada muafakat dan persetujuan bersama untuk menamakan si comel yang bakal menyerikan rumahtangga anda.

Wednesday 29 May 2013

LU SUDAH BERAK, LU MESTI BASUH arrr...



Empat aktivis Pakatan Rakyat yang dibebaskan 24 Mei lalu, ditahan semula dan didakwa di bawah Akta Hasutan hari ini selepas permohonan reman polis diterima majistret semalam.
Mereka yang ditahan sehingga jam 9.30 malam tadi adalah Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar, Muhammad Safwab Anang@Talib dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.
Turut menerima perintah tahanan reman ialah seorang lagi aktivis Hishamudin Md Rais.
Ketua Siasatan jenayah Kuala Lumpur Datuk ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa berbaur hasutan.

Tuesday 28 May 2013

GURU KERJA UNTUK PEMBANGKANG.


 Di SEKOLAH lama saya dahulu ada lebih 80 orang guru tetapi tidak sampai 10% yang pangkah BN, yang lain semua pangkah pembangkang. Malah seorang cikgu dengan bangga mengatakan bahawa dia pangkah DAP, kerana terlalu benci dan sakit hati kepada UMNO. 


Dalam bilik guru semua guru bercakap tentang keburukan kerajaan.Menghentam UMNO.Mereka maki hamun kerajaan yang banyak menolong mereka.Apa saja kerajaan buat semuanya salah."CIKGU MUDAH LUPA".Fenomena ini bukan saja berlaku disekolah saya malah sekolah seluruh malaysia dan Jabatan Kerajaan yang lain. Saya tidak tahu apa masalah guru.Apa lagi mereka mahu.Di mana fikiran logik mereka sebagai seorang pendidik.Kemudahan terbentang luas. Bukti kejayaan di depan mata. Kebenaran sudah nampak, tetapi masih termakan hasutan Al juburi. Duet tidak perlu cari cukup bulan cucuk dinding saja. Bila bajet semua bertenggek depan tv nak tau berapa dapat. Orang kampung kena cari duit. Pendapatan tidak menentu. Tetapi mereka masih setia kepada UMNO yang berteraskn ISLAM DAN MELAYU. Wahai guru belajarlah bersyukur dan berterima kasih. DAP penipu besar. Buat apa kita nak pangkah depa. Dia guna PKR untuk menipu orang melayu. Tetapi orang melayu berpolitik sangat bodoh. Orang cina sudah bersatu untuk menentang melayu, tetapi kita berpecah belah. Buat fitnah sesama sendiri. Marilah bersatu. Inilah formula yang terbaik untuk memperkukuhkan islam dan orang melayu.  Kalau DAP dan MCA boleh berpakat dab bersatu , mengapa orang melayu bermusuha. Negara kita pelbagai kaum, kalau tidak bersatu bangsa lain yang untung dan mereka tepuk tangan. Lihat lah bangsa kita sudah tidak terurus dan porak peranda.


 Melayu lah paling Ramai menghasilkan anak luar nikah dan buang bayi. Melayu lah paling ramai penagih. Bangsa apa yang menjadi peragut  dan siapakah Mat Rempit , Bohjan dan Bohsia. Sumbang Mahram berlqku sana sini. Lihat berapa ramai anak melayu tidak tahu mengucap dan tidak pandai membaca Al-Quran. Tetapi Ustaz dan Ustazah hanya pandai Berpolitikus untuk pembangkang. Cuba tanya diri sendiri, pernahkah Ustaz dan Ustazah buat kelas tambahan untuk anak bangsa sendiri bagi mengatasi masalah ini?? Tidak perlu mencari kesalahan orang lain kalau tanggungjawab sendiri pun kita abaikan. UMMAH MANTAP NEGARA KUAT. Bila kita kuat tidak ada isu murtad, isu Kalimah Allah, isu buang kepala BaBi  di kawasan Masjid, isu memprotes suara azan dan akhir sekali tidak akan ada isu mengkristiankan umat Islam.


SEJARAH telah memberi banyak pengajaran dan tidak pernah menipu kita. Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura pertama sanggup masuk kampung Melayu dan pakai songkok bagi mendapatkan sokongan orang melayu untuk singapura berpisah dengan Malaysia. Akhirnya Melayu dapat Hampas saja. Di Selangor DAP sanggup masuk Masjid untuk menunjukkan mereka boleh membela Islam dan Melayu.."Tok muu".. Maka orang melayu pun tersengeh termasuklah yang pakai serban dan berjanggut. Tetapi DAP kata orang melayu sudah masuk perangkap."PADAN MUKA LU OLANG". 
        Ekonomi dalam genggaman. Kuasa politik sebelah tangan. Pulau Pinang sudah tumbang. PKR dan Pas masih berangan angan nak ke bulan.
Percayalah bangsaku. DAP tidak pernah jujur dengan kita. Mereka ada muslihat. Mereka nak ubah seluruh sistem pemerintahan negara supaya menguntungkan mereka. Mereka tidak mahu emas. Mereka tidak mahu jambatan terpanjang. Mereka tidak mahu Universiti. Mereka tidak mahu bangsa mereka ramai menjadi jutawan. Tetapi yang mereka mahu ialah Tanah Melayu,  kuasa politik dan ekonomi orang melayu. 
Mereka nak buang Perlembagaan 153 yang ada. Mereka mahu jadi Perdana Menteri. Mereka nak hapus sistem Beraja. Mereka nak rampas semua hak orang melayu.
Sebab mereka tahu Melayu Bodoh. Wahai bangsaku cuba bayangkan kalaulah orang cina berada di tempat kita. Adakah mereka akan buat seperti PKR dan PAS buat sekarang. JANGAN MIMPI!!

LAKI BINI TIDAK PUAS HATI KEPUTUSAN PRU13, BUAT LAPORAN POLIS..



Pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail telah membuat laporan polis mengenai isu dakwat kekal tepat jam 12.30 tengahari semalam di Balai Polis Tropicana.Anwar yang juga ketua umum PKR yakin, langkah yang diambil itu juga akan diambil oleh beribu rakyat yang berhadapan dengan insiden dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum, 5 Mei lalu.
Beliau juga berkata, dakwat yang dikatakan kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga lima hari itu hanya bertahan sehingga jam 5 petang selepas mengundi di Kubang Semang.Saya mengundi di Kubang Semang jam 9.30 pagi dan mula membersihkannya tapi sebaik jam 5 petang tidak ada lagi kesan dakwat kekal itu di jari saya.Oleh itu bagi kami rasa ia bercanggah dengan peraturan dan undang-undang ini juga bukti sahih tentang penipuan SPR," katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.Pada 30 Mei lalu, mengikut laporan media, dakwat kekal telah digunakan pada pengundi awal namun banyak laporan dibuat yang menyatakan dakwat tersebut dapat ditanggalkan.Sehubungan itu, SPR telah mengenalpasti masalah tersebut dan menyatakan ia berpunca daripada masalah teknikal iaitu tidak menggoncang sebelum digunakan.Pada hari pengundian 5 Mei lalu, ramai pemimpin pembangkang juga telah membuat laporan polis ekoran dakwat tersebut yang tidak memiliki ciri yang dinyatakan SPR.Bagaimanapun, terbaru SPR menegaskan isu dakwat tidak kekal itu disebabkan beberapa perkara termasuk ia perlu digoncang selama 2 jam sekali untuk memastikan dakwat itu kekal seperti yang uar-uarkan sebelum ini.Dalam pada itu, ketua pembangkang itu juga menegaskan soal mengapa beliau tidak membuat laporan sebaik sahaja mendapati dakwat itu tidak kekal pada hari pengundian bukan menjadi halangan untuk membuktikan SPR tidak telus.
 Sebaik sahaja saya habis mengundi saya terpaksa ke Kuala Lumpur, namun bukan masalah saya tak buat laporan polis pada hari itu.
 "Yang penting saya telah membuat laporan polis," 

ANUWAR PERLU BERMUHASABAH DIRI DAN KOTAKAN JANJI.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bermuhasabah diri dan mengotakan janji yang dibuatnya sebelum ini untuk mengundur diri selepas tewas pada PRU13.
Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, Anwar sepatutnya menerima hakikat kekalahan pada 5 Mei lalu, tetapi juga gagal dalam siri pilihan raya sejak 1999 untuk menumbangkan kerajaan BN.
“Terpulang kepada beliau sama ada mahu berundur atau tidak, tapi berdasarkan ungkapan yang pernah dibuat sebelum PRU13 lalu yang kata mahu berundur jika kalah, dia patut kotakan janji (itu).
“Sejak dulu lagi,  apa yang beliau janjikan tidak pernah ditepati. Saya harap rakyat dapat menilai tindakan tersebut,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keengganan Anwar mengundur diri dari dunia politik.
Kelmarin, pada Kongres Nasional Keadilan ke-9, Ketua Pembangkang tegas menyatakan pendirian itu walaupun diminta berbuat demikian kerana mendakwa PR telah kalah dengan penipuan dalam pilihan raya lalu.
Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya, tetapi tidak menyatakan sama ada di universiti dalam atau luar negara.
Budiman yang juga Ketua Pemuda Umno Sungai Besar berkata, Anwar sepatutnya menghormati keputusan yang dibuat rakyat seperti mana BN yang menerima dengan hati terbuka dengan kekalahan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Mengulas mengenai Himpunan Suara Rakyat 505 malam kelmarin, beliau berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, mereka sepatutnya menyuarakan perkara yang tidak memuaskan hati menggunakan saluran yang betul.
Sementara itu, Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak berkata, dakwaan bahawa wujudnya unsur penipuan itu hanyalah alasan dicipta Anwar semata-mata untuk menutup kelemahan PR.
“Dia bagi alasan ada penipuan (dalam pilihan raya). Sampai hari ini, dia masih belum buktikan lagi di mana penipuan itu (seolah-olah) hendak jadikan ia sebagai alasan yang sengaja dicipta untuk tutup kelemahan.
“Ia juga sekadar alasan untuk dia tidak menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada orang ramai,” katanya.
Sulaiman juga mendakwa, tindakan Anwar itu menunjukkan seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan bahawa beliau telah kalah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.bermuhasabah diri dan mengotakan janji yang dibuatnya sebelum ini untuk mengundur diri selepas tewas pada PRU13.
Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, Anwar sepatutnya menerima hakikat kekalahan pada 5 Mei lalu, tetapi juga gagal dalam siri pilihan raya sejak 1999 untuk menumbangkan kerajaan BN.
“Terpulang kepada beliau sama ada mahu berundur atau tidak, tapi berdasarkan ungkapan yang pernah dibuat sebelum PRU13 lalu yang kata mahu berundur jika kalah, dia patut kotakan janji (itu).
“Sejak dulu lagi,  apa yang beliau janjikan tidak pernah ditepati. Saya harap rakyat dapat menilai tindakan tersebut,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keengganan Anwar mengundur diri dari dunia politik.
Kelmarin, pada Kongres Nasional Keadilan ke-9, Ketua Pembangkang tegas menyatakan pendirian itu walaupun diminta berbuat demikian kerana mendakwa PR telah kalah dengan penipuan dalam pilihan raya lalu.Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya, tetapi tidak menyatakan sama ada di universiti dalam atau luar negara.
Budiman yang juga Ketua Pemuda Umno Sungai Besar berkata, Anwar sepatutnya menghormati keputusan yang dibuat rakyat seperti mana BN yang menerima dengan hati terbuka dengan kekalahan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Mengulas mengenai Himpunan Suara Rakyat 505 malam kelmarin, beliau berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, mereka sepatutnya menyuarakan perkara yang tidak memuaskan hati menggunakan saluran yang betul.
Sementara itu, Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak berkata, dakwaan bahawa wujudnya unsur penipuan itu hanyalah alasan dicipta Anwar semata-mata untuk menutup kelemahan PR.
“Dia bagi alasan ada penipuan (dalam pilihan raya). Sampai hari ini, dia masih belum buktikan lagi di mana penipuan itu (seolah-olah) hendak jadikan ia sebagai alasan yang sengaja dicipta untuk tutup kelemahan.
“Ia juga sekadar alasan untuk dia tidak menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada orang ramai,” katanya.
Sulaiman juga mendakwa, tindakan Anwar itu menunjukkan seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan bahawa beliau telah kalah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Monday 27 May 2013

KJ INSPIRASI BELIA NEGARA..


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melahirkan rasa gembira terhadap sokongan dan penyertaan golongan belia sempena Festival Belia Putrajaya 2013 kali ini.Beliau meminta golongan belia memanfaatkan pelbagai peluang yang disediakan pada festival itu."Sehingga kini, saya melihat sambutannya cukup baik. Belia kita begitu bertenaga. Kita mahu gunakan tenaga belia ini dengan cara yang baik untuk kepentingan dan pembangunan negara," katanya.Khairy berkata pada tahun depan, festival itu akan diseimbang dengan program ilmu dan kerohanian kerana pengisiannya penting dalam usaha kerajaan membentuk modal insan yang tidak hanya leka dengan aktiviti bersifat duniawi serta kebendaan."Saya tidak mahu festival belia ini hanya menjurus ke arah hiburan sahaja. Hiburan itu ada, tapi kita seimbangkan program kita dengan acara yang memberi manfaat ilmu dan kerohanian," katanya."Program Forum Perdana dan nasyid yang diadakan semalam serta majlis khatam al-Quran hari ini merupakan suatu permulaan yang baik. Insya-Allah tahun depan kita akan fikirkan banyak lagi acara."Walaupun ini permintaan orang ramai, tapi semalam saya nampak Forum Perdana tidak dapat sambutan besar , jadi kita kena kaji semula apakah pendekatan terbaik aspek keagamaan dalam festival belia ini dapat sambutan tahun depan," kata Khairy.

ISTERI USTAZ AZIZAN JUGA LANTANG BERSUARA HENTAM PAS.



Isteri mana yang tidak sayangkan suaminya? Kalau sudah berumahtangga sehingga berusia berpuluh-puluh tahun, rasanya boleh dikatakan bahawa ikatan kasih sayang di antara suami isteri itu sangat kukuh dan itulah yang berlaku antara Ustaz Azizan Razak dan isterinya, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah.Siapa boleh tahan bila suaminya yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan memimpin kerajaan dihina sewenang-wenangnya oleh mereka yang dulunya kuat membodek dan memuji suaminya? Lainlah kalau suaminya itu benar-benar tak guna seperti Anwar Ibrahim…Siapa pula boleh sabar apabila suaminya dikutuk, dikecam dan dipersalahkan dari segenap sudut sedangkan sebelum ini mereka-mereka itu tidak pernah bersuara menegur, marah atau mengkritik kepimpinan suaminya secara terbuka.Ustaz Azizan sedang bertarung dengan maut, para penyokong PAS yang dulu kononnya “setia” di belakang bekas Menteri Besar Kedah itu bertalu-talu memfitnah dan menabur tohmahan terhadapnya. Bolehkah Datin Seri Faekah tahan sabarnya?Mungkin kerana itu, isteri Ustaz Azizan itu rasa terpanggil untuk meluahkan rasa kecewanya atas tindakan blogger-blogger PAS Kedah yang dilihat keterlaluan dan melampau terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu.Kata Datin Seri Faekah…“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan.“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata.“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” – Isteri Ustaz Azizan.Malah tanpa berselindung lagi, Datin Seri Faekah mendedahkan dan mengesahkan tentang kebenaran cubaan pihak dalaman parti yang cuba menggulingkan suaminya itu ketika menjawat jawatan Menteri Besar Kedah.“Memang ramai dan ada usaha jatuhkan Azizan sejak beliau ambil alih kerajaan negeri. Musuh bukan sahaja dari luar, termasuk dalam parti. Saya percaya selagi Azizan bernafas, selagi itu musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka,” katanya yang dipetik dari media, semalam.Bayangkanlah “hati perut” puak-puak PAS di Kedah, betapa busuknya jiwa dan raga mereka! Mentang-mentanglah Ustaz Azizan tidak lagi berkuasa untuk berikan jawatan tinggi dan projek pada mereka, mereka kutuk beliau habis-habisan.Dan bayangkan pula kalau kepada Ustaz Azizan pun mereka sanggup berhati busuk, bagaimana pula perlakuan mereka terhadap UMNO, BN, para pemimpin dan penyokong-penyokong kerajaan seperti kita semua? Rasanya mereka sudah tidak fikir lagi soal dosa dan pahala…Saya benar-benar tersentuh dengan keluhan isteri Ustaz Azizan Razak itu. Walaupun saya pernah menulis mengenai keburukan dan kelemahan PAS Kedah, saya tidak sesekali menyerang peribadi Ustaz Azizan kerana saya tahu tentang akhlaknya yang baik dan tegas.Tidak salah menyerang PAS secara dasar, tapi menyerang peribadi memerlukan sifat kemanusiaan dan rasional yang tinggi sebelum berbuat demikian. Ustaz Azizan bukanlah pemimpin tidak bermoral seperti Anwar Ibrahim dan kita tidak perlu serang peribadi beliau…Setahu saya, para bloggers pro-PAS di Kedah itu berada di dalam tanggungjawab dan seliaan Unit Penerangan PAS Kedah kerana itulah maklumat yang saya terima dari salah seorang dari mereka. Persoalannya, apakah Penerangan PAS Kedah terlibat dalam usaha menggulingkan Ustaz Azizan?Kalau benar, tidak hairanlah mereka menghentam bekas “boss” mereka itu. Tapi kalau tidak benar, mengapa pula pihak editorial blog dan portal tersebut sanggup membenarkan penulis mereka “membelasah” Ustaz Azizan? Editorial tak boleh padam artikel-artikel itu, kah?

MENGAPA REMAJA MELAYU SUKA FIKIR TENTANG SEKS??



Catatan dengan tajuk yang panjang ini adalah pandangan peribadi saya. Mungkin anda setuju atau mungkin anda tidak bersetuju dengan ulasan saya. Setelah meninggalkan alam remaja dan memasuki alam dewasa dan sepanjang saya berkawan dengan pelbagai jenis manusia yang sama jantina dan sebangsa, saya ada membuat 'kajian' tentang apa perkara no. 1 yang difikirkan oleh golongan remaja masa kini. Jawapan paling banyak yang saya dengar atau perkara yang sering difikirkan oleh remaja Melayu ialah SEKS dan hiburan. Perkara kedua, ketiga barulah tentang motorsikal, kereta, cari duit atau lain-lain.Ini bukanlah persepsi saya tapi ialah tinjauan saya ke atas semua rakan yang saya kenali tidak kira datang dari negeri mana pun, semuanya memberi jawapan yang sama. Bangun awal pagi fikir tentang seks, sebelum tidur fikir tentang seks. Saya pun tidak tahu kenapa setiap remaja Melayu suka berfikir dan bercakap tentang seks. Majoriti dari golongan ini hanya memikirkan tentang seks, seks dan seks. Siapa yang harus di pikat atau kat mana mereka boleh melakukan hubungan seks. Saya rasakan pada masa kini melakukan hubungan seks boleh di samakan dengan kepuasan bermain futsal, merempit atau menonon wayang. Perkara itu sudah menjadi seperti perkara biasa sekarang ini. Melakukannya seperti tidak bersalah dan hanyalah untuk keseronokkan.Ketika anak muda dari bangsa lain sibuk memikirkan bagaimana untuk menyambung pelajaran, bagaimana mencari wang dengan banyak atau bagaimana nak jadi kaya raya, anak Melayu pula sibuk memikirkan macamana nak dapatkan awek yang boleh diajak buat seks, atau fikir bila nak boleh tukar motor baru, bila dah ada motor fikir pula bagaimana nak lajukan motor. Hanya itu perkara utama yang difikirkan oleh remaja Melayu pada masa ini. Saya akui soal mencari wang ada mereka fikir tapi itu bukanlah perkara pertama. Itulah antara penyebab bangsa kita masih ketinggalan walaupun berada di tanah air sendiri.Saya cakap ni bukan dengan hujah yang direka tapi dengan fakta. Anda boleh kaji jumlah kes pembuangan bayi di negara ini. Bangsa apa yang ‘juara’ dalam kes ini? Bagaimana perkara ini boleh berleluasa? Jika tanya pada saya, saya akan bagi jawapan peribadi iaitu  faktor teknologi masa kini dan faktor kebebasan yang mereka perolehi. Faktor teknologi yang saya maksudkan ialah seperti penggunaan handset yang boleh menyimpan format rakaman video lucah antara pendorong utama untuk remaja mencuba melakukan hubungan seks. Bila dah tengok video lucah, nafsu dah naik ‘stim’, maka terjadilah faktor kedua iaitu mencari kebebasan. Majoriti mereka bebas keluar dengan sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Ada diantara mereka ini terpaksa menipu asalkan mereka boleh lakukan hubungan seks di mana sahaja yang mereka rasakan selamat. Pasangan bercinta sekarang seperti ‘suami isteri’, bila rasa teringin mereka akan berjumpa dan lakukan hubungan seks dan inilah hasilnya..



MYANMAR MAKAN KUCING MENGAMUK DI BALAI POLIS.



"Pada jam 1.30am,27/5/13 seorg(L)Myanmar masuk dlm balai dan duduk beritahu ingin membuat laporan polis maklumkan ada orang mahu memukulnya.Anggota polis yang bertugas telah maklumkan kpd anggota URB utk keTman Inderawasih(Blok A4,G11,Tmn Inderawasih)ada pergaduhan.Jam 2am,anggota URB maklum melalui telefon keBalai telah sampai dan tiada kejadian yg berlaku.Dgn tiba2 suspek terus panjat meja inquary cekik anggota  dan terus bergelut.Pada masa yg sama suspek berjaya merampas senjata P99 dari anggota dan mengacukan kpd kepala anggota.Anggota terus lari keluar dan dengar 3 bunyi tembakan dalam inquary balai.suspek keluar dan anggota cuba pujuk kembalikan senjata.Pd masa yg sama suspek mengacukan kekepalanya sendiri dan terus manarik 'picu' dan senjata tidak meletup.Ketika ini,bersama 2 anggota URB dan dibantu anggota roadblock balai perai yg baru sampai berjaya menangkap dan merampas senjata dari suspek."...

Tangkapan:- 1Lelaki Myanmar nama Mohd Ibrahim, 33thn, kerja:kontrek(bumbung),tiada pasport,telah 3thn bekerja dgn 'Ah Song'.
Kecederan bengkak dimuka mata kiri,hidung berdarah.
Pakaian:memakai kain pelikat baju tShirt biru,ber'kaki ayam'.
'GSR' telah diambil dari suspek.dihantar ke Hosp.Sbrg Jaya utk rawatan.

Siasatan:- bantuan forensik menjumpai 3 kesan tembakan(pada Printer,dinding meja inquari dan pintu kaca,3kelonsong 9mm dan 12 butir masih disiasat.

KETUA PEMBANGKANG , KETUA PEMBONGAK.


Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkhianati perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Dakwaan Jusuf itu dilaporkan oleh akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dalam satu artikel, semalam, semasa Anwar mengadakan protes berterusan menentang keputusan PRU13 yang didakwanya dicemari penipuan selepas Barisan Nasional (BN) kembali memegang tampuk pemerintahan.

“Saya meminta Anwar menerima keputusan itu (pada 6 Mei) dan lihat kepada realiti tetapi mereka kata ‘tidak, tidak, tidak, tidak,” kata Jusuf dalam temuramah dengan WSJ.

Dalam satu temuramah dengan WSJ, Jusuf mendedahkan beliau menjadi orang tengah untuk satu perjanjian rahsia antara Anwar dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lalu.

Menurut Jusuf, Anwar dan Najib, yang dianggap sebagai sahabat beliau sejak beberapa dekad lalu, telah membuat perjanjian bertulis untuk tidak melancarkan serangan peribadi semasa kempen dan menerima keputusan pilihan raya itu.

Jusuf mendakwa perjanjian itu dicadangkan oleh Anwar sendiri.

Artikel bertajuk Behind Malaysian Poll Protest, a Peace Deal That Collapsed itu turut menyebut Anwar mengakui beliau membuat perjanjian itu, namun ketua pembangkang itu menganggap BN membuatkan perjanjian itu terbatal melalui cara parti itu berkempen.

“Macam mana anda boleh bercakap mengenai perdamaian apabila anda memburukkan lawan dengan cara sebegini,” kata Anwar merujuk kepada media di Malaysia yang kebanyakannya dimiliki kerajaan.

Laporan WSJ itu juga menyebut Anwar mendakwa Jusuf yang memulakan cadangan untuk mengadakan perjanjian itu, dan bukannya beliau sendiri.

Penasihat Najib dilaporkan mengakui perjanjian itu dibuat dan menolak pandangan Anwar bahawa ianya terbatal semasa kempen, di mana kedua pihak menggunakan pelbagai serangan ke atas satu sama lain.

“Anwar meminta bantuan Jusuf untuk mendapatkan perjanjian antara BN dan Pakatan Rakyat supaya kedua-dua pihak menerima keputusan PRU13, walaupun jika salah satu pihak menang dengan majoriti mudah.

“Perdana Menteri mengulangi secara peribadi kepada Jusuf dan kepada rakyat sebelum PRU13 bahawa BN akan menghormati pilihan rakyat dan menerima keputusan pilihan raya, walaupun jika pembangkang menang,” menurut penasihat Najib seperti dilaporkan WSJ.

Laporan itu juga menyebut Najib dan Anwar menolak bahagian dalam perjanjian sulit itu bagi memberikan pihak yang tewas peranan dalam apa yang disebut sebagai ‘kerajaan perdamaian’.

Menurut Jusuf, Anwar bertemu dengannya mengenai perjanjian itu, dua bulan lalu di rumahnya di Jakarta, Indonesia dan meminta Jusuf mendapatkan komitmen Najib untuk menerima keputusan pilihan raya dengan aman.

Jusuf menjadi orang tengah untuk perjanjian damai bagi banyak konflik di Indonesia semasa menjadi naib presiden negara itu dari 2004 hingga 2009, selain memainkan peranan dalam rundingan damai di Thailand dan Sri Lanka.

Jusuf juga berkata, beliau bimbang semakin lama pertelingkahan antara dua pemimpin politik itu, semakin berpecah-belah penduduk Malaysia yang akhirnya mungkin menyebabkan keganasan.

SURUH MAMPUS TAK NAK MAMPUS,BIKIN SUSAHKAN RAKYAT.


Himpunan Suara Rakyat 505 yang berlangsung di padang timur, Amcorp Mall malam tadi menyaksikan ramai peserta khususnya ibu bapa secara terang-terangan melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dengan membawa anak-anak mereka.

Hasil Skuad Penyamaran sejak tengah hari semalam mendapati kebanyakan ibu bapa yang ditemui rata-ratanya membawa kanak-kanak di bawah umur 21 tahun.

Menurut akta tersebut, seseorang melakukan suatu kesalahan jika kanak-kanak menyertai perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Dalam akta itu turut menyebut jika seseorang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(a),(b),(c) atau (e) boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000.

Manakala seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(f) pula, ia boleh apabila atau disabitkan didenda tidak melebihi RM20,000.

Sementara itu, pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan khas kepada golongan orang kurang upaya (OKU) kerana menyukarkan mereka untuk bergerak bebas seperti menunaikan solat.

Selain itu, peserta himpunan yang juga disertai golongan OKU ini turut berhadapan kesukaran menggunakan tandas mesra OKU di bangunan berdekatan.

Mengikut APA 2012, pihak penganjur hendaklah memastikan sesuatu perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.

Saturday 25 May 2013

BADANG NEKAD GANYANG PESERTA2 PERHIMPUNAN 505.


Awas peserta2 perhimpunan 505, kami akan ganyang jika anda cuba menggulingkan KERAJAAN. Kami tak suka anda melakukan kekecohan di negara ini. Kalau lu orang tak puas hati dengan kerajaan, moh jumpo dopan dopan..

APA ITU PERLEMBAGAAN 153??


Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana... kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu

7 WASIAT RAJA RAJA MELAYU.


  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Friday 24 May 2013

SOKONG POLIS BERTINDAK: ANARKIS NAK GULING KERAJAAN BUKAN MEMPROTES PRU13.

 
 Seramai 18 individu termasuk empat wanita ditahan polis ketika menyertai himpunan bagi membebaskan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim yang ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang malam tadi.
Tindakan polis ini disetujui. Tidak boleh lagi di beri amaran lagi. Pilihanraya dah habis dan keputusan akan digezetkan. Tak setuju, sila mohon ke mahkamah. Tak perlu bawa ke jalanan, kerana ada ruang untuk protes.

Nak demo, ada undang-undang yang harus di ikuti. Tak hormati undang-undang, tindakan diambil. Tak payah nak kasi amaran. Puak ni bukan nak dengar pun. Contohnya, cuba baca hebahan SAMM berikut:
Tarikh / Date : 26.05.2013 (26.MAY.2013).
Hari / Day : Ahad (Sunday).
Masa / Time : 12.00PM .
Tempat / Location : KUALA LUMPUR.

Tema / Themes : Black.
Sediakan : Garam / Salt & Mask / Topeng.

Head : Chegu Bard , Hishamuddin Rais,
Adam Adli & Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) & NGO-NGO Lain.

 
 
 Kami Anak-Anak Muda, Dan Seluruh Penyokong Pakatan Rakyat Akan Turun Beramai-Ramai Ke Kuala Lumpur, Untuk Menggulingkan Kerajaan Yang zalim terhadap rakyatnya dan bersikap racist serta memainkan isu perkauman. Harap Kawan2, Rakan2, Sahabat2, Dan Seluruh Penyokong Pakatan Rakyat Dapat Bersama2 Kami Turun Ke Kuala Lumpur,

Ayuh Kita Sebarkan Kepada Semua. Kali Ini Kita Tolak Habis-Habisan Kerajaan Yang Zalim. Himpunan : ( RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU / KAMU TIPU PILIHAN RAYA KAMI TURUN JALAN RAYA ). 
 
Sila Menggunakan Pakaian Berwarna Hitam & Sediakan Garam Serta Mask. Ayuh Kita Mengajak Rakan2 Kita Bersama2 Berhimpun 1 Juta rakyat Pasti Akan Turun Bersama Kita. Sampai Bila Kita Harus Ditpu & terus ditipu dan ditindas dengan kerajaan yang zalim. Kita Berkumpul Beramai2 Bukit Bintang dan Petaling Street, Kuala Lumpur. Kita Jumpa Pada Tarikh Yang Bersejarah ini 26.05.2013 di Kuala Lumpur. Ingat!!!

Bukit Bintang dan Petaling Street!!!
 
 
Tuduhan salahlaku pilihanraya banyak dengan tuduhan menipu. Tak lojik ada 45 ribu Bangla mengundi. Satu kapalterbang paling banyak bawa 300 penumpan. berapa pbanyak kapalterbang nak diguna untuk bawa Bangla dari Sabah?

Berapa kali DAP tersilap pukul orang dan menafikan orang hak mengundi?

Blackout di sebut tapi tempat dan masa tak diperkatakan. kalau ada penipuan, ia bermakna wakil calun pembangkang tak buat kerja. Kenapa sign pengiraan kalau disuspek ada penipuan dari blackout?

Namun begitu, pembohongan dah meluas dan mesej benci dah disemai hingga pelajar pun dah tak rasional dan mahu bersikap biadap dan tak bertamaddun:

Message from a friend -

Kat sunway university pagi tadi, ada event melibatkan pelajar2 uni swasta dan juga diplomat2 asing.. PM seharusnya hadir merasmikannya. It was a big event..

Tp PM tak dapat hadir sebab ada tugas lain. Digantikan ucapan perasmian beliau melalui video.

Malangnya, sebaik shj  ucapan video itu ditayangkan, pelajar2 terus Booo dgn gamatnya, di depan diplomat2 asing yg hadir!

Sungguh tiada adab..
---
OMG! How RUDE!!!

Adam Adli, Nik Nazmi dan ramai lagi ditangkap kerana menganjurkan perhimpunan haram. Undang-undang dah ada dan sebarang hak ada batasan undang-undang untuk jaga ketenteraman awam dan orang teramai.

Puak-puak ni hanya nak memperbesarkan dan meluaskan fitnah mereka.


Pada malam 21 MEI 2013,  KHALID MOHD ISMATH - Presiden Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI) telah mengadakan perhimpunan di hadapan Lokap Berpusat Jinjang KL, satu perhimpunan membantah penangkapan terhadap ADAM ADLI di bawah undang-undang.

Seramai lebih kurang 400 orang hadir.. Dikenali hadhir adalah:

a) KHALID ISMAD - Presiden Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI)/Pelajar UITM SHAH ALAM Jurusan Undang2
b) IRENE FERNANDEZ - Presiden TENAGANITA
c) Datin Seri WAN AZIZAH -  Presiden PKR
d) Dr ROHANA- Pengerusi Parti Rakyat MALAYSIA
e) YB NIK NAZMI - ADUN
f) LATIFAH BIBI KOYA -  Peguam ADAM ADLI
g) ABD HALIM bin ABD HAMID - Bapa Kepada ADAM ADLI
h) FADIAH NADWA bt FIKRI - Peguambela ADAM ADLI
i) SIVARASA RASIAH - AP KAPAR
j) ERIC - Peguambela ADAM ADLI
k) DR NASIR HASHIM - Presiden PSM
l) Dr SYED HUSIN ALI -

Seramai 7  personaliti telah memberikan ucapan tetapi semuanya masih menegakkan fitnah penipuan PRU yang dirancang tuduhan tak kira apa keputusan melainkan kemenangan mereka.

.Hak kebebasan individu di sebut tapi hak orang raai untuk kesejahteraan tak disebut. Nampak juga ianya sengaja untuk bangkitkan kemarahan orang muda.

Nik Nazmi main sentimen menceritakan detik beliau ditangkap kerana mengajurkan perhimpunan 505. Kononnya bukan begini caranya melayan anak muda.

Peguam Adam Adli pula bermain sentimen konon susah jumpa Adam Adli dan tuduh Akta Hasutan dan Akta SOSMA cuba menutup mulut rakyat bersuara dan sistem hakiman disalahguna olh pihak berkuasa. Pihak mahamah berani tak bertindak?

LATIFAH BIBI KOYA pula buat cerita kata Utusan MALAYSIA tidak pernah meminta maaf menyebarkan berita mengatakan KHALID seorang anggota SB

Mereka ini semua ada merancang untuk adakan Flash Mob hari ini pukul 2 tengahhari di Masjid Jamek, Jln Tun Perak.

Majoriti yang hadir merupakan dari kalangan kaum Cina yang kini gila nak rampas kuasa secara haram dari pilihan rakyat.

Kaum Cin akomplen mengenai jenayah tapi hentam polis menjalankan tugas menurut peruntukan undang-undang.

Perkara ini tak boleh dibiarkan. Polis perlu bertindak tanpa campurtangan dari pihak atasan. Law and order harus di pulihkan. Jika perlu kekerasan, lakukan kerana pihak di sana tak menghormati undang-undang.

Kalau tidak, anarki akan menyusul.

Kami sokong tindak tanduk Menteri KDN baru dan Tan Sri Khalid.